web
counter

Cenderahati Perkahwinan Peribadi dan Unik

Gift Kahwin Ads

Adakah anda sedang mencari senarai cenderahati perkahwinan dan hadiah tetamu yang benar-benar luar biasa untuk diberikan kepada tetamu di hari perkahwinan anda?

Cenderahati Perkahwinan yang Sesuai

Anda ingin memberikan sesuatu cenderahati perkahwinan yang luar biasa supaya tidak ada orang lain yang ada. Tetapi anda benar-benar tidak tahu apa yang perlu didapatkan sebab anda tidak tahu apa barang yang anda ingin beli atau apa hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada tetamu. Tidak mungkin anda berikan semua tetamu sapul surat yang mengandungi wang, kan?

Kadang-kadang ia boleh menjadi satu cabaran untuk anda menyediakan cenderahati perkahwinan. Lagipun, anda tidak mahu beli barang buat minit akhir dan anda akan tergesa-gesa beli barang yang tidak berkualiti atau tiada nilai langsung. Cenderahati perkahwinan sepatutnya diberikan dengan senang hati dan dapat memuaskan hati tetamu juga. Jika anda betul-betul tidak ilham apa yang patut beli, anda bolehlah rujuk di sini untuk beberapa cenderahati perkahwinan idea.

Cenderahati Perkahwinan Peribadi dan Unik

Kotak Gula Bentuk Bulat dengan Tag Nama Pasangan

Jika anda mahu memberikan sesuatu hadiah kepada tetamu sebagai cenderamata, anda bolehlah memberikan mereka kotak gula bentuk bulat yang mempunyai reben yang cantik dan tag nama dipasangkan atas kotak itu. Kotak ini akan kelihatan sangai peribadi dan unik sebab tag nama pengantin lelaki dan pengantin perempuan adalah ditunjukkan dengan kotak gula itu.

Anda boleh isikan kotak ini dengan beberapa biji gula atau coklat dan hantar kepada tetamu sebagai tanda penghargaan bagi mereka menghadiri jamuan perkahwinan anda dan mereka tentu akan menyukainya.

Pelbagai Cenderahati Perkahwinan

Selain daripada kotak gula bulat dengan tag nama yang unik itu, anda juga boleh berikan tetamu dengan cenderahati yang lain walaupun bukan unik tetapi akan digemari oleh mereka juga. Antaranya adalah:

Kotak Mint Tin

mint tin

mint tin cenderahati perkahwinan

Kotak mint tin yang ditunjukkan ini nampaknya cantik sekali. Anda boleh mengisi mint tin dengan gula-gula atau coklat yang seperti dipaparkan di atas. Dengan sedikit hiasan sama kertas pencincang, keseluruhannya akan menjadi tertarik sekali bagi semua orang dan mereka yang menerima cenderahati perkahwinan ini akan rasa banyak gembira juga.

Lilin Gaun Pengantin (Gown Candle)

lilin gaun pengantin

Lilin gaun pengantin itu nampak cantik dan menakjubkan. Ia juga amat sesuai untuk diberikan kepada kawan-kawan dan saudara mara dalam majlis perkahwinan anda. Jika mereka menyalakan lilin itu apabila upacara tertentu dijalani, suasana akan menjadi sangat aman dan romantik. Semua tetamu akan rasa mengkagumi dan senang hati dengan suasana yang diwujudkan oleh lilin gaun pengantin itu.

Jika anda ingin menjadikan perkahwinan anda istimewa dan tidak akan dilupai, pastikan anda mempertimbangkan beberapa idea-idea untuk mendapatkan cenderahati perkahwinan yang unik. Anda boleh merujuk kepada laman web hadiah atau mengumpulkan pendapatan dari saudara mara atau kawan-kawan anda untuk mendapat idea yang mencukupi. Tidak kira apa hadiah yang anda pilih untuk diberikan kepada tetamu anda, jika cenderahati perkahwinan ini adalah disediakan dengan teliti dan sepenuh hati anda, tetamu anda akan mengingatinya buat selama-lamanya.

Comments (30)

  1. siti zubaidah October 22, 2011
  2. shuila February 3, 2012
    • admin February 4, 2012
  3. mici February 8, 2012
  4. Noor Zainal April 26, 2012
  5. Finas June 11, 2012
  6. linda June 19, 2012
  7. ju September 8, 2012
    • admin September 8, 2012
  8. arriefa September 10, 2012
    • admin September 14, 2012
  9. sephia melisa September 11, 2012
    • admin September 14, 2012
  10. faiza October 31, 2012
  11. Arna November 29, 2012
    • admin November 30, 2012
  12. Rizaya December 19, 2012
    • admin December 20, 2012
  13. rasyima December 23, 2012
    • admin January 4, 2013
  14. shuhada January 20, 2013
  15. LyaArisa January 28, 2013
  16. lyn April 26, 2013
  17. Elyna July 7, 2013

Leave a Reply to Rizaya Cancel reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE