web
counter

Cenderahati Yang Menentang Zaman

Gift Kahwin Ads

Kipas

Cenderahati kipas memang unik. Material kipas yg available in the market mmg berbeza-beza. Ada yg diperbuat dari kayu, ada yg kain, ada jugak plastik, mengkuang pon ada. Tetamu kenduri dpt kipas ni untung, sbb kalo panas, kipas saje lah diri mereka!

kipas tangan

Kebanyakan kipas diperbuat daripada material yang terdiri daripada kayu cendana, mengkuang, plastik, dan kertas.

Seramik

Di pasaran, terdapat pelbagai jenis seramik menjadi pilihan. Setiap jenis seramik mempunyai kelebihan mereka sendiri.

contoh seramik (1) : seramik ‘hydrostone’

seramik hydrostone Foto kredit

Seramik ‘hydrostone’ merupakan material yang unik dan berkualiti tinggi. Material ini adalah seakan-akan ‘plaster of Paris’ tetapi lebih keras dan berkualiti. Tidak seperti seramik porcelain, seramik ini tidak digunakan dgn meluas. Oleh sebab itu lah cenderahati seramik ini adalah sangat unik. Cenderahati seramik ini adalah buatan tempatan.

contoh seramik (2) : seramik porcelain

seramik porcelain

seramik porcelain

Seramik porcelain byk terdapat di seluruh Malaysia. Kebanyakan nya di-import dari China. Di pasaran Malaysia, cenderahati seramik ini byk terdapat di kedai/butik kahwin. Contoh kedai yang jual adalah KK Home Deco. Mereka ini pemborong dan peruncit produk porcelain dari China. Memang bukan buatan Malaysia lah.

contoh seramik (3) : seramik labu sayong

handicraft Labu Sayong

Labu sayong merupakan salah satu produk warisan tradisi masyarakat malaysia. Produk yang diperbuat daripada tanah liat ini mempunyai keunikannya tersendiri. Produk ini adalah buatan Malaysia dan asalnya adalah dari mukim Sayong di Kuala Kangsar, Perak.

Mengkuang

Berikut adalah contoh gambar cenderahati yg diperbuat daripada mengkuang.

cenderahati mengkuang 1

cenderahati mengkuang 2

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE