web analytics
laman untuk pelbagai cenderahati perkahwinan & door gift wedding murah
Call Us: 018-2727867

Gift Kahwin Yang Boleh Didapati Online

Gift Kahwin Ads

Gift kahwin boleh terdiri daripada rekaan anda sendiri seperti membuat beg gula-gula kertas secara sendiri dan disi dengan gula-gula, coklat atau kacang yang dibeli daripada supermarket.  Ada juga pasangan baru yang membeli alas meja, bernih tumbuh-tumbuhan atau bunga dan ditambah dengan hiasan sendiri seperti dengan menambah bunga reben satin dan aksesori lain seperti buckles ke atas barang-barang tersebut untuk membuatnya unik dan peribadi.

gift kahwin

Setiap Tetamu Dihadiahi Satu Gift Kahwin

Pada masa kini, boleh dikatakan setiap orang yang menghadiri sesuatu majlis perkahwinan tidak akan pulang dengan tangan kosong. Bagi golongan yang berada, gift kahwin yang disediakan lebih cantik, berkualiti dan mungkin terdiri daripada pelbagai jenis. Contohnya, beg hadiah polka dot disediakan kepada setiap tetamu yang hadir dan di dalam beg hadiah tersebut diisi pula dengan cenderahati perkahwinan yang lain seperti manicure set, lilin perkahwinan, sabun wangi dan sebagainya. Bagi pengantin baru yang bajet ketat, mereka boleh memilih gift kahwin yang lebih ekonomi seperti kotak gula-gula kertas untuk diisi dengan gula-gula, kacang atau cup cake buatan sendiri. Walau bagaimanapun, bagi setiap tuan rumah, harga gift kahwin tidak penting. Yang penting ialah tuan rumah sudi menghabiskan masa, tenaga dan menaruh nilai kasih sayang ke atas cenderahati perkahwinan yang mereka sediakan. Tuan rumah menghargai setiap tetamu yang hadir ke majlis yang diadakan oleh mereka. Pengucapan terima kasih dengan mulut disertai satu gift kahwin walaupun tidak sebegitu amat bermakna.

Pembekal Gift Kahwin Di Malaysia

Bagi bakal pengantin baru yang berasal dari negeri utara seperti Kedah dan Pulau Pinang yang tidak kerap menggunakan internet, Gedung A tu Z merupakan pusat sehenti yang agak sesuai dan mampu memenuhi kehendak mereka untuk gift kahwin. Bagi yang duduk di sebelah Selangor atau Kuala Lumpur pula, cenderahati perkahwinan boleh didapati di Nilai 3. Pada zaman moden dan tanpa sempadan hari ini, sebenarnya anda mampu memiliki sesuatu barangan dengan sekadar satu klik dengan menggunakan internet. Belian secara online bukan sahaja menjimatkan masa, malah pada masa yang sama anda boleh memperolehi maklumat-maklumat setiap penjual di dalam sekelip mata. Dengan adanya maklumat-maklumat ini, anda boleh membuat perbandingan harga dan jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap pembekal. Biasanya penjual yang beroperasi menggunakan internet seperti renowngift.com mampu menawarkan harga yang lebih kompetitif dan murah berbanding pembekal yang beroperasi menggunakan rumah kedai.

Tahukah anda kenapa ini boleh terjadi? Jawapannya ringkas sahaja sebenarnya. Yang pertama, kos overhead untuk membuka kedai menjual gift kahwin jauh lebih tinggi berbanding penjual menggunakan internet. Kedai cenderahati perkahwinan memerlukan ramai pekerja seperti pekerja stor, cleaner, juru wang, jurujual dan sebagainya untuk beroperasi dan ia perlu membayar sewa kedai yang tinggi. Bagi pembekal yang menggunakan internet, mereka tidak perlu mengupah ramai pekerja dan gift kahwin boleh diletak di rumah sendiri atau di pejabat kecil yang disewa. Dengan perbezaan kos operasi yang tinggi, maka pembekal secara online seperti kami mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah.

Gift Kahwin Ads

Incoming search terms:

  • cenderahati kahwin buat sendiri
  • cenderahati orang kahwin
3 Comments
  1. bagi harga utk kotak tin untuk majlis perkahwinan tu ,…agak berminat pulak

  2. brp harga kotak tin warna-warni tu?

  3. boleh bagi harga yg kotak banyak2 yg ada reben kat atas tu..tq

Leave a Reply

Customer Reviews

Google +

Google Map