web analytics
Call Us: 018-2727867

Kepentingan Untuk Memberikan Cenderahati Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Perkahwinan merupakan impian semua para pemilik hati sang pencinta. Ikatan perkahwinanyang suci murni memupuk kehidupan yang lebih harmoni diuliti kebahagiaan bersama insan yang disayangi. Namun begitu dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini, pelbagai perancangan perlu ditermetrai demi memiliki sebuah majlis gilang-gemilang perutusan raja sehari.

Kenapa Cenderahati Perkahwinan Penting?

Memiliki majlis perkahwinan yang gah dengan serba-serbi persiapan yang premium amatlah memerlukan penelitian yang mendalam. Antara agenda yang menarik perhatian dan teruja untuk disediakan adalah cenderahati perkahwinan. Kenapa cenderahati perkahwinan ini penting?

Ini kerana sudah tentu kita mahu memberikan penghargaan kepada para tetamu yang hadir, meraikan dan memeriahkan majlis dengan secebis cenderahati yang menjadi kenangan paling manis seumur hidup. Tanpa tetamu majlis akan kelihatan suram. Tanpa cenderahati majlis kelihatan muram.

Proses pemilihan cenderahati merupakan satu cabaran yang tidak kurang hebatnya. Pemilihan cenderahati yang ideal mempunyai nilai estetik, sentimental, mesra alam, mesra pengguna dan yang paling penting tidak membebankan kewangan bakal mempelai. Idea cenderahati boleh dilihat di mana-mana sahaja, dimajlis perkahwinan, dikedai-kedai cenderahati, di butik perkahwinan, digedung-gedung perkahwinan, di ekspo-ekspo perkahwinan, di web online dan banyak lagi. Paling tidak bila kita ‘google’ sahaja imej ‘cenderahati perkahwinan’ pastinya beribu-ribu paparan pilihan akan keluar mengaburi mata.

Namun begitu kuasa memilih terletak kepada keupayaan individu bakal mempelai tersebut. Sesetengah individu yang berkemampuan akan menyerahkan keputusan ini bulat-bulat kepada perancang perkahwinan / butik perkahwinan atas budi bicara dan pakej-pakej yang telah dipersetujui. Sesetengah pihak pula amat teruja untuk memilih, membeli malah membuatnya sendiri dan menghasilkan cenderahati yang ‘fresh’ di arena pasaran.

Pelbagai Cenderahati Perkahwinan Ditemui Dalam Majlis

Jika kita tinjau dimajlis-majlis perkahwinan yang dihadiri, memang pelbagai tema dan bentuk cenderahati yang kita temui. Ada cenderahati berupa kantungan kecil makanan, bahan seramik, sapu tangan, CD Nasyid, minyak wangi, tasbih, bunga telur, kotak ukiran kayu dan banyak lagi dari semurah-murah harga sehingga semahalnya. Barangan cenderahati ini boleh dikategorikan kepada cenderahati berupa kraftangan perhiasan, kraftangan untuk pengunaan harian dan kraftangan kantungan hiasan makanan yang kian menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia sehingga hari ini.

cenderahati perkahwinan

Menarik bukan? Namun begitu kita harus juga mengkaji penggunaan dan kos cenderahati tersebut. Rata-rata cenderahati berupa makanan memang agak ceria dan sedia untuk dikunyah, tetapi cenderahati berupa perhiasan lebih cenderung disimpan oleh sipenerima dan kadang-kala sehingga ke dalam tong sampah. Bagi mereka yang bijak berbelanja pastinya mereka akan menempah melalui pengeluar cenderahati /pemborong cenderahati untuk mendapatkan harga pukal yang jauh lebih murah dan sekaligus mengurangkan kos perbelanjaan perkahwinan. Oleh itu penelitian akhir dalam proses pemilihan cenderahati ini wajar di ambil berat. Bukan kerana nilai estetikanya sahaja malah ianya meliputi kesan kos dan penggunaannya.

Nilai keindahan pada susunan kuntuman atau gugusan cenderahati yang menyinari satu sudut ruang tamu atau ruang kamar raja sehari amat membahagiakan. Tidak sabar rasanya hendak diedarkan pada para tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis. Namun begitu terdapat banyak perspektif dalam menyediakan cenderahati. Ada sesetengah pihak menyediakan sesuatu yang hebat untuk kaum keluarga , sanak saudara dan sahabat rapat dan cenderahati yang biasa untuk para jemputan yang lain. Namun begitu ianya adalah tertakluk kepada budi bicara masing-masing. Yang pasti majlis akan lebih meriah dan mempunyai lebih ‘nur’ di dalam pengisiannya di samping keikhlasan hati si mempelai.

Gift Kahwin Ads
2 Comments
  1. nak tanya quatation untuk beg plastik dlm 250-300 pcs. berapa harganya?

  2. Pm price tuk 200 pcs…warna emerld green ade tak

Leave a Reply

Get Adobe Flash player