web
counter

Pelbagai Kotak Bulat Kertas – Round Paper Candy Boxes 4

Gift Kahwin Ads

7 Rahsia Untuk Mendapat Cenderahati Perkahwinan Yang Hebat

Pemberian cenderahati adalah cara yang baik untuk menunjukkan tetamu bahawa anda menghargai sokongan mereka dan memberi mereka sesuatu peringatan yang baik. Tetapi terdapat banyak cenderahati yang kerap ditinggalkan oleh tetamu dalam satu majlis atau dibuangkan saja esok pagi. Untuk menjamin cenderahati anda dapat perhatian yang mencukupi, anda boleh rujuk panduan di bawah apabila memilih cenderahati untuk acara istimewa anda.

Fikirkan Sesuatu Praktikal
Untuk mendapatkan sesuatu cenderahati yang bagus, anda perlu meluangkan sikit masa untuk berfikir tentang pilihan anda. Jadi, sebelum anda mengeluarkan wang untuk pemberian, ambillah sikit masa untuk membuat kajian sama ada pilihan cenderahati di otak anda merupakan sesuatu yang anda ingin mahu? Anda tidak mahu cenderahati menjadi sesuatu yang mengumpul habuk selepas penerima ambil dan simpan dalam rumah saja. Lebih buruk lagi, ia ketinggalan di atas meja selepas majlis atau berakhir di dalam tong sampah. Jadi, adalah baik untuk anda pertimbangkan sesuatu yang praktikal atau yang boleh dimakan. Cenderahati yang boleh makan merupakan sesuatu yang amat disukai oleh tetamu dan boleh menikmati dalam perjalanan pulang mereka. Antaranya termasuk cupcake, kuih dan macarons.

Jangan Terlalu Peribadi
Anda perlu berhenti berfikir untuk meletakkan nama dan tarikh perkahwinan pada apa-apa cenderahati sahaja. Memperibadikan cenderahati adalah cara yang cepat untuk menjadikan hadiah yang berguna kepada sesuatu yang orang nak buang sahaja. Sebagai contoh, para tetamu akan mendapati coaster atau alas cawan yang berguna, tetapi tidak ada yang akan mahu alas cawan yang memaparkan gambar pertunangan anda. Satu pengecualian? Pembungkusan – jika nak memperibadikan, boleh anda buat tag atau sticker dan papar pada kotak, beg, reben atau label. Ia akan menjadi kotak kelihatan cantik, dan tidak akan dibuang oleh tetamu.

Pilih Sesuatu yang Bermakna
Pilih cenderahati yang mempersembahkan personaliti anda, berkongsi sesuatu perkahwinan yang anda suka dengan tetamu anda. Adakah kamu berdua suka makan coklat? Kotak bulat kertas dengan tag atau label peribadi akan sesuai untuk matlamat ini. Anda boleh membeli kotak bulat dengan kuantiti yang banyak untuk menikmati harga borong yang boleh menjimatkan wang yang banyak. Terdapat banyak hiasan kotak bulat yang boleh anda dapat jika anda benar-benar memikirkan tentangnya sebagai cenderahati.

DIY
Walaupun cenderahati DIY mungkin kelihatan seperti cara yang mudah untuk menjimatkan wang, tetapi banyak kerja yang terlibat antaranya. Jadi sebelum anda jadi gila dengan pistol gam (glue gun), cuba membuat beberapa sampel untuk menggangar sama ada anda boleh habiskan projek tu. Pemasangan dan pembungkusan beberapa ratus cenderahati mungkin lebih memakan masa daripada yang anda sangka. Sebaliknya hadiah buatan sendiri adalah cara yang baik untuk menunjukkan tetamu anda menghargai sokongan mereka. Dan cenderahati tidak semestinya sesuatu yang rumit, anda boleh mengambil peluang untuk menunjukkan kemahiran kraf tangan anda. Jangan takut untuk meminta bantuan jika anda tidak dapat habiskan projek DIY buat seorangan.

Cuba Sebelum Anda Beli
Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan tentang apa cenderahati yang anda nak, anda boleh membeli dengan sedikit kuantiti dulu untuk percubaan. Jika beli online, boleh anda beli beberapa sampel sebelum membeli kuantiti yang banyak supaya anda tidak berakhir dengan beberapa ratus cenderahati yang anda tidak suka langsung. Anda ingin memastikan kotak bulat dengan pilihan hiasan yang sesuai dengan gaya anda. Malah jika anda cuma membeli tag peribadi atau pembungkusan untuk membalut hadiah buatan sendiri, meminta untuk melihat sampel dan memastikan semua ejaan adalah betul. Membuat tempahan cenderahati 2 atau 3 bulan sebelum perkahwinan untuk membenarkan anda mendapat masa yang cukup untuk memasang, jika perlu.

Buat Tempahan Dengan Kuantiti Tambahan
Sama ada anda memilih untuk memberikan satu cenderahati bagi setiap tetamu atau setiap pasangan, sentiasa buat belian tambahan (anggar kira-kira 10 cenderahati tambahan untuk setiap 100 tetamu) jika terjadi kes di mana cenderahati itu hilang atau rosak dalam transit. Tambahan juga, beberapa tetamu akan mengambil kuantiti yang lebih banyak, dan juga anda mungkin mahu simpan sedikit sebagai kenangan.

Balutan
Pembungkusan peribadi dan paparan dengan cemat boleh menjadikan ia kelihatan istimewa pada tanda kecil penghargaan ini. Dari kotak yang berwarna-warni dan beg selofan jelas kepada baldi timah kecil dan kanister perak langsing, pembungkusan cenderahati boleh membuat banyak kesan yang unggul dalam upacara. Cenderahati yang boleh dimakan memerlukan pembungkusan khas. Beg kertas atau kotak bulat yang boleh menyerap gris cookies atau muffin dengan cepat (meninggalkan anda dengan kotak hodoh). Letakkan kertas dolly sebelum meletak apa-apa makanan di dalam kotak untuk menjaga minyak dari mengalir dan merosakkan pembungkusan cantik anda.

Perancangan Paparan
Walaupun ramai orang cuma memberikan cenderahati pada akhir masa buat satu majlis, tetapi sememangnya ia boleh diedarkan pada bila-bila masa, dari awal perkahwinan hingga akhir malam. Anda boleh paparkan semua cenderahati di tempat reception dan menyusun untuk menarik kelihatan semua tetamu, ia boleh menjadi satu hiasan yang istimewa.

Walau bagaimanapun, jika anda telah membuat keputusan untuk memberi cenderahati, tetapkan beberapa orang untuk melaksanakan tugas tu dan pastikan mereka tahu dengan tepat apa masa dan di mana anda mahu mereka memberikannya. Jadi pilih tempat reception yang sesuai untuk susunan cenderahati dan memberikan orang itu arahan terperinci untuk pemberian kepada tetamu yang menghadiri.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE