web analytics
laman untuk pelbagai cenderahati & door gift wedding murah
Call Us: 018-2727867

Pilihan Cenderamata Perkahwinan Yang Betul Sekali

Gift Kahwin Ads

Sama ada ekonomi baik atau buruk, semua orang masih akan berkahwin. Semasa ekonomi kurang baik, ramai orang mencari cara-cara untuk mengurangkan kos bagi penyediaan perkahwinan mereka. Salah satu daripadanya ialah memberi cenderamata perkahwinan yang murah.

Cenderamata Perkahwinan, Cenderamata Kawen?

Cenderamata perkahwinan (atau cenderamata kawen dalam bahasa internet :) ) adalah hadiah kecil yang diberikan oleh pengantin kepada tetamu semasa majlis perkahwinan. Mereka adalah satu token penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka. Harga untuk cenderamata perkahwinan ini boleh berbeza-beza, tetapi kini terdapat cenderamata perkahwinan yang murah dan kreatif untuk bakal pengantin yang ingin mengurangkan kos. Berikut adalah sikit informasi tentang cenderamata yang indah dan murah yang tidak memecahkan bajet perkahwinan anda:

Kotak Gula-Gula/Kotak Coklat

Kotak gula-gula klasik adalah bekas yang boleh digunakan untuk mengisi gula-gula dan coklat yang membolehkan anda ingat balik memori dari zaman kanak-kanak anda. Selain daripada mengisi gula-gula dan coklat yang boleh dinikmati oleh tetamu, kotak gula-gula dan kotak coklat juga boleh menjadi perbualan permulaan bagi mereka. Jika anda menganjurkan satu jamuan perkahwinan di mana orang-orang yang tidak pernah bertemu sebelum ini akan berinteraksi, kotak gula-gula akan membolehkan semua orang mengenang kembali, menawarkan starter perbualan yang sempurna.

Pelbagai jenis kotak gula-gula atau kotak coklat yang dipaparkan untuk majlis perkahwinan juga boleh menyeronokkan. Anda boleh memberikan tetamu cenderamata perkahwinan ini yang mengandungi gula-gula dan coklat dan bukannya bagi mereka cenderamata yang dibalut di meja masing-masing. Dengan cara ini, tetamu boleh mempunyai keseronokan untuk lihat dan makan semua gula-gula dan coklat kegemaran mereka dan ambil satu beg kotak dibawa pulang sama mereka.

cenderamata perkahwinan - kotak gula
Kotak Gula Emas


Kotak Gula Pelbagai Warna

kotak gula lavendar
Kotak Gula Lavendar

Kami boleh tukar kotak gula-gula, bunga dan warna riben untuk sepadan dengan tema perkahwinan anda.

Diameter: 7.5cm x Tinggi: 5cm

Boleh diisi dengan 6 gula atau 2 Ferrero Rocher coklat atau satu telur

Kegunaan kotak gula-gula bulat ini:
Ia digunakan secara meluas untuk aktiviti perkahwinan, majlis, jemputan, persidangan, hotel, restoran dan lain-lain.

Beg Kertas

Beg kertas dipakai sebagai cenderamata perkahwinan dan diisi dengan hadiah kecil untuk diberikan kepada tetamu dalam satu majlis perkahwinan. Hari ini, memberik beg kertas yang mengandungi cenderamata perkahwinan dalam satu majlis perkahwinan sudah menjadi satu trend dan diikuti oleh orang ramai.

Apa benda yang akan dimasukkan dalam beg kertas adalah bergantung kepada keluarga, ada orang suka mengiisikan gula, ada yang suka isi dengan coklat dan ada juga yang mengisikan telur dalam beg kertas. Mints dan gula-gula pada zaman ini adalah antara barangan yang popular diisi dalam beg kertas dan diberi sebagai cenderamata perkahwinan kepada tetamu.

beg kertas 6 desains
6 reka bentuk bagi beg kertas ini yang anda boleh pilih. Anda juga boleh campur semua desains jika tempah banyak.

Saiz: Panjang 17.5cm x Lebar 8cm x Tinggi 26.5cm

**********************************************************

Plain Color Gift Bags
Goodie Beg dengan penutup velcro.

Saiz: Panjang 12cm x Lebar 6cm x Tinggi 16cm

Cenderamata Perkahwinan Yang Dibekalkan oleh Renown Gift

Nikmatilah cenderamata perkahwinan atau cenderamata kawen yang unik, elegan dan esklusif yang dibekalkan khas untuk anda bagi menyerikan majlis perkahwinan anda yang istimewa itu. Renown Gift mempunyai koleksi cenderamata perkahwinan yang sangat luas dam kesemuaan cenderamata itu adalah dipilih dengan teliti mengikut kajian kami terhadap keperluan dan citarasa di Malaysia. Lebih lagi, kami juga menawarkan item-item yang berkualiti tinggi denga harga borong supaya anda boleh membelanja wang anda dengan mendapati barangan cenderamata kawen yang bermutu tinggi.

Gift Kahwin Ads

Incoming search terms:

  • beg kertas murah
5 Comments
  1. Assalam selamat pagi,
    kami dari Brunei nak tau, untuk cenderahati perkahwinan selain di Nilai 3 adakah lagi lokasi disekitar Kuala Lumpur? mungkin jalan Tunku Abd Rahman

  2. GGBP02 BERAPA RM KALAU SAYA AMBIL BANYAK

  3. salam,,
    pm harga paper bag kod GGB01 100pcs.. TQ

  4. Salam boleh pm beg kertas GGB04 utk 800 pcs

  5. Salam,
    Berapa harga paper bag Kod GGB05 & GGB06 setiap satu 120pcs.

Leave a Reply

Customer Reviews

Google +

Google Map