web
counter

Tips Untuk Memilih Aksesori Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Perlukan tips pakar untuk memilih aksesori perkahwinan? Tidak kira apa pun rancangan untuk hari istimewa anda, pastikan tema yang dipilih untuk hari tersebut sentiasa di dalam ingatan anda. Sekiranya anda telah memilih pakaian pengantin, menempah dewan majlis, melantik syarikat perkhidmatan catering yang sesuai, mengupah jurufoto atau juru gambar yang professional, menempah bunga-bunga yang ingin dipakai pada hari tersebut, maka anda boleh menumpu perhatian ke atas benda-benda kecil tetapi mampu membuat perbezaan yang besar di majlis perkahwinan anda. Benda-benda kecail yang mampu memainkan peranan yang sedemikian penting ialah aksesori perkahwinan. Mungkin anda menghadapi masalah untuk memilih dan menentukan jenis aksesori yang sesuai disebabkan tidak berpengalaman.

Aksesori Perkahwinan

Petua-petua Untuk Memilih Aksesori Perkahwinan

Jangan Tunggu

Aksesori perkahwinan bukan sesuatu yang anda boleh tunggu sehingga saat terakhir dan mengharapkan untuk mendapat yang terbaik. Mencari barang kemas dan aksesori yang sesuai untuk dihiasi dan dipadankan dengan gaun pengantin memerlukan masa dan perancangan terperinci. Pada masa yang sama, jangan memberi tekanan yang besar kepada diri sendiri. Jadikan sesi pencarian dan pemilihan aksesori perkahwinan sebagai hari membeli belah yang seronok bersama dengan pengapit anda. Anda juga boleh meminta pendapat dan pandangan serta nasihat daripada pengapit anda.

Tidak Terlebih

Apabila memilih aksesori perkahwinan, peraturan penting yang harus diikuti ialah “ Sikit itu bermakna banyak”. Ramai pengantin baru berpendapat semakin besar atau banyak aksesori di atas gaun pengantin mereka, maka ia adalah yang terbaik. Realitinya tidak sebegitu. Perlu diingatkan, anda memerlukan aksesori untuk melengkapi baju pengantin dan membantunya lebih elegan dan bukannya bergantung kepada aksesori untuk merampas daya tarikan orang ramai ke atas gaun pengantin tersebut.

Kenal Pasti Pilihan Atau Opsyen Anda

Harus diingati barang kemas serta aksesori perkahwinan bukan sekadar terhad kepada set rantai mutiara. Anda boleh memilih rantai atau aksesori yang diperbuat daripada emas, perak atau platinum. Ini memperluaskan pilihan yang ada.

Faktor-faktor Yang Perlu Diteliti Ketika Memilih Aksesori Perkahwinan

  • Warna

Kebanyakan baju pengantin adalah berwarna putih. Oleh itu, anda harus memilih rantai mutiara untuk berselasi dengan baju tersebut.

  • Stail atau Corak

Cuba fikirkan stail atau corak keseluruhan gaun pengantin anda. Jiak anda memilih gaun yang elegan tanpa sebarang perhiasan, maka anda harus memilih rantai khas yang ringkas.

  • Personaliti

Aksesori yang dipilih juga harus mengikuti personality anda. Jika anda merupakan seorang yang suka kepada alam sekitar, maka anda boleh memilih aksesori yang berkaitan dengan alam sekitar untuk dihiasi ke atas gaun pengantin anda.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE