web
counter

Cinta Semuanya Wangi

Gift Kahwin Ads

Cinta memang wangi. Ya memang wangi,kentut pun tak ditegur,tersenyum pasangan bercinta walaupun bau dalam kereta semerbak dan mahu muntah dibuatnya. Bau badan pun apa kisah,dah nama tengah angau bercinta kan?Senario ini akan berubah bila pasangan bercinta mula kahwin.

6 rose soap

Kentut Busuk

Suami akan terang-terangan menghentam isteri “Busuk lah awak kentut ni! Lain kali buka lah tingkap tu kalau nak kentut!” atau “Awak ni tak mandi lagi ke?Busuk lah!” dan bermacam-macam lagilah kaedah yang digunakan yang menyebabkan pasangan terguris. Begitulah gamaknya penangan cinta yang kemudian akan menyembunyikan segala macam keburukan tetapi bila pasangan sudah dihalalkan hubungan dengan ikatan pernikahan ianya menjadi busuk! Agaknya dah tak reti nak berhemah kot bila bercakap tu!

Isteri pula semasa bercinta, boleh berkongsi susah. Tak dapat barang kemas pun takpe janji cik abang kita ni sayang. Tapi bila dah berkahwin?” Abang ni sejak kita kahwin 3 tahun langsung tak berikan saya apa-apa!” atau “Abang ni sampai bila nak hidup macam ni!” Agaknya dah hilang timbang rasa kot. Cinta masa tu mereka lupa sekejap hal material. Tapi bila dah kahwin mula merungut ini tak cukup dan itu tak cukup. Botak kepala suami bila isteri membebel pasal ketidakcukupan ni. Dah tak reti bersabar gamaknya kot. Mungkinkah janji sebelum kahwin hanya retorik politik golongan perempuan untuk mengikat bakal suaminya??!!

Bertolak Ansur Satu Sama Lain

Emm mungkin kita tidak membaca sejarah Islam atau sudah baca buat-buat lupa. Atau kita menganggap itu lain! Lihat pada Saidina Ali dan Sayidina Fatimah…Bagaimana mereka saling bantu-membantu dalam urusan rumah tangganya. Mereka sentiasa membantu dan tidak pernah pun Sayida Fatimah mengeluh akan hal kehidupannya. Sebab apa?Mereka berkahwin kerana Allah. Bukan kerana cinta membuta tuli.

Sebab itu ramai kalangan kita gagal dalam perkahwinan kerana kebergantungan kepada Allah itu kurang. Semuanya berasaskan perkara fizikal. Dalam dunia ni kalau kita bergantung selain dari Allah,maka kita akan menuju kegagalan.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE