Menjelang majlis perkahwinan atau pertunangan, barang-barang gubahan hantaran perkahwinan haruslah menjadi salah satu perkara yang amat penting dan perlu disediakan dengan teliti. Lepas banyak tahun sampai sekarang, gubahan hantaran sudah menjadi adat resam dan tradisi yang dipandang penting dalam masyarakat Melayu untuk menjalurkan hubungan yang rapat untuk kedua-dua pihak keluarga bila mengadakan pertunangan. Jika anda ingin menyerikan majlis perkahwinan dengan gubahan hantaran pertunangan, jadi barang-barang yang dibeli dan dipilih oleh anda mestilah cantik, elegan dan unik untuk menarik perhatian semua tetamu.
Contoh-Contoh Gubahan Hantaran Terkini:
Antara barang-barang yang disukai dan jadi pilihan pertama bagi lelaki untuk digubah menjadi Gubahan Hantaran dengan tema warna merah jambu and warna hitam adalah:
- Coklat
- Kek Kahwin
- Mas Kahwin
- Minyak Wangi
- Sandal
- Tuala (Towel)
- Telekung

Tuala Kek
Minimum Order: 100 unit
Harga: RM0.85
Kotak Hantaran

Satu bekas yang boleh dipakai untuk bahan gubahan hantaran adalah kotak hantaran yang ditunjuk di gambar atas.
Warnanya menyerlah dan kelihatan cantik.
Design mudah dan kemas. Jika anda tutup bekas ini, ia akan kelihatan demikian…

Kotak itu boleh dihiaskan dengan selanjutnya untuk kelihatan seperti ini:

Saiz bekas hantaran yang kecil berukuran L 19.5 cm x W 11 cm x H 11.5 cm.
Satu lagi bekas hantaran yang mempunyai saiz besar sikit berukuran L 22.5 cm x W 14 cm x H 13.5 cm.
Bekas ini sungguh sesuai untuk mengisi barang gubahan hantaran yang berbahan kecil seperti jam tangan, handphone, cincin, coklat, tuala dan lain-lain.

Terdapat warna lain bagi bekas hantaran ini bagi pilihan anda.


Harga:
RM18 untuk saiz kecil.
RM25 untuk saiz besar.
DIY Gubahan Hantaran Yang Mudah, Praktikal dan Murah
Jika anda mahu tema perkahwinan disediakan mengikut kahwin budget anda, Anda boleh pertimbangkan untuk membuat DIY gubahan anda sendiri. Jika semua barang-barang yang perlu dibeli dengan harga yang berpatutan, kos keseluruhan untuk satu dulang boleh disediakan dengan perbelanjaan yang tidak lebih RM 10.

1. Gubahan tuala mandi. Anda boleh pakai barang bentuk bulat yang ada lengkuk di kepala. Tarik dan gulung tuala, lepas tu ikat tuala dengan reben, dan sumbatkannya ke dalam barang. Habis! Barang itu sekarang jadi akuarium ikan emas anda.
2. Gubahan minyak wangi (perfume). Anda boleh pakai barang bentuk silinder. Manik panjang tu, lilit-lilit untuknya nampak canggih. Anda boleh dapat manik itu dengan harga semeter lebih kurang RM 2.
3. Gubahan coklat. Anda boleh pakai barang bentuk macam hour glass. Sumbat coklat Ferrero Rocher sampai bekas itu penuh. Bekas silver anda boleh beli di kedai atau shopping complex dengan hargar RM 2. Bekas itu boleh disumbat dengan coklat Tango. Lepas tu guna rantai mutiara yang boleh diperolehi dengan harga RM 2 juga. Senang saja untuk dibuatkan dan anda boleh pakainya dan menghadiri majlis perkahwin.
Hiasan Hantaran Perkahwinan

Ingin menghias hantaran tetapi tidak tahu macam nak buatnya? Sebenarnya, hiasan hantaran perkahwinan tidak susah langsung untuk membuatnya. Anda boleh rujuk kepada contoh-contoh gubahan yang telah siap, atau cari dengan Google untuk gambar-gambar yang tunjuk anda macam mana menyediakan. Lihatlah contoh berikut dan anda boleh menyediakan dengan kretiviti sendiri.
HANTARAN TEMA GOLD




















11 Comments
saya nak tny kotak hantaran yang kat dlm nie..selain warna gold,silver,ada x lagi warna merah??boleh bg no tel x??senang sy nk contact..
Bleh anda telefon Jason 018-2727867
Nk tanya kotak kecil utk isi apa ye.. N biasanye org beli brp kecil n brp kotak besar.. Tq
ada tak satu gubahan contoh sirih junjung diletak bersama cincin…
sila semak emel. TQ
ade x contoh gubahan cincin dgan mas kahwin
salam..sy nk order kotak yg saiz kcil wrna gold yg RM18..blh x??
nk order kotak warna gold..yg kcik..bg num tpn leh???snang nk tnye…tq
bg num tpn..nk order kotak..
lokasi nye d i mana
33-1, Blk F, Platinum Walk,
No2, Jalan Langkawi,
Danau Kota, Setapak,
53300, KUALA LUMPUR.
2 Trackbacks and Pingbacks
[...] more about Malay wedding boutique or butik pengantin by visiting this gubahan hantaran website. Bookmark on Delicious Digg this post Recommend on Facebook share via Reddit Share with [...]
[...] more about Malay wedding boutique or butik pengantin by visiting this gubahan hantaran website. Bookmark on Delicious Digg this post Recommend on Facebook share via Reddit Share with [...]
Write a Comment