web analytics
laman untuk pelbagai cenderahati perkahwinan & door gift wedding murah
Call Us: 018-2727867

DIY Kad Kahwin Atau Beli?

Gift Kahwin Ads

Anda mungkin menyedari di pasaran sekarang terdapat banyak kad kahwin yang boleh anda pilih. Dari kad buatan tangan sendiri, atau beli dari kedai wedding cards, anda mempunyai pelbagai pilihan yang merunsingkan. Jika anda mempunyai tidak banyak buget untuk belanja dalam kad perkahwinan, anda juga boleh mencari kad-kad lain yang sesuai untuk anda tetapi kemungkinan anda kena menghabiskan lebih banyak masa untuk mencarinya. Dalam artikel ini, saya akan menyediakan cebisan nasihat dan tips bagaimana anda boleh mendapatkan kad perkahwinan yang berkualiti baik dan dalam lingkungan perbelanjaan.

design kad kahwin 2011

Baget Perbelanjaan untuk Kad Kahwin

Pertama mari kita berbincang tentang bajet anda. Berapa banyak yang anda sediakan untuk berbelanja dan apa maklamat yang anda ingin mencapai dengan perbelanjaan ini? Jika anda sudah menentukan baget yang hendak dibelanja untuk kad kahwin yang economi, anda patut mengikuti pelan yang sudah ditentukan.

Kad-kad yang anda beli mungkin kos anda di antara RM1.00 ke RM1.50 sekeping. Dan jika anda tempah 1000 keping, harganya dah di antara RM1,000 hingga RM1,500. Duit yang kena bayar bukan sikit saja, betul?

Jika anda tidak mempunyai buget yang banyak, anda bolehlah buat kad kahwin yang biasa. Untuk kad biasa, kosnya cuma antara RM0.20 sampai RM0.40 bagi sekeping. Dan jika anda bagi kedai kahwin deisng untuk anda, anda kenalah bayar cas lebih kurang RM50. Jika anda tempah 1000 keping, cuma cos anda RM200 sampai RM400. Banyak wang yang anda boleh jimat.

Setelah membuat anggaran baget anda, kemudian saya akan mengesyorkan anda membuat keputusan atas apa desains atau reka bentuk kad kahwin yang anda mahu dan sebabnya. Anda kena memikirkan apa yang anda mahu pada kad perkahwinan dan apa tema warna yang anda ingin. Saya akan bermula mengumpul idea dan reka bentuk dan meletakkan semua idea ini dalam satu buku nota. Dengan cara ini anda dapat melihat dengan teliti apa yang anda mahu, dan juga anda boleh menunjukkan buku nota ini kepada orang lain untuk mendapatkan idea yang lebih luas.

Selepas membuat keputusan apa yang anda mahu dan sebabnya, saya tidak akan menasihatkan anda mula mencari kedai-kedai online dan offline. Sekarang terdapat beribu-ribu kedai-kedai online dan offline yang menjual kad perkahwinan. Jika anda cuba untuk menghubungi kesemuaan kedai-kedai ini, anda boleh jadi terlalu letih dan menghabiskan banyak masa. Jadi nasihat saya bagi anda adalah membuat satu senarai yang cuma mempunyai 10 kedai pembekal kah kahwin. Ambil siki masa untuk melawat atau menghubungi mereka untuk mengetahui apa yang mereka boleh menawarkan. Anda boleh semak katalog, pameran dan hasil kad kahwin mereka untuk mendapatkan idea-idea dan inspirasi. Saya mendapati bahawa jika anda memberitahu kedai tentang bajet anda, mereka akan lebih gembira untuk membantu anda memperolehi kad perkahwinan yang sesuai, sempurna dan dalam lingkungan bajet anda.

The Kad Kahwin Kedai dalam Internet

The Kad Kahwin
Jika anda ingin menempah kad kahwin online, satu online kedai yang saya mengesyorkan adalah The Kad Kahwin. The Kad Kahwin ditubuhkan dalam tahun 2006 dan sekarang sudah 5 tahun dalam bisnes ini. Kedai ini sebenarnya panggil Jentayu Design yang berduduk di kawasan Selangor. Mereka mempunyai koleksi kad kahwin yang pelbagai jenis termasuk diamond card cwc, premium card cws, kanda & dinda wedding cards, kad kahwin ekonomi dengan latest design yang digemari oleh orang ramai. Jadi anda boleh mengunjungi kedai itu dan membuat keputusan anda jika meminat.

DIY Kad Kahwin

Jika anda masih tidak dapat cari kad perkahwinan yang sesuai dan dalam lingkungan bajet anda, saya akan cadangkan anda DIY atau design kad kahwin anda sendiri. Mungkin anda akan takut kerumitan untuk DIY kad kahwin pada mulanya, tetapi membuat kad perkahwinan anda sendiri bukan begitu susah sebenarnya, ia boleh juga sangat senang dan menyeronokkan. Anda boleh memperibadikan(personalised) setiap aspek kad kahwin dari perkataan sampai sampul surat. Jika ini kedengaran ideal untuk anda, maka anda boleh mula beli alat tulisan, benda-benda kraft tangan dan bekalan yang boleh diperolehi dengan harga yang berpatutan, dan mula menyediakan kad kahwin yang peribadi dan istimewa itu. Jika anda membuat kad kahwin sendiri, saya akan menasihati anda melakukan sedikit percubaan dan kesilapan sebelum mewujudkan kad yang siap sempurna. Dengan cara ini anda akan dapat menyemak apa yang sesuai dan juga apa yang tidak untuk diisi dalam kad kahwin anda.

DIY Kad Kahwin

Jika anda tahu pakai Adobe Photoshop, anda boleh pakailah untuk design kad kahwin anda sendiri. Jika tak tahu pakai, minta tolong dari member keluarga atau kawan yang tahu Photoshop untuk tolong anda design. Jadi macam ni boleh jimatkan wang untuk upah orang design.

Lepas design dah keluar, anda kena beli semua barangan yang perlu untuk sediakan kad anda.

Kos keseluruhan untuk kad budget anda mungkin boleh dihuraikan macam ini:
– Sampul kad dan kaler cream (1000 keping): RM70
– Kertas 230 gram + 250 gram: RM88
– Ribbon (10 rolls): RM12

Jadi RM70 + RM88 + RM12 = RM170. Inilah duit yang anda kena belanja untuk 1000 keping kad kahwin. Cosnya cuma RM0.17 untuk satu keping! Memang murah, kan? Tapi anda kenalah pakai printer anda sendiri untuk print semua keping dan mungkin ini juga kena cos sikit duit anda. Tapi berbanding dengan bagi kedai kad buat kesemuaan ini, anda dah jimat banyaknya.

Pakai Adobe Photoshop untuk design kad kahwin anda.

Gift Kahwin Ads
12 Comments
  1. saya suka pada rekaan kad, kerana warna yang lembut dan tidak terlalu terang.

  2. terima kasih banyak2!!!!
    jumpe jgak video and tips buat kad kahwin sendiri..

  3. I have been browsing online more than 3 hours today, yet I never found any interesting article like yours DIY Kad Kahwin Atau Beli? — Cenderahati Perkahwinan. It is pretty worth enough for me. In my opinion, if all website owners and bloggers made good content as you did, the web will be a lot more useful than ever before.

  4. tq kak..saya nk wat… tq sgt2

Leave a Reply

Customer Reviews

Google +

Google Map