web
counter

Trends Cupcake Semakin Jadi Kegemaran Dalam Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Kebanyakan pengantin berdepan dengan pelbagai jenis pilihan dalam memilih cenderahati perkahwinan dan kek bagi majlis perkahwinan bersejarah mereka. Ianya berbeza dengan zaman dahulu di mana bunga telur adalah pilihan mutlak sebagai cenderahati perkahwinan kepada tetamu. Kini, semuanya telah berubah kepada trend baru iaitu Cupcake. Cenderahati Cupcake ialah kek cawan yang dihiasi aising pelbagai warna dan corak dan dipekkan dalam kotak yang dihias cantik.

wedding cupcake

wedding cupcake

Kini trend Cupcake semakin hangat di majlis-majlis perkahwinan kerana ianya boleh dihias sedondon dengan tema majlis. Kebanyakkan Cupcake yang bertema akan menjadi tumpuan kepada para tetamu yang datang terutamanya kanak-kanak kerana corak dan pembungkusan yang menarik. Selain itu, Cupcake yang dihiasi amatlah sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan.

cupcake dalam kotakCupcakes di dalam pelbagai kotak yang menarik.

Baru-baru ini Nani telah menjalani pengambaran bersama NONA, TV3 untuk segmen Fokus di mana mereka mengetengahkan tentang trend Cupcake yang semakin hangat di majlis perkahwinan.

shooting nona

shooting nona 2

Pembuatan Cupcake dari bancuhan, pembakaran sehingga ke hiasan aising dan pembungkusan.

shooting nona 3

Selain cenderahati perkahwinan, Cupcake bertingkat dan kek bertingkat juga menjadi pilihan dalam majlis perkahwinan, terutama dalam acara kemuncak majlis seperti memotong atau menyuap kek. Cupcake bertingkat selalunya diletakkan di hadapan meja makan beradap sebagai hiasan dan ada sesetengah pengantin menjadikan acara memotong kek perkahwinan kepada menyuap Cupcake kepada pasangan.

Terdapat dua jenis kek yang sesuai untuk acara memotong iaitu kek beraising lembut ‘buttercream’ atau ‘royal icing’ yang sedikit keras. Kek ‘buttercream’ yang lembut selalunya di hiaskan secara sederhana dan boleh di potong dan makan semuanya manakala Kek ‘royal icing’ adalah lebih meriah dan cantik tetapi aisingnya agak keras untuk dimakan. Kek ‘royal icing’ selalunya menggunakan kek ‘butter’ atau kek buah kerana sesuai untuk menampung aising yang banyak, dan ada sesetengah pengantin yang menggunakan ‘polysterine foam’ yang dihias seperti kek untuk hiasan. Ianya bergantung kepada pilihan pengantin yang bersesuaian dengan tema majlis mereka.

kek butter cream

cupcake bertingkat

kek royal icing

Selalunya pengantin akan mengeluarkan banyak belanja dalam menjadikan majlisnya begitu bersejarah dan berprestij. Disini saya ingin memberi beberapa idea bagi pengantin dalam memilih cenderahati perkahwinan dan kek bagi majlis mereka. Kek bagi upacara memotong seeloknya diletakkan di tempat redup dan dingin, jika tidak kek akan cair dan tidak kelihatan menarik, bakal pengantin boleh memilih ‘cupcake royal icing’ atau kek yang beraising keras supaya kelihatan cantik setiap masa. Ada juga yang memilih kek yang didalamnya ‘polysterine foam’ sahaja untuk hiasan di meja pengantin supaya kekal cantik, harganya lebih murah.

Bagi Kek cenderahati perkahwinan, pilih jenis kek yang tahan lama sekurang-kurangnya seminggu kerana mungkin tetamu tidak terus memakannya dan jika tidak habis, ianya tidak akan dibuang begitu sahaja. Pastikan anda memilih kek pengantin yang betul dan sesuai untuk majlis perkahwinan supaya ianya akan menjadi kenangan manis selamanya.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE