web
counter

Bagaimana Menyimpan Wang Untuk Majlis Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Bagi sesetengah masyarakat seperti yang terdapat di Eropa, Bangladesh dan lain-lain, pihak ibu bapa pengantin perempuan yang harus menanggung kesemua kos semasa melangsungkan majlis perkahwinan. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai anak perempuan dan berada di negara-negara yang mengamalkan tradisi sedemikian, maka anda harus mula untuk menyimpan wang untuk tujuan tersebut.

ringgit malaysia

Dua Langkah Untuk Menyimpan Wang Untuk Majlis Perkahwinan

– Sediakan bajet anda. Adalah susah untuk menyimpan wang jika anda tidak pasti berapa wang yang diperlukan untuk majlis tersebut. Untuk maklumat anda, anda tidak memerlukan berpuluh ribu untuk menyediakan majlis perkahwinan yang meriah. Ia sepatutnya bergantung kepada kemampuan anda.

– Kirakan jumlah masa yang ada. Selepas menentukan berapa wang yang perlu disimpan, anda harus mengira berapa wang yang anda perlu simpan setiap bulan. Anda mungkin menghadapi sedikit masalah kerana tidak pasti pada umur berapa anak perempuan anda akan berkahwin. Beliau mungkin akan berkahwin pada umur 18 tahun. Dengan itu, anda harus mencuba sedaya upaya untuk menyimpan sebelum beliau mencapai umur 18 tahun.

Tiga Teknik Menabung Untuk Majlis Perkahwinan

Menabung wang boleh menjadi satu perkara yang sukar untuk sesetengah orang. Jika anda mula menabung dari awal, maka ia akan lebih senang. Sekiranya anda mempunyai masa 18 tahun untuk menabung, tugas itu amatlah senang. Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang anda boleh pilih.

1. Simpan Semua Duit Kecil / Syiling

Yang dimaksudkan di sini ialah anda menyimpan semua duit syiling yang ada pada hari itu ke dalam tabung wang ataupun piggy bank. Beli satu tabung wang yang besar dan labelkan nama anak anda pada tabung wang tersebut supaya anda sentiasa ingat bahawa wang yang disimpan hanya untuk kegunaan majlis perkahwinannya. Anda juga boleh menggalakkan anak anda untuk menabung bersama.

2. Menabung Sebahagian Wang Daripada Gaji Bulanan

Bahagian yang diperuntukkan daripada gaji bulanan tidak perlulah besar. Walaupun anda hanya menggunakan 1% daripada gaji bulanan untuk menabung, jumlah wang tersebut amatlah besar selepas setahun.

3. Menganggap Dana Perkahwinan Sebagai Bill Bulanan

Di sini, anda menganggap dana perkahwinan yang ingin disimpan sebagai satu bill perbelanjaan untuk setiap bulan seperti bill eletrik atau bill telefon. Anda boleh membuka satu akaun bank untuk tujuan tersebut. Setiap bulan semasa anda menerima gaji, anda menyimpan sejumlah wang ke dalam akaun tersebut dengan anggapan membayar bill bulanan.

Jika anda mempunyai beberapa anak perempuan, pastikan setiap tabung wang diasingkan.

4. Jimat Wang Pada Pembelian Bunga

Bunga membuat majlis perkahwinan lebih menarik. Walau bagaimanapun, anda perlu mengikuti beberapa tips belanjawan ketika membeli bunga. Pertimbangkan membeli bunga yang menarik secara borong dan menghiasinya dengan diri sendiri atau pembekal bunga yang anda kenali dengan kadar yang lebih rendah.

Jika anda memilih untuk menyewa servis pakar bunga, memperuntukkan sebahagian besar bajet anda pada hiasan bunga yang senang mengambil perhatian para tetamu.

5. Destinasi Untuk Majlis Perkahwinan

Selain itu, destinasi untuk majlis perkahwinan adalah cara yang hebat untuk menjimat jumlah perbelanjaan yang besar pada perkahwinan anda. Ia mungkin mengambil sedikit usaha dan penyelidikan yang teliti untuk mencari destinasi yang baik, tetapi anda akan kagum dengan kemudahan yang dijumpai. Terdapat beberapa tempat yang menawarkan tawaran pakej pada majlis perkahwinan dengan harga yang murah.

Walaupun merancang perkahwinan di hotel pasti akan menjadi lebih mahal, tetapi anda boleh meminta diskaun dari hotel untuk penginapan di hotel itu bagi bulan madu anda.

Anda boleh bermula sekarang merancang perkahwinan anda dengan berhati-hati menggunakan tips penjimatan untuk majlis perkahwinan dan menjadikannya sebagai satu acara istimewa dengan rayaan yang besar tanpa menghabiskan wang yang banyak.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE