web
counter

Kiraan Kos and Bajet untuk Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Kemaskini: 10 Oct 2016

Selepas bertunang, keramaian pasangan akan sibuk dengan perancangan perkahwinan mereka. Antara cabaran yang terutama kepada kebanyakan orang pastilah tentang bajet kewangan. Pada hari ini, sepasang pengantin kena menyediakan sekurang-kurangnya RM20,000 dalam tangan jika nak kahwin.

Sebab perkahwinan adalah satu hari khas buat satu kali saja dalam kehidupan kita, kesemuaan orang ingin mengadakan perkahwinan yang dikenangi. Jadi jika anda tidak mempunyai pendapatan yang banyak, Maka anda kena merancangkan pembelanjaan dengan mengeluarkan satu pelan bajet untuk rujukan.

Di sini adalah antara pembelanjaan yang diperlukan:

Mas Kahwin

Mas kahwin merupakan tanda kasih sayang dan juga pemberian wajib pada suami kepada isteri. Wang pemberian adalah berlainan mengikut negeri masing-masing di Malaysia. Boleh rujuk ke sini untuk mendapati amaun wang yang perlu diberi di negeri anda.

Pembelanjaan Gubahan Hantaran di Masyarakat Melayu

Gubahan hantaran yang disediakan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan juga satu pembelanjaan yang boleh menjadi amat tinggi jika tidak merancangkan bajet dengan baik. Antara yang pihak lelaki kena tahu termasuk amaun wang hantaran yang nak beri, harga unutk sebentuk cincin nikah, harga untuk set dulang hantaran dan sebagainya.

Kos Pembelanjaan untuk Pengantin

Antara kos yang perlu kena pasti termasuk kos sewa dewan/khemah, kos baju pengantin, kos jurusolek dan sebagainya.

Sewa dewan

Harga boleh berbeza besar bergantung kepada keluasan dan faciliti yang ditawarkan oleh pemilik dewan tu. Elakkan sewa dewan pada musim perayaan maka anda boleh dapat sewa dewan dengan harga yang lebih murah.

Baju Pengantin

Jika anda membeli baju pengantin anda dari butik pengantin pakar yang menawarkan perkhidmatan pengantin penuh, maka gaun yang anda dapat akan kos anda lebih daripada gaun yang dibeli dari kedai diskaun atau butik online.

Jika anda tidak ingin belanja banyak duit ke atas pakaian perkahwinan, boleh anda pilih untuk sewa gaun pengantin kerana ia bukan sahaja realistik tetapi juga jimat kos yang banyak. Pengantin perempuan pasti dapat menjimatkan banyak wang terutamanya jika anda mempunyai bajet wang yang ketat untuk dibelanjakan untuk majlis perkahwinan.

Mekap

pengantin boleh mekap sendiri atau boleh minta kawan-kawan yang pandai mekap untuk bantu. Maka anda tidak perlu habiskan wang yang banyak bagi mekap di butik andaman yang mungkin akan caj anda dengan wang yang banyak. Anda cuma perlu sediakan hadiah untuk kawan yang bantu anda mekap tu.

Kos Pembelanjaan untuk Jemputan

Anda kena menentukan bilangan jemputan yang akan menghadiri perkahwinan anda. Dengan itu anda dapat merancangkan bajet kos katering dan juga bilangan cenderahati/door gift yang perlu disediakan. Selain daripada itu, sebelum tetamu hadiri perkahwinan anda, mestilah anda memjemput mereka datang, betul ke? Jadi anda juga kena sediakan kad jemputan kahwin dan perlu kira bajet untuk kad dengan sampul dan juga jumlah setem yang diperlukan.

Kad Kahwin

Perkara yang pertama untuk anda memberitahu saudara mara dan rakan-rakan tentang perkahwinan anda adalah dengan menyediakan kad jemputan kahwin dan memberi kepada mereka supaya mereka akan luangkan masa untuk menghadiri pada hari perkahwinan anda.

Untuk tempahan kad, anda mungkin boleh pilih design yang mudah dan murah supaya anda boleh jimatkan wang untuk kad-kad tu.

Kos Sampingan

Selain daripada kos yang disebutkan di atas, kos-kos berikutnya adalah sampingan yang anda boleh menaruhkan mereka dalam bajet anda jika wang anda lagi cukup untuk belanja untuk semua ni. Kos sampingan termasuk pelamin & hiasan, silat/tarian, kompang, hiburan, pengacara dan jurufoto.

Untuk memudahkan anda membuat bajet anda, anda boleh rujuk ke laman ni dengan isikan semua bajet anda dan ia akan automatik buat semua kiraan bagi anda.

bajet lelaki

bajet perempuan

Rujukan:

Senarai Perbelanjaan Untuk Perkahwinan

Kekalkan Fikiran Yang Mentang Untuk Bajet Perkahwinan

Menyediakan Bajet Perkahwinan Untuk Jimat Kos

Cara Penyediaan Bajet Perkahwinan

Tip Untuk Majlis Perkahwinan Yang Murah

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE