web
counter

Kit Kecemasan Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Kit kecemasan perkahwinan harus disediakan oleh pengantin baru pada hari majlisnya kerana perkara yang tidak diingini selalunya berlaku pada masa yang paling tidak sesuai. Dengan adanya kit kecemasan perkahwinan, ia boleh menolong pengantin baru untuk menyelesaikan masalah tersebut dan memastikan hari perkahwinannya berjalan dengan lancar.

Kit Kecemasan Perkahwinan
With You in Mind, inc. – Wedding Day Emergency Kit (10+ women)

Senario Yang Mungkin Berlaku Pada Hari Perkahwinan

Senario 1: Saat terakhir sebelum pengantin baru memasuki dewan majlis perkahwinan, tiba-tiba pengantin baru mendapati  aksesori perhiasan pada gaun pengantin beliau tertanggal.

Senario 2: Pengantin baru duduk di atas pelamin semasa hari perkahwinan. Cuaca pada ketika itu sangat panas. Pengantin perempuan mendapati mekap pada mukannya mula luntur.

Senario 3: Ketika sedang menyambut tetamu di dewan majlis, tiba-tiba pengantin lelaki berasa sakit perut yang teramat sangat ataupun berasa pening kepala kerana sibuk menyambut tetamu sejak awal pagi. 

Jika anda tidak membuat persediaan terlebih awal seperti membawa kit kecemasan perkahwinan bersama, anda pasti kelam kabut pada masa itu.

Bahan-bahan Yang Patut Ada Di Dalam Kit Kecemasan Perkahwinan

Berdasarkan kepada contoh-contoh senario yang disebut diatas, anda mungkin sudah mendapat idea tentang bahan yang perlu disediakan. Antaranya ialah:

  • Gunting, benang dan Jarum
  • Alat Mekap atau kosmetik seperti eye shadow dan mascara
  • Ubat sakit kepala, sakit perut, pil alahan dan tuala wanita
  • Produk rambut seperti sikat rambut, pin rambut, gel dan sebagainya.
  • Ubat Gigi, pencuci mulut dan mints nafas
  • Tisu muka
  • Air dan makanan

Bahan-bahan yang disediakan harus dimasukkan ke dalam satu bekas atau beg yang senang dibawa bersama. Korean bag in bag organizer merupakan beg yang sesuai untuk digunakan. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai Korean bag in bag organizer.  Pengantin baru boleh melantik kawannya untuk bertanggungjawab membawa kit kecemasan pada hari perkahwinannya.

wedding emergency kit

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE