web
counter

Makanan Yang Sesuai Disediakan Dalam Majlis Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Pada hari perkahwinan, tetamu yang datang pasti akan dihidangkan dengan masakan yang menyelerakan. Untuk menentukan makanan yang sesuai disediakan pada hari perkahwinan, beberapa faktor perlu diambil kira mengikut situasi.

makanan perkahwinan

makanan perkahwinan

1. Musim cuti sekolah
Sekiranya majlis perkahwinan itu berlangsung pada musim cuti sekolah ataupun pada hujung minggu, pasti ramai lagi pasangan pengantin yang meraikan perkahwinan mereka pada hari yang sama.

Kadangkala, tetamu yang datang hanya singgah sebentar untuk mengucapkan tahniah kepada pengantin dan keluarga dan bergegas pulang tanpa menjamah makanan yang disediakan dengan alas an banyak lagi majlis perkahwinan yang harus dihadiri ataupun sudah kenyang.

Dalam situasi begini, masakan yang ringan boleh disediakan seperti kek, kek cawan (cupcake), minuman menyegarkan, makanan goring seperti kentang goreng, potongan buah-buahan, kekacang, dan banyak lagi makanan ringan yang boleh dijadikan kudapan.

Sekurang-kurangnya tetamu dapatlah menjamu sedikit sebelum pergi. Namun, jangan pula tiada langsung masakan berat utama, nanti dikatakan kedekut pula.

2. Musim panas
Sekiranya majlis perkahwinan itu berlangsung semasa musim panas pula, sediakanlah banyak makanan ataupun minuman yang dapat menyegarkan badan.

Tambahan lagi, kebanyakan majlis perkahwinan diadakan di dalam khemah secara outdoor. Orang ramai yang datang pasti menyebabkan keadaan menjadi sedikit sesak. Bagi meraikan majlis yang berbahagia ini, pastinya kita mahukan tetamu berasa senang hati meraikan hari bersejarah ini.

Sediakanlah minuman pelbagai perisa agar menarik perhatian. Sediakan juga buah-buahan segar terutamanya buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti buah tembikai. Ada juga sesetengah majlis perkahwinan menyediakan air batu campur, cendol, dan juga cikang.

Malah, tidak salah sekiranya anda mahu menyediakan yogurt buah-buahan sebagai pencuci mulut. Malah, jangan lupa untuk menyediakan air kosong.

3. Bertukar selera
Tidak salah rasanya sekiranya kita mahu menukar selera semasa majlis perkahwinan. Nasi minyak, nasi beriani, ayam masak merah, itu semua sudah biasa dilihat pada majlis-majlis perkahwinan, bukan?

Cubalah sesuatu yang lain dari yang lain seperti nasi kerabu, nasi lemak ataupun nasi ambang. Tidak salah sekiranya mahu menghidangkan selera barat pula seperti chicken chop ataupun fish and chips.

Dengan cara ini, majlis perkahwinan anda pasti lebih diingati dan dikenang, bukan?

4. Kanak-kanak
Pada kebiasaannya, golongan kanak-kanak tidak berminat untuk makan di majlis-majlis seperti ini. Makanan yang menarik juga elok disediakan bagi menraik perhatian kanak-kanak seperti gula-gula, ais krim, coklat, cookies, dan keropok.

Cara ini juga dapat mengurangkan risiko anak-anak tetamu meragam semasa ibu bapa mereka menikmati masakan yang disediakan. Pasti keadaan akan menjadi lebih terkawal. Jangan kata kanak-kanak, golongan dewasa pun sukakan kepada makanan yang menarik.

Sebagai penganjur majlis kita pasti gembira sekiranya tetamu yang hadir berasa gembira dan senang hati sepanjang mereka berada di majlis kita. Diharapkan majlis menjadi lebih berkat apabila tiada yang muram dan bersedih hati.

5. Tapi!
Ya ada tapinya, perlulah juga menambil kira bajet yang disediakan bagi tujuan jamuan. Kuantiti makanan juga jangan terlalu banyak ataupun terlalu sedikit. Dikhuatiri membazir ataupun sebaliknya dikatakan kedekut. Berpada-padalah dalam merancang, jangan pula sampai melebihi had yang ditetapkan dan yang lebih penting, pastikan makanan yang disediakan itu sihat.

Begitulah serba-sedikit perkara yang perlu kita perhatikan dan diambil berat dalam memilih makanan untuk disediakan pada hari perkahwinan. Nasihat saya, fikirkanlah masalah atau kekurangan terhadap catering ataupun bahagian makanan dan jamuan yang pernah berlaku dalam majlis perkahwinan orang lain, bukan untuk dikutuk, tetapi sebagai panduan untuk mendapatkan majlis yang hampir sempurna. Memang tiada yang sempurna di dunia ini, tetapi kita masih boleh mendekati sempurna.

One Response

  1. Jon Dumphy June 6, 2014

Leave a Reply to Jon Dumphy Cancel reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE