web
counter

Menyediakan Bajet Perkahwinan Untuk Jimat Kos

Gift Kahwin Ads

Adakah anda dalam keadaan inginkan perkahwinan yang hebat tetapi diikat dengan wang tunai? Apabila merancang bajet perkahwinan, pasangan yang terlibat sering memikirkan soalan ini, “Apakah cara terbaik untuk menjimatkan wang untuk perkahwinan kos rendah?” Kebanyakan majlis perkahwinan kos purata $10,000 – $50,000. Ini tidak akan bantu untuk pasangan jimat wang. Di bawah, saya menawarkan idea-idea perkahwinan murah yang akan menemui bajet perkahwinan anda!

foto perkahwinan

foto perkahwinan

Elakkan Musim Perkahwinan
Umumnya, kebanyakan perkahwinan berlaku pada hari cuti yang berturun-turn atau cuti sekolah. Jika anda pilih musim cuti ni untuk perkahwinan anda, sudah pasti anda kena membelanjakan kos yang lebih tinggi. Untuk mengelakkan musim tinggi, idea yang terbaik adalah anda memilih tarikh perkahwinan dalam musim rendah untuk perkahwinan. Dengan itu, kebanyakan vendor perkahwinan juga mempunyai kurang tempahan dalam bulan-bulan ni dan anda pasti akan mendapatkan kadar yang lebih baik untuk perkhidmatan mereka. Ingat anda mesti berunding dengan mereka (tetapi buka membuli ya!). Jadi kemungkinan besar anda akan dapat kos yang jatuh dalam bajet anda. Ini adalah idea yang murah yang tidak akan membocorkan poket anda!

Pilih Cenderahati Perkahwinan Yang Murah
Satu idea yang hebat untuk menjimat kos adalah cari kedai yang membekalkan cenderahati perkahwinan yang cantik lagi murah harganya. Dengan itu, anda boleh mengurangkan kos pada jumlah cenderahati dan aksesori yang anda boleh beli. Satu idea yang bagus dan juga murah ialah beli kotak cenderahati perkahwinan (dalam warna perkahwinan anda) dan mengisikan cokat atau gula-gula dalam kotak tu dan diberikan kepada tetamu supaya mereka boleh mengagumi dan makan! Lilin yang diikat dengan reben organza dalam satu kotak PVC juga satu idea perkahwinan yang cantik dan murah yang akan mengurangkan kos!

Tempat Perkahwinan Yang Murah
Kebanyakan dewan mengenakan bayaran tertinggi dalam pakej mereka pada majlis perkahwinan yang diadakan pada hari Jumaat-Sabtu. Jadi, untuk mendapatkan tempat-tempat perkahwinan kesukaan anda dengan kos yang rendah, anda boleh cuba pilih untuk menjalani perkahwinan pada hari cuti yang kebetulan jatuh pada hari bekerja(Isnin-Khamis). Pilih tarikh ini akan bagi anda dapat kos yang rendah untuk bajet perkahwinan anda.

Kek Perkahwinan Yang Murah
Kebanyakan orang juga tidak mampu bayar untuk kek perkahwinan dengan harga yang terlalu mahal. Jadi, untuk mendapati kek perkahwinan yang murah, anda boleh menyediakan satu kek perkahwinan kecil di atas dan trauh kek perkahwinan palsu di bawah dua peringkat yang rendah. Satu kek lembaran boleh diberikan untuk tetamu. Ini adalah idea yang murah yang tidak akan menjejaskan bajet perkahwinan anda!

Bunga Perkahwinan Yang Sesuai
Jadi anda telah membuat keputusan bahawa anda mahu bunga untuk upacara perkahwinan anda. Sekarang bagaimana anda dapat mencari bunga perkahwinan dengan harga yang berpatutan dan dalam bajet anda? Anda boleh cari bunga yang biasa dibekalkan di kedai florist dan menggunakan lebih banyak tumbuhan hijau untuk menghiasi bunga anda. Juga, gunakan bunga yang sentiasa ada dalam stok florist yang anda beli. Roses dan Lily adalah sentiasa dalam stok dan bunga-bunga tu adalah idea perkahwinan murah untuk hiasan anda.

Sewa Baju Pengantin
Kebanyakan pengantin bermimpi untuk memakai baju yang direka oleh designer yang popular. Tetapi jika anda mempunyai bajet yang ketat, ini tidak mungkin bagi anda belanja untuk mendapat baju pengantin designer. Satu idea yang hebat untuk pakaian perkahwinan diskaun adalah sewa baju-baju tu dengan mengunjungi butik pengantin. Biasanya anda akan dapat pakaian yang sesuai dan disukai oleh anda dengan harga diskaun. Dengan ini, anda akan dapat menjimatkan kebanyakan wang anda untuk dibelanja untuk barangan lain.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE