web analytics
laman untuk pelbagai cenderahati perkahwinan & door gift wedding murah
Call Us: 018-2727867

Pemberian Mas Kahwin atau Mahar

Gift Kahwin Ads

Apa Ertinya Mas Kahwin?

Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin – mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Rujukan and penjelasan dari Wikipedia

Penjelasan selanjutnya untuk Mas Kahwin

Mas kahwin atau Mahar adalah hadiah yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan selepas majlis akad nikah. Ia melambangkan permulaan tanggungjawab terhadap isterinya dalam memenuhi keperluan isteri.

mas kahwin

Pemberian Mahar boleh dalam bentuk wang tunai atau faedah, seperti emas, perak, atau wang tunai. Mahar adalah hak pengantin perempuan dan dia memiliki Mahar. Oleh itu, pengantin perempuan itu boleh membuat apa-apa saja dengan mas kahwin itu mengikuti kehendakannya.

Kadar minimum semasa bagi Mas Kahwin atau Mahar di Malaysia adalah berlainan mengikuti negeri. Mas kahwin pula adalah ditentukan oleh Majlis Istiadat Melayu yang telah dipersetujui oleh D.Y.M.M sebagai ketua Agama Islam Negeri. Sebagai contoh Negeri Selangor anak dara adalah sebanyak RM 80.00 manakala janda sebanyak RM 40.00. Kadarnya tidak ditetapkan, terpulang kepada pasangan yang ingin berkahwin. Manakala wang hantaran pula, ia adalah sebagai adat sahaja.

Anda boleh semak chart bawah untuk mendapati maklumat tentang Mas Kahwin di negeri yang berlainan.

BILNEGERINILAI
ANAK DARA
ABC
1JOHORRM 22.50
2MELAKARM 40.00
3NEGERI SEMBILAN
a. Bukan WarisRM 24.00
b. Ahli WarisRM 48.00
c. Kerabat Diraja di WilayahRM 725.00
Datuk Kelana& Kerabat
4SELANGOR
i.   Puteri SultanRM 2,500.00
ii.  Puteri Raja Muda atau PuteriRM 2,000.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii.  Puteri KerabatRM 1,000.00
iv.  Puteri Anak Raja (Waris)RM 550.00
Puteri Anak Raja (yang lain)RM 300.00
v.   Anak Perempuan org-org besarRM 300.00
vi.   Cucu orang besarRM 200.00
vii.  Orang KebanyakkanRM 80.00
5KUALA LUMPURRM 80.00
6PERAKRM  101.00
7PULAU PINANGRM  24.00
8KEDAH
9PERLIS
10PAHANGRM 22.50
11TERENGGANU
12KELANTAN
13SABAHRM 100.00
14SARAWAKRM 120.00
15W.P LABUANRM 80.00
BILNEGERINILAI
JANDA
ABC
1JOHORRM 22.50
2MELAKARM 40.00
3NEGERI SEMBILAN
a. Bukan WarisRM 12.00
b. Ahli WarisRM 24.00
c. Kerabat Diraja di Wilayah
Datuk Kelana& Kerabat
4SELANGOR
i.   Puteri SultanRM 625.00
ii.  Puteri Raja Muda atau PuteriRM 500.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii.  Puteri KerabatRM 250.00
iv.  Puteri Anak Raja (Waris)RM 137.50
Puteri Anak Raja (yang lain)RM 75.00
v.   Anak Perempuan org-org besarRM 75.00
vi.   Cucu orang besarRM 50.00
vii.  Orang KebanyakkanRM 40.00
5KUALA LUMPURRM 40.00
6PERAK
7PULAU PINANGRM 24.00
8KEDAH
9PERLIS
10PAHANGRM 22.50
11TERENGGANU
12KELANTAN
13SABAHRM 80.00
14SARAWAKRM120.00
15W.P LABUANRM 80.00

Tiada had dan sekatan untuk bayaran mas kahwin

Walaupun pihak berkuasa dalam negeri di Malaysia telah menetapkan pemberian dan bayaran mas kahwin, tetapi ia hanya satu rujukan bagi kadar minimum yang perlu diberikan oleh pengantin lelaki kepada pihak perempuan. Pengantin lelaki boleh memberikan mas kahwin yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan jika dia mampu.

Perbezaan antara mas kahwin dan gubahan hantaran

Ia memang ada perbezaan antara mask hawin dan gubahan hantaran. Mas kahwin atau Mahar adalah pemberian wajib daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Tetapi gubahan hantaran boleh dianggap sebagai hadiah dari suami kepada isteri.

Gubahan hantaran tidak mesti diberikan kepada pihak perempuan dan ini terpulang kepada pihak lelaki sama ada dia ingin berikan atau tidak. Tiada ketetapan untuk kadar minimum bagi gubahan hantaran yang kena pihak lelaki berikan.

Di masyarakat Melayu, wang hantaran adalah sebagai bantuan bagi pihak perempuan untuk belanja dalam menyediakan perkahwinan. Ia boleh dianggap sebagai hadiah tambahan bagi pihak perempuan dengan tujuan untuk mengurangkan bebannya dan dia mempunyai hak untuk menentukan macam mana nak belanjakan.

Mas kahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut semasa akad nikah. Jika mas kahwin disebut dalam akad akan dibayar secara wang tunai oleh pengantin lelaki pengantin perempuan mempunyai hak menghalang pengantin lelaki dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan mas kahwin yang wajib diberi.

Jika isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh mas kahwin sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu”. Kadar maskahwin juga akan diambilkira untuk Hakim semasa menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak-pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebuk talak. Apabila maskahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat maskahwin itu walaupun setelah bercerai.

Gift Kahwin Ads

Incoming search terms:

  • mas kahwin pulau pinang 2015
  • mas kahwin johor 2015
  • mas kahwin negeri pulau pinang 2015
  • gubahan mas kawin
  • mahar malaysia
  • mahar untuk negeri sembilan
  • mas kahwin anak raja perak
  • mas kahwin di kedah
  • bajet kahwin 2015 kuching sarawak
  • mas kahwin negeri perak 2015
Leave a Reply

Customer Reviews

Google Map

Google+ Badge