web
counter

Selamat Ulang Tahun

Gift Kahwin Ads

Cuti Hari Malaysia dan ulang tahun perkahwinan kami memang tak boleh dipisahkan. Sejak diperkenalkan kali pertama pada 2013, memang aku sendiri tak percaya akan dapat tarikh yang istimewa buat kenangan abadi sepanjang penghidupan seterusnya. Memilih tarikh istimewa sempena hari bahagia pasti menjadi idaman setiap pasangan, termasuklah aku. Cuma aku sendiri masa mencari tarikh tu agak was² dengan tarikh yang diumumkan pemerintah Malaysia sebagai hari cuti umum. Ya la, benda belum confim kan. Bila dah confim, sure gembira tak terkata. Cuti Hari Malaysia adalah juga hari rakyat Malaysia menyambut anniversary kami – best tak? Kau ado?.

ulang tahun perkahwinan

ulang tahun perkahwinan

Aku tak merancang apa² untuk menyambut anniversary kami, sibuk dengan tugasan dan jadual yang kadang² tak menentu membuatkan aku malas nak merancang dan hampir saja terlupa ulangtahun sendiri. Biasalah orang lelaki – tiba² ada suara² sumbang kat belakang. haip!

Untuk kali ni, bersama Sang isteri dan che’mek molek sofiya kami makan angin ke Mersing. Aktivitinya pastinya menarik walaupun pelik dan tak pernah dibuat orang sebagai menyambut anniversary. Mana taknya, sambut anniversary dengan menjala ikan dan ketam kat pantai. Mungkin tak berapa istimewa, tapi aktiviti menjala ikan dan ketam adalah baru bagi aku dan bagi kami sekeluarga. Mungkin satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sengaja cuba lari daripada kebiasaan. Stay hotel, main² kolam, main² air, itu agak tipikal bila melancong. Tapi dengan aktiviti menjala di tepi pantai dan mengutip hasil laut, pasti itu menarik.

Grup pertama dah menjala sejak petang Sabtu lagi. Kami yang dah ketinggalan ni sempat sampai dilokasi jam 10 malam lebih kurang. Makan malam dengan hasil tangkapan juga terlepas. Nasib baik rakan² sudi menyimpan dan bawa ke tempat penginapan untuk kami merasa. Tempat penginapan pula nama je homestay, tapi tak rasa macam homestay sangat la. Sekadar tempat berehat dan tidur saja.

Esoknya baru la ada aktiviti menjala semula. Pagi² lagi kami dah keluar bersarapan di Rompin dan terus ke Penyabung untuk bersiap sedia. Orang yang akan menjala bersama dah keluar awal untuk kutip hasil bubu yang mereka tinggalkan, jadi kami kena la tunggu sampai mereka balik. Jam 10.30 baru la kami berkesempatan melalui pengalaman menjala di pantai. Aktivitinya nampak mudah, tapi yang melaluinya pasti perlu berhempas pulas. Mana tanya, perlu berjalan ketengah laut bersama jala, kemudian turunkan jala dan tarik jala ke tepi pantai. Aku tak sempat melakukan itu, mereka dah turun dulu ketengah. Jadi kami tunggu je la sampai mereka tarik jala ke tepi pantai.

tepi pantai

Bagi yang baru, itu pasti kenagan menarik, tapi yang dah biasa – alaaa~. Paling seronok masa mengutip hasil tangkap. Ikan tak la besar mana, tapi dia punya excited memang tak terkata. Kami pula saja bawa sofiya, boleh berkenalan dengan si ikan kekek dan juga “betam” [sebutan sofiya untuk ketam]. Puas main² air, pegang2 ikan, main² dengan ketam, dengan bau badan yan hanyir, kami pulang semula ke rumah orang yang tarik jala ni. Kami bersihkan diri, tukar pakaian, cuci hasil tangkapan dan bahagi²kan hasil tangkapan. Sebenarnya kami ada satu lagi aktiviti – mandi pantai. Tapi sebab cuaca tak mengizinkan, tentatif terpaksa dibatalkaan dan aktiviti diubah kepada makan tenghari bersama.

Sangat² berterima kasih pada Kak Ina, dan tuan rumah yang sudi melayan kerenah kami semua. Suasananya macam balik kampung sendiri je. Bagi kami yang dah selalu duduk kampung biasa² je. tapi pengalaman menjala dan mengutip hasil laut memang berbeza dan satu pengalaman baru buat kami. Selesai makan tengahari yang dijamu tuan rumah bersama hasil tangkapan laut, kami pun mula beredar pulang ke destinasi kami masing². Sampai rumah memang lepak.
Apa pun, selamat menyambuat Hari Malaysia dan terima kasih kerana sudi untuk sama² menyambut ulangtahun perkahwinan kami.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE