web
counter

Senarai Semakan Sebelum Berbulan Madu

Gift Kahwin Ads

Sebelum anda bertolak ke destinasi yang dipilih untuk berbulan madu, sila singgah di kedai farmasi yang berdekatan. Anda perlu berbelanja secara teliti untuk mendapatkan semua barang yang anda perlukan sebelum bertolak. Pengantin perempuan yang akan menuju ke destinasi percutian akan menghadapi pelbagai larangan yang dikenakan oleh syarikat penerbangan.

bulan madu

bulan madu

Had 1000ml Produk Cecair  Oleh Syarikat Penerbangan Ketika Berbulan Madu

Anda dihadkan untuk membawa produk cecair  berjumlah 100ml satu botol dan jumlah sebarang produk cecair ialah 1000ml ke atas kapal terbang. Jumlah ini nampak banyak tetapi pada hakikatnya 1000ml itu tidak mencukupi. Anda mungkin perlu membawa shampoo, minyak wangi, sabun badan berbentuk cecair dan lain-lain. Biasanya, pengantin perempuan yang akan menghadapi kesukaran dengan peraturan ini. Pengantin perempuan mempunyai banyak alat kosmetik berbentuk cecair. Sekiranya destinasi berbulan madu adalah jauh, dia mungkin perlu untuk bersolek.

Barang-barang Yang Perlu Dibawa Untuk Berbulan Madu

Untuk membolehkan anda membawa kesemua barangan yang dibeli ke atas kapal terbang, maka anda harus membuat perancangan secara teliti. Antaranya, anda boleh membeli shampoo yang ada conditional dan mempunyai fungsi sebagai sun block. Dengan fungsi 3 in 1 ini, anda mempunyai kuota yang lebih untuk membawa barang lain seperti bahan-bahan kosmetik. Sebarang ubat kronik yang anda makan mesti disertakan dengan preskripsi dari doktor anda. Ini termasuk pil kawalan kelahiran. Sesetengah negara tidak akan membenarkan ubat-ubat tertentu untuk memasuki negaranya. Juga pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya bekalan ubat untuk 30 hari. Ubat sakit kepala atau sakit perut yang dibawa bersama hendaklah di dalam bentuk pakej asal. Jika tidak, ubat anda akan dirampas. Ubat yang anda rasa berfungsi untuk masalah sakit ringan harus dibawa. Anda mungkin tidak dapat mencari ubat yang sama di negara asing. Setelah semua yang diperlukan sudah disediakan, maka anda boleh menikmati detik-detik manis semasa berbulan madu.

Bajet Yang Cukup

Pastikan anda menyediakan bajet yang mencukupi untuk acara ini. Anda tidak mahu mempunyai tekanan wang selepas balik dari berbulan madu. Ini boleh menjadi satu tekanan yang besar kepada perkahwinan yang baru dimulakan. Jadi, ia adalah baik untuk anda dua duduk bersama-sama dan membuat anggaran yang realistik yang anda mampu bayar.

kapal terbang

kapal terbang

Pastikan anda meletakkan bahagian bajet yang terbesar pada tiket kapal terbang, hotel dan hiburan. Ini adalah ketiga-tiga tempat yang akan menghabiskan wang yang banyak untuk bulan madu anda. Ia juga cadangan yang baik untuk anda melakukannya beberapa bulan lebih awal sebelum pergi berbulan madu sekiranya anda perlu menyimpan wang yang cukup.

Perancangan Acara dan Makan Angin Bersama

Boleh anda semak online dengan cepat untuk mencari maklumat mengenai apa hiburan yang ada di tempat yang anda akan melawat. Ia adalah penting untuk mencari beberapa tempat makan angin sebelum anda tiba di sana. Anda tidak mahu terperangkap di sana tanpa tahu apa yang anda nak buat atau mana tempat yang boleh anda kunjungi.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk mencari maklumat atau membuat semakan, boleh anda buat pertanyaan di hotel anda tinggal dan mengetahui jika mereka mempunyai apa-apa cadangan. Ini juga jadi perkara yang tidak penting jika anda dan pasangan anda hanya mahu menghabiskan hari anda dengan jalan-jalan dan duduk di pantai. Ia benar-benar bergantung kepada personaliti pengantin. Sebelum anda memilih destinasi anda, membuat kajian dengan teliti untuk setiap tempat sebab tempat-tempat yang berlainan menawarkan pengalaman, budaya dan aktiviti yang berlainan.

Sekarang anda tahu beberapa tips, anda boleh menganjurkan bulan madu dengan murah dan pastikan bahawa ia boleh menjadi sesuatu acara khas. Satu petunjuk tambahan adalah untuk memastikan bahawa anda mendapatkan pertolongan orang lain untuk mengambil gambar anda dan pasangan anda sebanyak mungkin. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa anda mempunyai banyak kenangan dari pelancongan istimewa ini.

Anda past minat untuk membaca 10 Destinasi Bulan Madu Di Malaysia juga.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE