web
counter

Tips Perkahwinan Berkekalan

Gift Kahwin Ads

Pabila berbicara mengenai perkahwinan ramai yang mengimpikan sebuah perkahwinan hingga ke akhir hayat . Namun bukan mudah untuk mencapai impian ini. Terdapat pelbagai perkara yang perlu diteliti.

perkahwinan

perkahwinan

Perkara-Perkara Yang Anda Perlu Tumpu Perhatian

Perkara pertama yang perlu diambil berat ialah ketika mencari calon. Bagi lelaki pastikan anda memilih calon untuk menjadi ibu kepada zuriat anda bukan sekadar seorang isteri. Bagi wanita sila titik beratkan perkara yang sama, carilah calon untuk menjadi ayah kepada zuriatmu bukan sekadar suami.

Perkara kedua yang perlu dititikberatkan, pastikan ketika anda merisik si gadis pastikan anda meletakkan di dalam jiwa anda yang anda memintanya dari Allah bukan dari walinya. Sedarlah bahawa gadis itu hanya amanah kepada walinya dan apabila anda merisiknya untuk menjadi isteri dah sesudah anda menikahinya tanggungjawab walinya akan beralih ke bahu anda. Jika anda cuai dengan tanggungjawab anda pasti anda akan dipersoal disana kerana dia adalah amanah Allah.

Perkara ketiga ialah ketika akad nikah.Cubabayangkan anda sedang dinikahkan di hadapan Allah bukannya di hadapan wali ataupun kadi. Dengan ini mungkin anda akan terasa peralihan tanggunjawab yang besar kepada anda bersaksikan Yang Satu.

Perkara keempat ialah ketika majlis kesyukuran sempena pernikahan kalian.Pastikan anda sedar siapa yang anda jemput kerana setiap yang anda jemput pasti akan mendoakan kebahagiaan kalian. Jika setelah menjalani kehidupan bersama fikirlah, dahulu semasa majlisku ramai yang hadir mendoakan kebahagiaan kami, kenapa kini kami ingin bercerai. Kasihan mereka, doa mereka hanya sia-sia.

Perkara kelima ialah pada malam pertama kalian. Bersyukurlah kerana anda dilahirkan di atas muka bumi Allah ini sebagai khalifah bukannya malaikat yang tidak memiliki perasaan untuk dikasihi dan mengasihi. Malaikat hayatnya hanyalah untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

Perkara keenam ialah selama menempuh hidup bekeluarga sedarilah bahawa jalan yang bakal disusuri ada yang bertar ada yang masih tanah merah. Yang bertar pun kadang kala ada yang sudah berlubang. Jalan tanah  merah lebih mencabar dengan lecak dan debu. Sedarlah kehidupan yang baru kita bina bukan semudah yang kita sangka kadangkala aka nada badai yang menghempas yang mungkin menuntut kesabaran kita dalam menempuhnya.

Perkara ketujuh ialah ketika rumah tangga bergoyang jangan sesekali lepaskan tangan tetapi semakin eratlah pegangan tangan kalian agar tidak mudah terlerai ikatan.

Perkara kelapan ialah ketika belum memiliki anak cintailah suami atau isteri 100 peratus dan apabila sudah memiliki anak cintailah pasangan anda 100 peratus dan anak juga 100 peratus.

Perkara kesembilan ialah ketika ekonomi keluarga merudum janganlah kesetiaan juga merudum. Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan tingkat ketaatan suami isteri.

Perkara kesepuluh ialah ketika ekonomi sedang berkembang jangan dilupakan pasangan yang bersama telah bersama mengharungi susah payah hingga kita berada di tahap ini. Tidak salah andai ingin berpoligami tetapi jujurlah dengan pasangan dan biarlah alasannya tidak kerana nafsu semata-mata.

Yang terakhir dan paling penting untuk pasangan, ketika anda seorang suami jangan lupa untuk bangun membantu isteri secara bertanggungjawab setelah puas bermanja-manja dan wahai isteri tetaplah berjalan dengan lemah lembut tetapi selalu mampu untuk menyelesaikan setiap pekerjaan.

Kesimpulan Untuk Tips Perkahwinan

Hayati pernikahan yang terjalin, InsyaAllah akan ada keberkatan dan kerahmatan di dalamnya yang membawa kebahagiaan. Selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Pelihara hubungan, jalin kemesraan dan sinari ikatan.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE