web
counter

Tips Yang Boleh Pakai Apabila Ambil Gambar Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Bagi ramai orang, terdapat banyak detik-detik istimewa pada hari perkahwinan yang berlalu dengan cepat. Untuk pengantin, peristiwa ini dalam kehidupan mereka adalah satu siri pengalaman dan emosi. Hari itu merupakan perayaan untuk mereka yang penuh kenangan.

gambar perkahwinan

gambar perkahwinan

Jadi, mengambil gambar menjadi sesuatu yang penting untuk menyimpan semua kenangan ni buat selama-lamanya.
Tapi terdapat ramai orang tidak tahu macam mana nak buat apabila mengambil gambar perkahwinan. Jika anda juga tidak tahu macam mana nak buat, boleh anda semak dan rujuk ke panduan yang dicadangkan di bawah untuk mendapat sedikit ilham apabila mengambil gambar perkahwinan anda.

4 Tips Yang Boleh Dipertimbangkan

Di sini, sikit tips saya boleh berkongsi dengan anda untuk membolehkan anda mengambil gambar dengan senang dan kelihatan cantik sekali.

1. Anda boleh berfikir tentang perkara yang gembira apabila berdepan dengan jurugambar. Anda juga boleh berfikir tetang beberapa jenaka lucu, atau mengingatkan beberapa suasana yang lucu. Dengan membuat demikian, anda akan dapat ketawa secara semulajadi.

2. Bergaul antara satu sama lain juga boleh menghasilkan suasana yang baik. Apabila mengambil gambar untuk baju kahwin, interaksi antara pengantin perempuan dan pengantin lelaki adalah sangat penting, mereka tidak sepatutnya berdiri dalam studio tanpa sebarang perasaan seperti kayu. Jadi anda kena memastikan anda dengan kekasih anda berada dalam keaadaan yang penuh dengan semangat dan meriah. Anda juga boleh berbincang dengan jurugambar untuk kajian postur yang senang lagi elok. Anda kena ingat bahawa gambar akan menjadi banyak menarik sekiranya anda mengambil dengan hati yang senang tanpa tekanan.

3. Apabila mengambil gambar, anda kena mengekalkan anda dalam keadaan yang bertenang. Jangan rasa panic sebab otot muka akan jadi tegang dan sengit sekali. Akibatnya senyuman yang keluar dalam gambar juga menjadi sengit. Untuk mengelakkan keadaan begitu, sebelum mengambil gambar, anda boleh bernafas dengan dalam dan lama sikit buat beberapa kali. Anda juga boleh makan coklat biarkan diri anda relaks.

4. Sekiranya anda tidak ingin ketawa, maka jangan ketawa langsung. Anda boleh mewujudkan muka peribadi yang bergaya tanpa senyuman. Tetapi jangan salah faham tanpa senyuman bukan panggil anda menunjukkan muka yang tidak perasan dan ganas. Muka anda perlu mengeluarkan ekspresi yang halus, sebagai contoh, anda boleh menunjukkan sikap macam acuh tak acuh, tetapi jangan anda merenung dengan terlalu keras, jika tidak, kesan gambar yang dihasilkan akan menakutkan semua orang!

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE