web
counter

Kegunaan Reben Dalam Majlis Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Mungkin anda tidak perasan tentang kewujudan reben dalam sesuatu majlis perkahwinan. Walaupun penggunaannya tidak banyak dan tidak menarik perhatian anda, tetapi yang sedikit ini mampu menghasilkan kelainan yang besar. Biasanya kraftangan reben dan sulaman reben menjadi pilihan pengantin baru kerana ia bukan sekadar cantik tetapi setiap satu mempunyai keunikan yang tersendiri.

Kegunaan Reben Semasa Hari Perkahwinan

Semasa hari perkahwinan, pengantin lelaki akan menghantar gubahan hantaran kepada pengantin perempuan. Dulang hantaran yang dihantar sama ada diisi dengan barang-barang yang bernilai seperti alat-alat kosmetik, rantai-rantai kemas, gubahan tuala dan sebagainya. Cuba anda lihat pada setiap bekas hantaran tersebut, boleh dikatakan setiap satu daripadanya pasti dihiasi dengan ribbon yang cantik yang telah disulam menjadi bentuk ikatan kupu-kupu, bunga reben, ribbon bow dan sebagainya. Biasanya reben organza dan satin menjadi pilihan utama.

kegunaan reben

guna reben

  • Perhiasan Di Dewan Majlis

Untuk perhiasan di dewan majlis seperti di ruang menjemput tetamu, pelamin pengantin baru dan meja serta kerusi, tuan rumah akan menggunakan reben satin atau grosgrain yang berbeza warna untuk memperindahkan suasana. Contohnya sulaman dan kraftangan reben kepada bentuk ketupat dan bunga ros diletak atau diikat di sekeliling dewan dan pelamin pengantin baru. Belon-belon juga diikat dengan ribbon dan dibiarkan bertebangan di dalam dewan.

guna reben 2

Pengantin baru pada hari ini lebih cenderung untuk membuat serta  mereka kad jemputan kahwin dan cenderahati perkahwinan secara DIY. Untuk itu, ribbon merupakan bahan mentah yang perlu disediakan untuk perhiasan. Contohnya, untuk kad jemputan kahwin dan cenderahati perkahwinan, reben bunga diletak untuk menghiasinya. Bunga telur yang disediakan kepada setiap tetamu jemputan kahwin juga dihiasi dengan ribbon.

guna reben 3

  • Kereta Perkahwinan

Kereta perkahwinan yang digunakan untuk membawa pengantin baru juga dihiasi dengan ribbon. Bahagian depan kereta serta semua pintu-pintu kereta akan diikat dengan reben yang beraneka warna dan sulaman.

Di mana Untuk Membeli Reben?

Bagi semua peminat ribbon ataupun pakar kraftangan dan sulaman, anda boleh membelinya di kedai-kedai yang berdekatan. Bagi yang ingin menjimatkan masa dan wang, anda boleh membelinya di laman web kami. Reben yang dijual oleh kami adalah dengan harga yang berpatutan dan kualiti barangan juga terjamin. Buat masa ini, kami lebih fokus kepada reben satin, reben organza, reben grosgrain dan reben velvet.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE