web
counter

Penggunaan Reben Dalam Industri Tertentu

Gift Kahwin Ads

Banyak industri yang menggunakan reben sebagai salah satu bahan mentah dalam pengeluaran produk atau perkhidmatannya. Biasanya reben yang digunakan berfungsi untuk mengikat atau untuk memperindahkan produk keluaran syarikat.

Sektor-sektor Yang Menggunakan Reben Dalam Pengeluaran

Butik kahwin pada masa dahulu hanya membekalkan baju pengantin kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Pada masa kini, butik kahwin menawarkan perkhidmatan yang merangkumi ke semua aspek-aspek yang diperlukan untuk sesuatu majlis perkahwinan. Butik kahwin telah menjadi pusat sehenti untuk mereka yang ingin berkahwin. Antara perkhidmatan yang turut disediakan ialah jurufoto dan video untuk penggambaran, juru solek, hair stylist, perhiasan kereta perkahwinan, barang-barang perhiasan seperti brooch, pomander, headband dan sebagainya. Reben telah diguna pakai untuk perhiasan pada gaun pengantin, brooch bunga, pomander dan untuk perhiasan di kereta pengantin.

  •  Kedai Bunga

Kedai bunga juga banyak menggunakan reben terutamanya untuk mengikat serta membuat lipatan bunga reben. Setiap jambak bunga yang dibeli oleh pelanggan, pasti akan diikat dengan-nya dan dibalut dengan kertas non woven berwarna-warni yang cantik. Kadang-kala, batang bunga juga dibalut dengan ribbon supaya bunga yang dibeli lebih cantik.

flower dengan ribbon

  •  Pasar Raya

Pasar raya besar seperti Tesco, Giant, Jusco dan lain-lain juga menggunakan reben. Ribbon yang dipakai biasanya di bahagian yang menjual hadiah-hadiah dan hamper barangan. Setiap pelanggan yang memberi hadiah disitu, akan ditawarkan pembungkusan hadiah tanpa upah. Tetapi pelanggan harus membeli ribbon dan kertas hadiah sendiri. Untuk bahagian hamper, ribbon paling banyak digunakan menjelang musim perayaan. Apabila tibanya Hari Raya Puasa, Tahun Baru China, Deepavali dan Hari Christmas, banyak hamper barangan akan dibalut untuk dijual. Di situ, untuk perhiasan reben merupakan bahan yang paling popular dan sesuai.

  •  Kedai Kek

Penggunaan reben di kedai kek juga banyak. Ia bukan sahaja digunakan untuk membalut kotak kek, malahan ia juga digunakan di atas kek itu. Banyak kek yang dibuat pada masa kini menggunakan reben satin yang diikat menjadi bunga dan disertakan pada kek.

  •  Kilang Yang Membuat Tali Penggantung Tag Nama

Setiap pekerja kilang pasti diberi satu tag nama. Setiap tag nama tersebut akan diberi satu tali gantung pada leher untuk mengelakkan keciciran. Sebenarnya tali tersebut adalah salah satu jenis reben iaitu reben grosgrain.

hand bouquet

hand bouquet

Industri Sampingan Yang Menggunakan Reben

Ramai orang yang menggunakan reben untuk membuat hasil-hasil kraftangan dan sulaman reben untuk dijual. Pendapatan yang lumayan boleh diperolehi jikalau kraftangan yang dihasilkan adalah cantik, unik dan istimewa. Industri-industri sampingan ini banyak kelihatan di supermarket dan penjaja-penjaja di pasar malam.

Leave a Reply