web
counter

Reben Grosgrain (Grosgrain Ribbon)

Gift Kahwin Ads

Reben grosgrain mempunyai permukaan yang lebih keras dan kasar berbanding jenis reben lain. Ciri-ciri ini menjadikan reben jenis ini kuat dan tahan lama.

multiple grosgrain ribbon

Jenis-jenis Reben Grosgrain

1. Reben Grosgrain Warna Plain

Kami membekalkan 5 jenis saiz untuk reben jenis ini. Terdapat lebih daripada 15 jenis warna yang berbeza untuk pilihan anda. Anda boleh memilih warna kesukaan anda.

2. Reben Grosgrain Polka Dot
Di permukaan jenis reben ini telah ditambah polka dot yang berlainan warna dan corak. Tujuannya ialah untuk memperindahkan reben tersebut supaya tidak kelihatan biasa. Untuk jenis polka dot ini, kami juga mempunyai pelbagai saiz dan warna. Anda boleh memilih saiz dan warna yang dikehendaki untuk membuat barang-barang kraftangan.

3. Reben Grosgrain Cetakan Gambar
Cetakan gambar seperti bunga dan bentuk-bentuk yang beraneka saiz merupakan ciri-ciri utama reben ini.

4. Reben Grosgrain Rekaan Bayi
Reben ini direka khas untuk ibu-ibu atau ahli-ahli perniagaan yang membuat barangan untuk bayi atau kanak-kanak. Gambar-gambar bayi yang comel dicetak di atas permukaan reben ini. Saiz lebar yang ada ialah 22mm ataupun 7/8″.

Kegunaan Reben Grosgrain

Tentang kegunaan reben ini, ia sebenarnya bergantung kepada kreativiti individu. Oleh sebab sifatnya yang lebih keras, maka ramai yang menggunakannya untuk membuat tali penggantung tag nama. Yang paling popular ialah ramai yang menggunakan reben ini untuk membuat kraftangan. Bagi peminat reben, reben grosgrain merupakan kegemaran mereka. Ia boleh dibuat bunga reben, ribbon bow dan sebagainya untuk dihiasi pada headbands, kasut, baju atau klip rambut.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE