web
counter

Reben Satin Sebagai Perangsang Majils Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Reben satin tidak mahalnya, tetapi ia merupakan aksesori yang diperlukan untuk semua majlis perkahwinan. Bukan sekadar untuk hadiah, penggunaan reben satin adalah satu kaedah sempurna untuk menghiasi pelbagai jenis aksesori. Di sini terdapat pelbagai tip untuk memeriahkan majlis perkahwinan anda dengan reben.

Kad Jemputan Kahwin Dengan Reben Satin

Pelawa para tetamu jemputan kahwin dengan kad jemputan kahwin buatan sendiri. Reben ditambah ke atas kad tersebut. Anda boleh membalut kad tersebut dengan reben ataupun menambabkan satu kupu-kupu reben yang kecil di atas permukaan kad.

design kad kahwin

design kad kahwin

Penggunaan Reben Satin Dalam Majlis Perkahwinan

Sediakan ikatan-ikatan reben yang terdiri daripada bentuk seperti kupu-kupu, bunga dan lain-lain di sepanjang lorong yang akan dilalui oleh pengantin baru. Bunga yang diambil oleh pengantin perempuan dan pengapit juga diikat dengan sejambak reben yang panjang. Reben diikat di sekeliling dewan majlis perkahwinan termasuk perhiasan di pelamin. Sila pastikan semua reben yang dipakai berpadanan dengan tema majlis anda.

Pakaian

Untuk pengapit, anda boleh memilih reben satin yang jenis lebih lebar untuk diikat di sekitar bajunya. Bunga ros anyaman reben boleh ditambah di atas lengan baju atau dipin di dada.

Rambut

Reben rambut sangat cantik untuk gadis dalam majlis perkahwinan. Anda boleh menyediakan anyaman bunga yang diperbuat daripada reben satin dan diikat di rambut semua gadis. Untuk tetamu lelaki pula, band tangan bentuk kupu-kupu buatan reben dihadiahkan kepada mereka.

Tempat Menyambut Tetamu

Tempat menyambut tetamu juga boleh dihiasi dengan reben. Siling digantung dengan reben satin. Tali-tali belon diganti dengan reben supaya menjadi lebih istimewa dan cantik. Kad tempat duduk (place card) setiap meja juga dihiasi dengan reben.

Cenderahati Perkahwinan

Pilih cenderahati perkahwinan yang tidak terlalu mahal untuk dihadiahi kepada semua tetamu. Contohnya lilin, sabun, mint tin dan sebagainya. Semua door gift kahwin ini boleh dihiasi dengan reben satin yang kecil. Anda boleh mengunting reben tersebut kepada corak yang anda suka semasa menghiasinya.

Kek Perkahwinan

Gunakan reben untuk menghiasi meja kek. Anda juga boleh menghiasi kek perkahwinan dengan reben. Beritahu juru roti tentang idea anda. Contohnya anda boleh menambah patung pengantin baru di atas kek dan dihiasi dengan reben.

Kereta & Rumah

Satu hiasan “Just Married” dengan reben boleh ditambah di pintu masuk rumah pengantin baru. Bunga reben diikat di depan bumper kereta dan semua pintu. Untuk menyambut kepulangan pengantin baru dari berbulan madu, anda boleh membuat satu ikatan kupu-kupu yang besar di dalam rumah. Ini pasti akan sentiasa dikenangi.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE