web
counter

Reben Tempahan Khas

Gift Kahwin Ads

Jika anda inginkan reben yang istimewa, tersendiri serta dapat menonjolkan keperibadian  anda, maka anda telah melayari laman sesawang yang tepat. Kami boleh memenuhi kehendak anda untuk mencetak segala maklumat, gambar, icons, perkataan, slogan, trademark syarikat dan sebagainya ke atas pilihan reben anda.

reben khas

reben khas

Jenis-jenis Reben Tempahan Khas

Kami lebih tertumpu kepada reben satin dan reben grosgrain pada masa ini. Anda hanya perlu memilih warna serta saiz yang diperlukan untuk membuat cetakan gambar ataupun ayat-ayat. Maklumat yang ingin dicetak perlu disediakan oleh anda dan di simpan dalam AI format, PDF ataupun Corel Draw.

Ciri-ciri Reben Tempahan Khas

Ciri utama yang kami dapat sediakan kepada pelanggan ialah: TIADA BATASAN WARNA. Ramai pembekal di pasaran yang mampu membuat reben tempahan khas ataupun reben bercetak, TETAPI biasanya hanya dengan satu jenis warna. Contohnya seperti gambar di bawah, hanya warna merah sahaja dapat dicetak untuk gambar love. 

Dengan menggunakan teknologi serta mesin yang lebih canggih, kami dapat menghasilkan satu gambar yang terdiri daripada pelbagai warna dengan mutu kualiti yang halus dan cantik. Sila rujuk contoh gambar cetakan daripada pembeli sebelum ini.

Gambar di atas menunjukkan reben satin yang dicetak dengan gambar pilihan pembeli. Hello kitty di atas terdiri daripada warna putih, pink dan hitam dan kuning. Ia merupakan gabungan 4 jenis warna. Yang kami maksudkan tanpa batasan warna ialah rekaan anda boleh dibuat secara warna-warni. Tempahan minima untuk setiap rekaan ialah 125 yards.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE