web
counter

Tutorial Untuk Membuat Bunga Reben 4 Petal

Gift Kahwin Ads

Hari ini saya ingin menunjukkan cara untuk membuat bunga reben yang terdiri daripada 4 kelopak atau four petals ribbon flower. Bagi kawan-kawan yang tidak ingin membazir masa pada waktu lapang, kraftangan ini amat baik dan boleh dijadikan sebagai hobi.

satin ribbons flowers

satin ribbons flowers

Peralatan Untuk Membuat Bunga Reben 4 Petal

Sebelum bermula, kawan-kawan sekalian harus menyediakan peralatan berikut.

  • Gunting
  • Benang dan Jarum
  • Pembaris
  • Reben satin berukuran lebar 22mm atau lebih mengikut saiz bunga yang hendak dihasilkan.

Setelah semua bahan-bahan ini disediakan, maka bolehlah kita bermula.

Langkah-langkah Untuk Membuat Bunga Reben 4 Petal

  • Sebagai langkah pertama, kawan-kawan perlu menentukan saiz kelopak yang dikehendaki. Yang ditunjukkan pada video klip ini, kelopak yang dibuat lebih kurang 38mm. Oleh itu, untuk mendapat kelopak yang berukuran 38mm, anda harus mendapat reben satin dengan panjang 305mm ataupun 12 inci (38mm x 2 x 4).
  • Langkah seterusnya, anda memotong reben tersebut dengan gunting yang disediakan dengan panjang yang berukuran 12 inci. Selepas itu, kawan-kawan harus membuat tanda ataupun marking pada reben satin yang digunting. Maksudnya reben yang digunting dibahagikan kepada 4 ruangan yang sama besar dan dibuat tanda. Jadi anda akan mendapat 4 ruangan yang berukuran 76mm ataupun 3 inci.
  • Untuk langkah ketiga, kawan-kawan harus mula menjahit. Kena berhati-hati yer…jangan tercucuk jari anda. Di sini, anda harus bermula dari bawah satu hujung reben dan menjahit bulatan separa bulat. Pastikan bulatan separa bulat yang dijahit tidak melepasi tanda marking yang anda buat pada langkah kedua. Setiap jarak jahitan boleh dalam lingkungan 5mm. Jahitan tidak perlu kemas atau cantik.
  • Selepas anda habis menjahit reben satin tersebut, maka anda akan nampak 4 bulatan separa bulat di atas reben. Dari situ, kawan-kawan tarik saja benang yang terdapat pada hujung reben supaya ianya menjadi bentuk bunga. Dua hujung reben satin yang ditarik akan dijahit agar mengekalkan bunga reben. Dengan itu terhasil-lah bunga reben 4 kelopak. Senang dan seronok kan belajar kraftangan macam ni?

Kawan-kawan juga boleh memilih reben satin yang bercetakan gambar. Ia akan menghasilkan bunga reben yang lebih cantik dan elegan. Selamat mencuba. 🙂

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE