web
counter

Astro Akademi Fantasia 2015 & Nubhan AF – Suprise!!!

Gift Kahwin Ads

Last minute plan, bersama Penerbit Diari AF2015, Nurul A’in Mohd Noor, kami telah merancang satu kejutan kepada dua pihak, yang pertama kepada para pelajar AF2015 dan keduanya kepada Nubhan AF, bekas pelajar AF musim ke-6.

Apa perancangan nya?

Situasi 1 : Nubhan akan mengadakan majlis perkahwinan pada 30 dan 31 Ogos 2015.

Situasi 2 : Para pelajar AF2015, setelah ‘dikurung’ hampir sebulan, mula merasakan tekanan dalam pembelajaran mereka menjadi penyanyi, juga perasaan kerinduan kepada keluarga dan dunia luar.

Situasi 3 : Penerbit Diari AF2015, Nurul A’in menghubungi pihak Pengurus Renown Gift, Mohamad Faizal untuk menggabungkan Situasi 1 dan Situasi 2. Hasil perbincangan, dipersetujui Renown Gift akan menaja ‘Carriage Candy Box’ yang perlu disiapkan oleh pelajar AF2015 sebelum diserahkan kepada Nubhan untuk kegunaan majlis perkahwinannya sebagai doorgift.

Elemen Kejutan

Kejutan 1 : Para pelajar yang sedang berada di ‘dance floor’ Akademi Fantasia, telah terkejut dengan kehadiran ‘orang luar’ ke dalam akademi mereka… tertanya-tanya apakah barang yang dibawa. Dan apakah tujuannya… Carriage Candy Box diletakkan di dalam kotak, belum dilipat – para pelajar tidak berani membuka tanpa kebenaran.

Kejutan 2 : Kehadiran Abam Bocey (Maharaja Lawak Mega) sebagai ‘ketua rewang’ sememangnya memberikan keistimewaan dan gelak tawa… bukan sahaja kepada para pelajar, malahan crew yang ada. Sememangnya kejutan-kejutan ini mengurangkan sedikit rasa tertekan dikalangan pelajar AF2015. Dan Carriage Candy Box berjaya disiapkan dalam masa hanya sejam.

nubhan1

nubhan1

Kejutan 3 : Bakal pengantin, Nubhan dan Afifah tentunya terkejut dengan kehadiran pihak AF2015 bersama doorgift untuk kegunaan majlis mereka. Tentunya ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Renown Gift dan AF2015.

Berbangga

Sememangnya Renown ift berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pihak yang menyerikan majlis Nubhan dan Afifah Hidayah. Semoga sumbangan kami itu, menjadi doorgift yang memberikan ingatan di kalangan tetamu kepada anda berdua.

Kepada Nubhan dan Afifah, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 30 Ogos (akad nikah) dan 31 Ogos (majlis resepsi), kami dari Renown Gift mengucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Bahagia dan Berkekalan Hingga ke Jannah.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE