web
counter

Pengantin Perempuan Terbunuh Dalam Kemalangan Helikopter Yang Ingin Beri Kejutan Kepada Pengantin Lelaki

Gift Kahwin Ads

Impian zaman kanak-kanak bagi pengantin perempuan untuk tiba di majlis perkahwinannya dengan helikopter berakhir dengan tragedi apabila ia terhempas hanya satu batu dari tempat perkahiwnan.

bride-to-be foto kredit kpd: Trinity Mirror Plc

Rosemere do Nascimento Silva, 32, telah merancang untuk mengejutkan tunangnya Udirley Damasceno dan 300 tetamu dengan menukik masuk ke tempat perkahwinan mereka di kawasan luar bandar di pinggir Sao Paulo, Brazil.

Tetapi dalam kelipan mata dengan dahsyat nasib, pesawat itu terhempas ketika dalam perjalanan ke tempat perkahwinan itu dan membunuh pengantin perempuan, abangnya, juruterbang dan seorang jurugambar yang sudah mengandung enam bulan.

Pengantin lelaki Damasceno ditinggalkan menunggu di mezbah, tidak sedar apa yang pengantin perempuan merancang untuk lakukan, yang akhirnya dah menjadi satu tragedi.

air crash 1foto kredit kpd: Trinity Mirror Plc

Polis dan penyiasat kemalangan udara kini cuba untuk mencari sebab apa yang menyebabkan kemalangan itu.

Mereka sedang mengenalpastikan laporan yang mengemukakan bahawa ia mungkin telah melanggar pokok semasa penglihatan kurang jelas dengan lindungan hujan, kabus dan awan.

“Semua pengantin perempuan mempunyai impian dan impian Rosemere adalah untuk tiba dengan helikopter ke majlis perkahwinannya tanpa diketahui oleh sesiapa pun,” Carlos Eduardo Batista, salah seorang penganjur bercakap dengan media Brazil Globo.

Kemalangan itu hanya disedarinya apabila dia dapati helikopter tidak tiba di padang bola berhampiran.

Beliau membuat panggilan telefon yang mengesahkan helikopter telah berlepas seperti yang dirancang.

air crash 2foto kredit kpd: Trinity Mirror Plc

Mereka kemudian diberitahu sebuah kapal terbang telah terhempas berdekatan tetapi pada mulanya fikir ia adalah satu kejadian yang tidak berkaitan.

Pengantin lelaki lepas tu diberitahu berita tentang kemalangan ini di mezbah oleh paderi dan dikatakan dia telah sama sekali mendapatkan kejutan yang amat besar.

Terdapat 300 tetamu hadir di majlis perkahwinan tetapi hanya kira-kira enam daripada mereka tahu mengenai kejutan yang dirancangkan oleh pengantin perempuan tu.

Agensi Penerbangan Awam Kebangsaan (The National Civil Aviation Agency) telah menunjukkan bahawa helikopter ini mempunyai kebenaran untuk terbang sehingga 1 Februari, 2017 dengan kapasiti tiga orang tanpa mengira juruterbang.

air crash 3foto kredit kpd: Trinity Mirror Plc

Helikopter dengan model Robinson 44, telah terhempas kira-kira satu batu dari tempat perkahwinan di kawasan hutan berhampiran dengan jalan utama.

Lapan jentera bomba mengejar ke tempat kejadian tetapi tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan empat orang yang berada dalam helikopter tu.

Juruterbang dinamakan sebagai Peterson Pinheiro, dan adik kepada pengantin perempuan, Silvano Nascimento da Silva.

Jurugambar yang berhamil adalah Nayla Cristina Neves.

Perjalanan ini cuma mengambil masa kira-kira 15 minit.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE