web
counter

Percutian Romantis Di One World Hotel

Gift Kahwin Ads

Terikat dengan tugasan bukan penghalang buat pasangan pengantin baru untuk menikmati suasana bulan madu terindah. Hotel One World, Petaling Jaya biarpun terletak di tengah-tengah kota, tetap mampu menjanjikan detik-detik berharga menjadi momen terindah buat pengantin baru.

one world hotel petaling jaya

one world hotel petaling jaya

Kepuasan Pengunjung Amat Dipentingkan

Hotel One World amat mementingkan kepuasan pengunjung terutamanya bagi pasangan yang pertama kali menjejakkan kaki ke hotel bertaraf lima bintang ini. Hotel ini menawarkan perkhidmatan dimensi baru dan kemudahan yang berkualiti tinggi kepada para pengunjungnya.

one world hotel 1

Memilih hotel ini sebagai destinasi bulan madu, pastinya anda akan diberi layanan yang cukup selesa. Tatkala melangkah masuk ke ruang ‘suite’ bulan madu, hati anda pastinya terpukau dengan susunan bunga-bungaan segar dari mula melangkah masuk ke bilik sehinggalah ke bilik air. Segenap sudut ‘suite’ dihiasi bunga-bungaan segar. Aroma harum yang menusuk deria pastinya membangkitkan kehangatan cinta pasangan mempelai.

Bukan sahaja menjanjikan bulan madu yang romantik, anda dan pasangan boleh juga menghabiskan masa bersama-sama dengan membeli belah, menonton wayang atau sekadar bersiar-siar di kompleks membeli belah One Utama yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki.

Sepanjang percutian bulan madu anda bersama pasangan di Hotel One World, kemudahan-kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, restoran, pusat hiburan dan juga spa mengabadikan seribu satu kemanisan buat pengantin baru.

one world hotel 2

Boleh Anda Cuba Hotel Yang Terletak di Petalinjg Jaya Ni

Jikan anda sedang mencari penginapan hotel 5-bintang yang elegan di kawasan Petaling Jaya, anda tentu perlu pertimbangkan hotel ini yang cuma ambil 20 minit untuk sampai ke Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai 438 bilik yang memenangi anugerah untuk menawarkan suasana yang hebat untuk bersantai dan bekerja. Setiap bilik diubahsuai dengan hiasan kontemporari yang menggunakan perabot yang elegan direka khas dengan keselesaan dan kemudahan bagi tetamu mereka. Akses Wi-Fi atau sambungan tanpa wayar di dalam keselesaan bilik yang luas menyediakan kemudahan utama untuk perniagaan dan pelancong korporat.

one world hotel 3
Bagi mereka yang sering berkunjung ke Petaling Jaya atau Kuala Lumpur, boleh meminta kadar korporat khas untuk menginap di hotel ini.

Bilik hotel yang dibekalkan adalah seperti berikut:

* 96 Bilik Superior

* 144 Bilik Deluxe

* 128 Bilik Executive Deluxe

*  52 Bilik Junior Suites

*  14 Bilik Premier Suites

*  4 Bilik Executive Suites

bilik hotel

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE