web
counter

Seronoknya Berkahwin

Musim cuti sekolah sudah tiba, dan begitu juga musim bagi semua orang yang ingin kahwin ni. Mengikut statistik bilangan wanita melebihi jumlah lelaki di negara ini. Walaubagaimanapun aku berasa agak hairan kerana jumlah lelaki yang melebihi umur 33 tahun masih ramai lagi yang tidak berkahwin. Adakah ini bersangkutan dengan ramainya wanita yang berkerjaya dan melewatkan perkahwinan mereka.. dan juga adalah disebabkan ramainya siswazah daripada golongan kaum hawa ini..

seronok berkahwin

seronok berkahwin

Perkahwinan diibaratkan seperti membina masjid, yang penuh dengan tanggungjawap, toleransi dan bertolak ansur. Pada peringkat awal dalam proses mencari persefahaman dan mengenal hati budi, mungkin akan berlakunya sedikit salah faham dan disinilah kesabaran amat penting untuk mencorakkan rumahtangga yang bahagia.

Semasa kita sedang bercinta suasananya agak berbeza dengan suasana semasa sudah berkahwin. Ini adalah kerana perkahwinan memerlukan komitmen yang sangat besar. Perkahwinan bertitik noktahkan kesefahaman, dan kesefahaman ini berlandaskan kesabaran maka ianya menguatkan ikatan kasih dan sayang. Jadi kebanyakan orang cuma bersabar saja.

sarung cincin

sarung cincin

Kisah Sebuah Keluarga

Sedikit kisah daripada sebuah keluarga dimana terdapatnya seorang budak dalam lingkungan umur 13 tahun bertanyakan pada kakaknya kenapa perlu berkahwin? Lantas dijawap pula oleh kakaknya “nanti bila Man dah besar, Man akah taulah!!”.. Lepas tu Man tidak bertanyakan soalan seperti ini lagi. Pada suatu hari Man melepak di sebuah rumah bujang. Lelaki tu dah berumur dalam lingkungan 22 atau 23 tahun kalau tak silap. Salah seorang daripada mereka gatal di belakang.. dan disuruhnya sahabat beliau menggaru belakangnya.. sambil merungut rakanya pun berkata.. “ishh.. kau ni… menyusahkan orang betul lah.. orang suruh kahwin awak tak mahu, kalau tak boleh bini ko garukan..”..

Oleh kerana percakapan dua sahabat tadi didengar oleh Man, jadi dia pun lari dan terus balik ke rumah… “kakak!, kakak! saya dah tau kenapa kita semua orang kena kahwin!”.. “hah.. kenapa?” kata kakak Man..”Sebab gatal belakang..” gelak sakan lah satu keluarga.. hehehe.. “salah tu Man” sahut bapa Man.. “bukan gatal belakang, tapi gatal depan…” hehehe… sekian, selamat menyambut cuti sekolah dan selamat menyambut musim kenduri kahwin.. adiosssssssssssss..

Artikel berkaitan:
Tips Nak Mengorat Awek

Leave a Reply