web
counter

Tutorial Untuk Buat Tempahan di Laman Renown Gift

Gift Kahwin Ads

Jika anda ingin membuat tempahan di laman Renown Gift dan tidak tahu langkah-langkah untuk order, boleh anda rujuk ke video tutorial yang ringkas ni.

Macam mana buat tempahan

Langkah-Langkah

1. Buka satu browser seperti Internet Explorer atau Google Chrome. Lepas tu pakai keyboard masukkan “http://www.renowngift.com.my”. Laman Renown Gift akan wujud seperti gambar di bawah.

renown gift shopping cart

 

2. Klik di mana-mana satu produk yang anda ingin buat tempahan. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti kuantiti, warna, tarikh acara anda. Lepas tu, klik “Add to Cart”.

product item

3. Satu pop-up seperti gambar di bawah akan wujud. Jika anda buat tempahan dengan kuantiti 1000pcs untuk produk ini, pop-up akan buat kiraan dan bagi anda tahu jumlah amaun yang anda tempah. Anda bole teruskan dengan klik “Proceed to Checkout”.
proceed check out

4. Selepas tekan “Proceed to Checkout” butang, laman akan membawa anda ke muka surat “Secure Checkout”. Di sini anda boleh klik “Register an Account” dan klik butang “Continue”.

registration

5. Di sini, anda perlu masukkan semua maklumat yang diperlukan untuk membuat daftaran dan hantaran.
detail

6. Lepas anda dah masuk semua maklumat anda, anda akan dibawa ke muka surat “Shipping Method”. Di sini anda boleh pilih sama ada anda nak sendiri datang kutip atau kami hantar dengan Gdex. Harga penghantaran akan auto kira dari system ini bergantung kepada jumlah keberatan untuk item yang anda tempah itu.
shipping method

7. Lepas tu akan sampai ke “Order Confirmation” , di sini anda boleh dapat jumlah kiraan untuk tempahan anda, anda boleh semak dan jika semua betul, boleh anda teruskan dengan pilihan cara bayaran. Bayaran boleh dibuat sama ada Bank Deposit, atau bayar di kedai jika anda nak datang untuk membuat bayaran di kedai kami.
order confirmation

8. Anda akan terima satu emel mengandungi maklumat tentang tempahan anda. Anda boleh simpan untuk rujukan anda.

Leave a Reply

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE