web
counter

Baju Pengantin Dalam Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Baju pengantin, gaun pengantin, busana pengantin dan apa jua nama panggilannya pastinya merupakan suatu pakaian yang sangat cantik dan dihiasi dengan hiasan-hiasan indah seperti manik, labuci, mutiara dan lbajuain-lain hiasan yang harus dijahit rapi dan kemas supaya nampak elok atau nampak sempurna pada mata yang memandangnya dan pada badan yang memakainya.

baju pengantin

baju pengantin

Secara amnya, hiasan yang terdapat pada baju pengantin ini bertujuan untuk menyerikan baju pengantin supaya tidak kelihatan terlalu kosong. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membuatkan si pengantin kelihatan berbeza daripada para tetamu yang hadir ke majlis yang penuh dengan memori yang manis itu.

Hiasan yang dipilih perlulah bersesuain dengan jenis kain baju tersebut. Jenis-jenis kain yang biasa digunakan dalam menghasilkan baju pengantin adalah terdiri daripada satin, sutera, shantung, organza, chiffon, lace dan sebagainya.

Fabrik jenis satin merupakan fabrik yang sangat elegan dan nampak eksklusif. Ia tidak perlu digosok dan tidak mudah kedekut. Sutera pula merupakan fabrik yang tidak boleh dibasuh dengan menggunakan mesin pembasuh. Ia perlu dihantar ke dobi untuk “dry cleaning”.  Shantung merupakan fabric yang berat yang diperbuat daripada fiber sutera atau sintetik. Organza merupakan fabric yang kaku dan diperbuat daripada sintetik auat sutera. Fabrik jenis ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tubuh badan yang gempal kerana fabrik ini akan membuatkan mereka kelihatan lebih gempal kerana fabriknya yang kejung dan kaku.

Chiffon merupakan fabrik yang sangat ringan dan diperbuat daripada kain kapas, sutera atau sintetik.  Ia  boleh memberikan imej kurus kepada si pemakai. Lace merupakan fabric yang sesuai dijahit seperti gaun sama ada panjang atau pendek. Fabric ini mempamerkan gaya mewah dan klasik. Sesuai bagi mereka yang sukakan sesuatu yang asli. Fabrik ini juga sesuai  untuk membuat baju yang mengikut potongan badan.

Di bawah ini terdapat beberapa contoh gambar baju pengantin mengikut jenis fabric yang tertentu.

Gaun pengantin jenis satin

baju pengantin satin

Baju pengantin jenis sutera

baju pengantin sutera

Baju pengantin jenis chiffon

baju pengantin chiffon

Baju pengantin jenis lace

baju pengantin lace

Baju pengantin jenis shantung

baju pengantin shantung

Baju pengantin jenis organza

baju pengantin organza

Kini, manusia semakin kreatif dalam menghasilkan rekaan-rekaan yang modern tetapi tetap mengekalkan adat dan budaya. Di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang hidup bersatu dalam keadaan yang harmonis. Tidak menjadi sesuatu yang pelik apabila di dalam sebuah majlis perkahwinan melayu akan terdapat pasangan yang memakai baju pengantin kaum yang lain.

Jangan juga terkejut apabila inovasi dilakukan ke atas baju kebaya dan baju melayu.inovasi yang dimaksudkan kombinasi baju pengantin melayu dengan baju pengantin bangsa lain misalnya baju kebaya dikombinasikan dengan baju ceongsam. Maksud kombinasi ialah baju kebaya itu mengandungi unsure-unsur ceongsam mungkin pada bahagian kolarnya, fabriknya dan sebagainya.

Gambar di sebelah ini merupakan baju kebaya cheongsam kerana bahagian kolarnya diinspirasikan oleh baju cheongsam.

Menariknya lagi, bagi upacara perkahwinan melayu, terdapat upacara persalinan yang biasa dilakukan selepas upacara akad nikah. Pada upacara persalinan ini, pasangan pengantin akan saling bergantian pakaian yang berlainan. Antara persalinan yang sering dipakai atau yang popular tiap kali upacara ini adalah baju persalinan jepun, minang, portugis, jawa, cik siti wan kembang, bollywood, korea dan sebagainya.

Di bawah ini merupakan beberapa contoh bergambar baju persalinan bagi majlis perkahwinan.

Baju persalinan jawa

baju persalinan jawa

Baju persalinan bollywood

baju persalinan bollywood

Baju persalinan korea

baju persalinan korea

Baju persalinan portugis

baju persalinan portugis baju persalinan portugis[/caption]

Baju persalinan tidak sama dengan pakaian yang dipakai ketika bersanding dan akad nikah. Biasanya, ketika majlis akad nikah, pasangan pengantin akan memakai warna putih. Hal ini kerana, putih sinonim dengan anggapan “putih itu suci”.  Baju persandingan pula ialah baju yang dipakai ketika bersanding di atas pelamin. Baju persandingan biasanya dipilih berdasarkan warna tema dan juga konsep yang dipilih oleh pasangan pengantin. Di bawah ini terdapat contoh gambar pakaian akad nikah dan pakaian bersanding.

Bagi sesetengah pasangan pengantin, mereka akan menukar baju pengantin mereka ketika hendak memotong kek bertingkat perkahwinan mereka. Bagi pengantin perempuan, mereka akan memakai baju gaun (biasanya berwarna putih) manakala pengantin lelaki akan memakai kot atau suit. Gain yang dipilih adalah mengikut cita rasa mereka sendiri sama ada labuh atau singkat. Di bawah ini terdapat beberapa sampel gambar.

Kesimpulannya, baju pengantin kini sangat berbeza jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Kini, pilihan terhadap baju pengantin lebih meluas dan dapat memenuhi kehendak pasangan bakal pengantin. Butik-butik pengantin juga pandai dalam menyediakan rekaan-rekaan baju pengantin yang sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.

manicure set promotion

Leave a Reply