web
counter

Baju Pengantin Tradisional dan Fesyen

Gift Kahwin Ads

Perkahwinan merupakan satu aturcara yang berlansung dan hanya berlaku sekali seumur hidup. Oleh itu, baju pengantin merupakan salah satu aspek yang sangat dititik beratkan oleh raja dan ratu sehari.

Baju pengantin merupakan simbol dan tanda bagi perkahwinan mereka, tanpa baju pengantin maka tidak lengkaplah majlis itu. Ia adalah sejarah kisah cinta mengikut kebudayaan dan kefahaman sesuatu kaum pada zaman dahulu.

Pada masa kini, pakaian pengantin merupakan satu pakaian yang unik dalam dunia kehidupan pereka fesyen lantaran dan stailnya yang mengagumkan dengan perincian gabungan pelbagai jenis fabrik dan dihiasi mutiara dan manik-manik yang berkilauan. Pakaian pengantin terdiri pelbagai jenis pakaian pengantin kontemporari, klasik, moden dan tradisional.

Tambahan lagi, Pakaian pengantin tradisional mmpunyai keistimewaan tersendiri kerana melambangkan kaum, budaya dan adat resam pengantin itu. Setiap kaum mempunyai pakaian pengantin yang tersendiri.

Sebagai contoh, budaya pengantin kaum india bagi pengantin perempuan akan menggayakan sari penuh yang berwarna-warni dan ditambah dengan hiasan serta bunga dikepala dan bagi pengantin lelaki pula akan memakai dhoti.

Baju Pengantin Kaum Cina

Manakala pakaian pengantin perempuan kaum Cina biasanya memakai pakaian dua bahagian yang dikenali Qun Gua, atau Cheongsam yang disulam dengan jahitan berbentuk burung Pheonix dengan benang emas dan perak Pengantin lelaki pula memakai jubah panjang kain sutera bersulam dengan corak naga.

Pakaian ini adalah baju tradisi di masyarakat Cina. Walaupun hari ini banyak baju fesyen baru dah wujude dan pakaian ini semakin dilupai dan dah jarang orang pakai dalam majlis perkahwinan.

Sebab ramai bakal pengantin lebih gemar untuk memakai gaun pengantin pada hari perkahwinan mereka yang mereka fikir baju ni lebih bergaya dan elegan.

Bagi masyarakat melayu pula pengantin perempuan akan menggunakan fabrik songket untuk membuat baju kebaya ataupun hanya memakai baju kurung dan bagi pengantin lelaki pula akan menggayakan baju melayu yang lengkap beserta keris dan juga tanjak disamping sampan songket yang diikat.

Selain itu, pakaian pengantin kontemporari pula adalah pakaian tradisional yang telah digabungkan antara budaya serta fesyen dan menjadikan pakaian pengantin lebih menyerlah.

Pakaian pengantin barat atau moden pula ialah pakaian pengantin yang bercirikan ‘ala inggeris’ seperti gaun pengantin yang mempunyai fabrik yang meleret dibahagian belakang gaun dan juga tuksedo serta sut bagi lelaki.

Pakaian pengantin jenis moden sering mendapat perhatian para raja dan juga ratu sehari bagi digayakan pada majlis perkahwinan. Baju pengantin moden juga dipakai ketika upacara pemotong kek yang biasanya hanya dihadiri oleh kaum keluarga ini kerana pakaian ini kelihatan menarik dan juga anggun serta mempunyai ciri-ciri dan trend terkini yang sesuai digayakan.

Ciri-ciri Yang Jadikan Satu Baju Pengantin
Seterusnya, ciri-ciri yang perlu ada pada gaun pengantin ialah korset. Korset perlulah dipakai ketat dan kelonggaran tidak perlu ditambah pada bahagian dada. Lisu hadapan juga perlu diubah mengikut garis puteri dan lisu pemandan dialihkan ke garisan puteri. Layah juga diperlukan bagi menyerlahkan keanggun gaun tersebut.

Layah adalah kain yang dibuat berlapis-lapis dengan fabrik net atau organza dan sesuai dipakai dengan pakaian klasik, moden dan kontemporari. Disamping itu, fabrik yang sesuai untuk digunakan membuat baju pengantin adalah lace, satin, brocade, organza, taffeta, velvet dan sequined. Trimin, renda, diamond, labuci dan jemeki boleh ditambah di baju pengantin untuk menaikkan lagi keserian baju itu.

baju pengantin 6

baju pengantin 7
Disamping itu, trend dan fesyen baju pengantin juga semakin berkembang maju sejak kebelakangan ini. Rekaan terkini dan citarasa yang diinginkan oleh para pengantin juga boleh dikemukakan kepada para pereka agar para pereka dapat merealisasikannya.

Oleh itu, kini para pengantin juga mempunyai ruang dan peluang bagi membuat reka dan pilihan idaman mereka sendiri. Kini, terdapat banyak pereka baju pengantin yang berpengalaman dan terkemuka di seluruh Negara.

Bagi semua ratu dan raja sehari, kesempurnaan baju pengantin amat penting bagi memastikan hari sejarah mereka lebih bermakna. Oleh yang demikian, mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk pakaian itu, semata-mata dalam usaha memastikan hari bahagia mereka lengkap.

baju pengantin 8
baju pengantin 9
gaun pengantin

FB: Perkhidmatan jahitan baju pengantin, jahitan manik, lace, baju kurung dan sebagainya. Kedai jahitan terletak di Seksyen 7 Bangi. Boleh hubungi Ira di talian 012-9326075 jika berminat.

Cari Dan Beli Gaun Pengantin Yang Cantik Online

Adakah anda ingin membeli gaun pengantin yang indah dan mempertimbangkan untuk membuat belian secara online? Sekarang boleh anda dapat banyak pilihan yang berlainan di laman-laman yang membekalkan gaun-gaun di Malaysia.

Dalam artikel ini, anda akan mendapati maklumat yang anda perlukan untuk membeli dan mendapatkan tawaran terbaik bagi gaun indah yang anda sukai online.

gaun pengantin

Apa Yang Boleh Anda Dapat di Laman Baju?

Terdapat banyak pilihan untuk membeli pakaian yang indah secara online. Berita baik dengan pilihan ini adalah bahawa anda boleh menjimat wang yang banyak, dan ini adalah mengapa lebih ramai orang sekarang lebih suka mencari dan membeli gaun pengantin di laman-laman online.

Apabila anda kunjungi sesebuah butik pakaian, anda akan mendapati bahawa harga jualan biasanya lebih tinggi. Sering kali tidak banyak pilihan yang boleh anda dapat juga. Ini kerana butik-butik baju perlu membayar sewa kedai yang mahal, dan juga mereka perlu membayar kakitangan wakil jualan yang pemilik kedai kena bayar komisen kepada mereka.

Untuk membeli gaun perkahwinan yang indah di laman online adalah dengan tujuan anda boleh jimat wang yang banyak.

Langkah Untuk Mencari Baju Pengantin

Langkah pertama adalah anda perlu membuat kajian tentang pilihan gaun yang anda suka. Dan disebabkan sekarang terdapat banyak pilihan gaun yang berlainan yang dibekalkan oleh laman-laman online, kebarangkalian untuk anda mencari gaun pengantin yang jelita dan indah adalah banyak tinggi.

Jika anda mendapati sesuatu gaun yang anda suka, jangan tergesa-gesa untuk belinya, boleh anda simpan maklumat gaun tu di komputer dulu.

Lepas anda sudah simpan maklumat tentang beberapa gaun yang anda suka, maka tiba masa untuk anda buat pilihan akhir untuk membeli gaun yang terbaik dan paling sesuai untuk anda.

Anda kena pastikan bahawa gaun yang anda beli adalah gaun yang anda memang perlukan, kemudian anda boleh semak dengan harga dan buat pertanyaan samada laman online tu ada bagi diskaun atau tidak.

Jadi pilihlah dengan pintar dan buat kajian yang teliti. Anda akan dapat beli gaun pengantin anda bukan saja dengan harga yang murah, tetapi juga dapat gaun yang berkualiti dan cantik.

manicure set promotion

Leave a Reply