web
counter

Beg Cenderahati

Gift Kahwin Ads

Beg cenderahati merupakan beg yang biasa didapati apabila megunjungi sesebuah majlis seperti majlis hari jadi, majlis perkahwinan, dan sebagainya. Di dalam beg ini, akan terdapat sedikit buah tangan seperti coklat, gula-gula, air mineral kecil, buku nota kecil, pen dan sebagainya. Biasanya, beg dipilih atau ditentukan mengikut kesesuaiannya dengan majlis yang akan disambut. Begitu juga dengan buah tangan yang diisi diĀ  dalam beg itu. Motif utama pemberian cenderahati dalam beg adalah sebagai penghargaan kepada para tetamu yang hadir ke majlis mereka atau bagi menarik perhatian para tetamu untuk hadir ke majlis tersebut.

Umumnya, pengelola majlis biasanya memilih beg kerana ia bole diisi dengan pelbagai buah tangan. Mereka juga boleh memilih saiz, warna dan juga bentuk beg cenderahati yang mereka idamkan buat majlis mereka. Semakin besar beg itu, semakin tinggi kosnya. Oleh itu, para pembeli atau para pengelola majlis perlu bijak dalam memilih beg cenderahati yang sesuai.

Hadiah seperti ini semakin popular dalam kalangan masyarakat kini. Motifnya kerana ia boleh diisi dengan pelbagai buah tangan seperti coklat, kuih bahulu, gula-gula dan sebagainya. Dibawah ini merupakan sampel gambar beg bagi sesebuah majlis perkahwinan.

Beg Cenderahati Plain Color

Biasanya, bagi beg cenderahati seperti di atas, pemilihan warna berdasarkan warna tema majlis perkahwinan tersebut. Beg kertas yang tidak mempunyai sebarang corak yang banyak mencerminkan sikap si pemilih beg yang gemar akan sesuatu yang ringkas dan sederhana. Di bahagian pemegang beg biasanya akan dilekatkan atau digantungkan dengan pelekat atau kad kecil yang tertulis ucapan terima kasih beserta nama pasangan pengantin. Ucapan ini adalah sebagai tanda memori para tetamu yang datang ke majlis perkahwinan tersebut.

paper beg cenderahati

paper beg cenderahati

Bagi beg-beg seperti yang di atas, beg dihiasi dengan corak-corak yang berunsurkan perkahwinan dan terdapat ucapan terima kasih tertera pada beg cenderahati tersebut. Pemilih beg ini pastinya mahu menjimatkan kos dan masa untuk menempah pelekat atau kad kecil untuk dilekatkan pada beg tersebut. Dengan memilih beg cenderahati ini, si pemilih tidak perlu membazir masa melekat atau memasang pelekat atau kad kecil pada beg tersebut kerana ucapan sudah pun tertera pada beg tersebut.

Bagi mereka yang gemarkan sesuatu yang berbeza, pastinya akan memilih barangan beg seperti di atas. Walaupun kosnya mungkin agak tinggi, namun jika minat terhadap benda-benda yang kreatif, para pemilih pasti tidak akan kedekut dalam mengeluarkan sejumlah bajet perbelanjaan untuk beg cenderahati seperti ini. Pastinya beg seperti ini akan dapat menarik perhatian ramai pihak dan akan kekal di dalam memori mereka kerana keunikan dan kecomelan beg cenderahati tersebut.

Beg juga sering digunakan pada majlis hari jadi. Tetapi, corak dan warna yang dipilih amat berbeza jika dibandingkan dengan beg cenderahati perkahwinan. Di bawah ini merupakan salah satu sampel gambar beg cenderahati yang sesuai buat majlis hari jadi.

Beg cenderahati buat majlis hari jadi biasanya mempunyai corak yang ceria dan menarik. Hal ini kerana, golongan yang selalunya meraikan majlis hari jadi terdiri daripada golongan kanak-kanak. Jadi, beg tersebut haruslah mempunyai warna dan gambar-gambar yang menarik. Material yang biasanya digunakan adalah seperti plastic, kertas atau kain. Manakala saiznya pula bergantung kepada jenis buah tangan yang mereka ingin letakan di dalam beg tersebut. Maklumlah, kanak-kanak gemarkan buku mewarna, pensel berwarna, kotak pensel dan sebagainya yang memerlukan saiz yang agak besar dan bersesuaian.

Kesimpulannya, pemilihan beg cenderahati amatlah penting. Para pemilih haruslah memilih benda itu yang bersesuaian dengan tema majlis dan juga bajet yang dicadangkan. Selain itu, pemilihan beg-beg juga haruslah bersesuaian dengan jenis buah tangan yang bakal diisi di dalam beg tersebut.

manicure set promotion

One Response

  1. Shikin December 26, 2015

Leave a Reply