web
counter

Adat Resam Untuk Memberi Cendarahati Dalam Perkahwinan Melayu

Umum sudah mengetahui bahawa cenderahati merupakan benda wajib yang perlu ada bagi setiap acara perkahwinan tanpa mengira bangsa di bumi Malaysia ini. Cenderahati merupakan simbolik kepada majlis perkahwinan. Hal ini kerana ia dipilih berdasarkan tema warna dan juga tema majlis perkahwinan itu sendiri.

bekas ceramic

bekas ceramic

Bajet Perlukan Untuk Membeli Cenderahati Perkahwinan

Kini, pada zaman serba moden ini, tiada alasan lagi untuk bakal pengantin untuk mengecualikan cenderahati perkahwinan daripada bajet mereka kerana kini cenderahati perkahwinan boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan dan bersesuaian dengan kemampuan setiap bakal perkahwinan.

Bagi golongan yang berada, pastinya mereka inginkan sesuatu yang kelihatan eksklusif dan mewah yang menggambarkan status social mereka yang tinggi. bagi mereka, mereka akan berasa puas apabila para tetamu mengatakan cenderahati mereka cantik dan kelihatan mahal. Nilai cenderahati itu dinilai berdasarkan jumlah harga yang dibayar untuk cenderahati tersebut.

Beberapa Cenderahati Perkahwinan Untuk Anda Pertimbangkan

Gambar di atas menunjukan cenderahati yang biasanya diberikan kepada golongan VIP dan harganya juga sesuai dengan golongan VIP iaitu RM9.00 per unit, golongan yang berada atau kaya, biasanya tidak menghadkan pemberian cenderahati seperti di atas kepada golongan VIP sahaja tetapi mereka memberikan kepada semua tetamu yang hadir.

Para tetamu pasti kagum dengan tuan rumah kerana memberikan cenderahati yang begitu mewah sekali yang diperbuat daripada procelain. Selain itu terdapat lagi cenderahati yang eksklusif seperti di bawah.

Bekas Kristal ini kelihatan sungguh mewah dan sesuai dijadikan perhiasan. Bijak sungguh tuan rumah di dalam pemilihan cenderahati ini. Bekas Kristal ini boleh diisi dengan potpuri, coklat dan sebagainya.

Namun dikala manusia mengejar status dan kemewahan, ada juga individu yang tidak mempunyai bajet yang cukup untuk sesuatu cenderahati yang mewah. Tetapi, mereka tidak perlu sedih kerana kini terdapat banyak pilihan cenderahati pada harga yang murah dan berpatutan.

Gambar di atas merupakan kipas tangan yang sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad. Kipas tersebut dihiasi dengan sarung yang indah berserta warna yang mengikut kepada tema majlis perkahwinan bakal pengantin tersebut. Walaupun kipas tersebut berkos rendah, namun ia nampak mahal setelah dihiasi dengan kain yang cantik dan ribbon.

Gambar di atas merupakan sapu tangan yang digubah menjadi ais krim dan dihiasi dengan bunga kecil untuk menjadikannya lebih sempurna. Walaupun ia berkos rendah, tetapi ia tetap kelihatan menarik dan mampu memukau pandangan mata kanak-kanak

Kesimpulannya, cenderahati perkahwinan diberikan kepada para tetamu sebagai tanda terima kasih tuan rumah kepada para tetamu. Tidak kiralah mahal atau murah, mesej yang cuba disampaikan adalah sama. Perkara yang membezakan ialah kepuasan dan juga bajet yang mereka peruntukan bagi cenderahati perkahwinan.

One Response

  1. udadara July 13, 2012

Leave a Reply