web
counter

Kotak Gula Bulat Yang Warna Bermerah-merahan

Gift Kahwin Ads

Woo… seluruh bilik dan penuh dengan kotak gula bulat yang bermerah-merahan. Macam jalan dalam taman….

kotak gula bulat 1

kotak gula bulat 2

kotak gula bulat 3

kotak gula bulat 4

Pilihan Cenderahati Yang Sesuai

Terdapat banyak bahagian yang perlu rancangkan apabila anda ingin berkahwinan dan pemilihan cenderahati perkahwinan merupakan antara satu bahagian yang penting di kalangan Melayu yang perlu dirancangkan dengan teliti. Pencarian dan pembelian cenderahati boleh jadi satu proses yang menyeronokkan tetapi pada masa yang sama boleh membuat anda penat mencari sesuatu yang anda benar-benar kenan. Terdapat begitu banyak pilihan yang indah untuk pengantin hari ini, dari lilin, keychain dan juga alas cawan. Ini menjadikan wanita mungkin merasa seolah-olah dia mempunyai terlalu banyak pilihan yang dia keliru tak tahu nak pilih apa benda.

Masalah lain seorang wanita mungkin menghadapi apabila membeli cenderahati perkahwinan adalah berapa bilangan kuantiti yang dia perlu beli. Sesetengah memilih untuk memberi cenderahati kepada setiap tetamu individu manakala yang lain akan menjimatkan wang dengan memberikan hanya satu cenderahati bagi setiap pasangan. Ini sudah tentu adalah keputusan peribadi untuk anda buat, tetapi apabila anda sedang memuktamadkan jumlah cenderahati perkahwinan yang anda perlu beli, ada satu kumpulan penerima yang banyak pengantin abai untuk mengambil kira masuk apabila menyediakan cenderahati.

Pilih Cenderahati Gemaran Kanak-Kanak

Dan kumpulan itu adalah kanak-kanak. Melainkan anda telah dinyatakan secara khusus bahawa saudara mara dan rakan-rakan tidak boleh bawa kanak-kanak menghadiri majlis perkahwinan anda, anda tahu ramai tetamu yang anda jemput akan bawa kanak-kanak mereka untuk hadiri bersama. Dan sesiapa orang dewasa pun tahu bahawa kanak-kanak tidak suka melihat orang lain mendapatkan hadiah apabila mereka tidak terima apa-apa pun!

Jika anda membeli cenderahati perkahwinan untuk orang dewasa sahaja, ia boleh menjadi satu kesilapan besar di majlis perkahwinan anda. Ini mungkin membuat kanak-kanak berasa mereka diketepikan apabila mereka bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Perkara terakhir yang mereka akan ingat tentang perkahwinan anda adalah bahawa mereka tidak mendapat hadiah kecil yang orang lain dapat! Ini mungkin boleh jadi anda rasa malu apabila mereka sering sebut dalam perbualan mereka sebaik sahaja mereka menemui anda kelak masa.

Sebaliknya, jika anda merancang untuk membenarkan kanak-kanak menghadiri majlis perkahwinan anda, maka adalah baik untuk anda berfikir tentang memilih cenderahati kanak-kanak apabila anda mencari cenderahati untuk perkahwinan anda. Terdapat banyak pilihan yang berbeza yang akan berfungsi dengan baik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Sebagai contoh, anda mungkin mahu untuk mengelakkan lilin dan sebaliknya memilih coklat atau barang-barang yang boleh dimakan. Lepas tu, anda boleh membeli kotak bulatan seperti yang ditunjukkan dalam gambar untuk isi makanan yang anda beli di dalamnya. Kanak-kanak akan rasa amat gembira apabila mereka terima kotak dengan hiasan yang menarik dengan tambahan gula-gula dan coklat yang isi di dalamnya yang mereka dapat makan dengan penuh hati.

manicure set promotion

9 thoughts on “Kotak Gula Bulat Yang Warna Bermerah-merahan”

  1. Hi, if i want to order this, can it send to indonesia or singapore? Do you have bigger than this or only this size?
    Thx. Can you just send via email?

    1. Ya, we can send to Singapore and Indonesia. However, the custom tax may be
      very high and you will need to check with Indonesia custom to find out how
      much they charge.

      We only supply this size of candy box.

      If you are interest, can I know the quantity you are looking for?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top