web
counter

Pelbagai Cenderahati Perkahwinan Yang Boleh Anda Timbangkan

Gift Kahwin Ads

Hari perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang akan diingati, bukan hanya untuk pasangan pengantin malah untuk para tetamu juga. Satu kaedah untuk membuatkan khalayak tetap membicarakan majlis perkahwinan anda walau sudah bertahun berlalu hanyalah dengan memastikan hiasan dan cenderahati anda sesuatu yang boleh dikenang.

Pelbagai Bentuk dan Saiz untuk Cenderahati Perkahwinan

Cenderahati perkahwinan ada pelbagai bentuk dan saiz. Ada hadiah comel yang diberi kepada tetamu atas kesudian menghadiri majlis perkahwinan. Anda boleh menyuaipadankan cenderahati pilihan anda dengan tema perkahwinan, samada ia ringkas, perkahwinan elegan atau stail Country Hoedown.

gold gift box

gold gift box

Anda tidak perlu berbelanja banyak untuk cenderahati perkahwinan. Bergantung kepada jenis perkahwinan yang anda pilih anda boleh mendapatkan pelbagai di kedai jimat. Anda juga boleh menempahnya di kedai cenderahati atau secara talian.

Ramai orang memilih cenderahati berbentuk makanan.Mereka memilih makanan kegemaran ramai bersama kotak hiasan kecil atau setin gula-gula pudina, manisan , coklat atau biskut. Anda juga boleh memilih karikatur kecil replika kek perkahwinan. Gelas berkaki bersama coklat atau bunga ros juga satu idea yang menarik.

Untuk citarasa mewah, kristal atau seramik boleh dijadikan hadiah. Mungkin bingkai gambar kecil, aksesori kecil atau manset. Minyak wangi berbotol kecil , colon, pemetik api, gelang kunci atau lilin juga antara cenderahati popular.

Kategori Cenderahati Perkahwinan

Untuk pilihan yang lebih tersendiri, anda boleh mengkategorikan cenderahati kepada beberapa kategori seperti lelaki, wanita dan kanak-kanak. Untuk cenderahati tetamu lelaki, pilihan cenderahati boleh dijahit menjadi barangan mengikut hobi atau kegemaran seperti bola golf sebagai penanda beg, penutup botol, pembuka botol atau karikatur set wiski.

Untuk wanita, kipas sutera atau sapu tangan istimewa, kapal di dalam bekas kaca atau set penjagaan kuku merupakan idea yang baik. Untuk kanak-kanak, anda masih boleh memilih cenderahati yang boleh dimakan seperti gula-gula atau mainan kecil. Jika anda tidak mahu berbelanja terlalu banyak anda boleh menyimpan hadiah istimewa kepada tetamu pilihan, pembantu pengantin, pageboys dan cenderahati yang lebih kecil dan lebih murah kepada tetamu lain.

Jika anda memiliki tema tertentu untuk perkahwinan anda seperti perkahwinan bertemakan pantai, cenderahati anda boleh memiliki tema yang sama. Lilin disaluti cengkerang adalah antara kegemaran sebagai cenderahati perkahwinan bertemakan pantai. Untuk tema Asian anda boleh memilih set penyepit makanan berpasangan atau atau pemegang barang bertema.

Untuk sesuatu yang berlainan anda boleh memberi baucer hadiah kerana dengan hadiah ini mereka boleh membeli apa yang mereka inginkan. Idea berlainan ialah dengan memberi tiket loteri. Sampul tiket loteri bercirikan peribadi juga boleh didapati dan pastinya ia memberi persona tersendiri kepada yang memilih cenderahati seperti ini.

Kebanyakan tempat yang membekalkan cenderahati turut membekalkan kotak hadiah, beg sutera dan tin untuk menjadikan hadiah anda lebih menarik. Khidmat mengukir dan mempersonalis turut disediakan dan turut disediakan bersama reben dan barangan lain untuk sentuhan terakhir. Walau apapun jenis perkahwinan yang bakal anda tempuh dan walau apapun belanjawan anda tidak susah untuk mencari cenderahati yang sesuai dan apa jua pilihan anda, pastinya tetamu anda akan menyukainya.

manicure set promotion

Leave a Reply