web
counter

Petua Untuk Memilih Cenderahati Perkahwinan Yang Sempurna

Gift Kahwin Ads

Ramai pengantin baru berasa sakit kepala ketika sampainya masa untuk memilih cenderahati perkahwinan untuk tetamu yang dijemput. Kenapakah ini berlaku? Saya percaya ia berkaitan dengan perubahan yang wujud di dalam industri pembuatan cenderahati perkahwinan. Majlis perkahwinan yang berlangsung pada masa kini jauh berbeza dengan yang berlangsung semasa tahun 80-an. Untuk mereka yang berkahwin pada masa kini, majlis perkahwinan mereka akan lebih bersifat peribadi. Cara-cara traditional tidak diikut sepenuhnya.

lavender tin box

Gift kahwin pada asasnya dihasilkan untuk berkongsi kegembiraan hari perkahwinan dengan semua tetamu yang dijemput. Di samping itu, ia juga sebagai tanda ucapan terima kasih yang disediakan oleh tuan rumah khas untuk tetamu jemputan kahwin. Pada masa kini, fungsi cenderahati perkahwinan dipertingkatkan lagi di mana pengantin baru menggunakan gift kahwin yang cantik, istimewa, elagan, bersifat peribadi dan praktical untuk membolehkan semua tetamu mengingati hari perkahwinan mereka.

lavender tin candy box

Jadi, persoalannya bagaimanakah anda memilih cenderahati perkahwinan yang sempurna? Untuk itu, pengantin baru harus mengetahui jenis gift kahwin yang selalu dipilih serta pro dan kon gift kahwin tersebut.

Jenis-jenis Cenderahati Perkahwinan

Makanan atau Minuman –  (Kacang, coklat, gula-gula, kopi, tea..)

Pro: Dalam kategori ini, pengantin baru mempunyai beribu jenis barangan untuk pilihan. Barang-barang dalam kategori ini senang untuk dibungkus dan direka untuk bersifat peribadi dan yang penting sekali ia tidak mahal. Makanan yang diisi boleh dimakan oleh tetamu ketika dalam perjalanan balik ke rumah atau hotel.

Kon: Makanan dan minuman mungkin senang rosak. Jika memilih coklat, ia harus disimpan dalam peti sejuk. Anda mungkin perlu membuat perancangan yang tepat tentang bila harus menempah barang-barang yang dipilih untuk mengelakkan kerosakan.

Hadiah – (lilin perkahwinan, sabun wangi, alas meja, manicure set)

Pro: Pelbagai saiz, warna, bentuk dan corak untuk pilihan. Boleh memilih barang-barang yang betul-betul bersesuaian dengan tema majlis anda.

Kon: Melibatkan kos yang lebih berbanding memilih barang-barang lain seperti coklat dan kacang.

Setelah anda mengetahui jenis gift kahwin yang ada serta pro dan kon, maka anda boleh membuat keputusan untuk membelinya.

Cara-cara Untuk Menghadiahkan Cenderahati Perkahwinan

Cara-cara yang betul untuk menghadiahkan  gift kahwin kepada tetamu juga penting. Di sini, terdapat 3 kaedah yang boleh dijadikan rujukan.

1. Di Pintu Masuk Majlis

Biasanya pelbagai perhiasan akan dibuat di pintu masuk dewan majlis perkahwinan. Di sini, penganti baru boleh menempatkan semua cenderahati yang disediakan bersama dengan hiasan majlis. Semua tetamu yang ingin memasuki dewan majlis boleh mengambilnya.

2. Di Pintu Keluar Majlis

Anda boleh merancang sesi pemberian gift kahwin apabila tamat majlis perkahwinan anda. Dengan cara ini, setiap tetamu tidak akan lupa untuk membawanya balik rumah. Pengantin baru harus membuat pengumuman kepada semua orang tentang penyediaan gift kahwin tersebut.

3. Di atas Meja Makan

Tuan rumah boleh meletakkan cenderahati perkahwinan di setiap meja makan. Contohnya jika meja tersebut untuk 10 orang tetamu, maka tuan rumah boleh meletakkan 10 gift kahwin di atas meja.

Pemilihan cenderahati perkahwinan yang sempurna terletak di tangan anda sendiri. Pengantin baru boleh memilih cenderahati yang boleh mewakili personaliti mereka. Biasanya bajet merupakan faktor penentuan pemilihan gift kahwin. Gift kahwin yang dipilih tidak mahal jika kuantiti yang dibeli sikit, tetapi jika bilangan tetamu yang dijemput adalah ramai, maka wang yang perlu dibayar juga berganda. Jangan lupa, kadang kala cenderahati perkahwinan yang dibeli memerlukan kos yang lebih untuk proses tambahan seperti pembungkusan.

manicure set promotion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top