web
counter

Ada Masalah ke Dengan Kahwin Muda?

Gift Kahwin Ads

Ramai dikalangan orang tua agak sinis bila diperkatakan kahwin muda(bukan kahwin isteri muda ya!) yang saya maksudkan adalah kahwin di awal usia 20 an. Kebanyakan mereka akan berkata, kumpul la duit dulu sebelum kahwin. Nanti tak matang lagi 🙂

cinta kekasih

cinta kekasih

Apa Alasan Yang Ada

Macam-macam alasan bila dikatakan kahwin muda. Aku pun selalu cakap kat family yang terlibat agar tidak menghalang perkahwinan. Sebab kahwin tu kan tuntutan. Kalau masing-masing dah mahu ambil tanggungjawab apa salahnya kan?

Kecuali la jika kita tahu bahawa pasangan tersebut teruk perangainya. Ini harus ditarbiah dulu.

Apa-apa pun nasihat saya jika anda sudah punyai rasa tanggungjawab dan boleh memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri,ibu dan ayah,teruskan niat murni tu. Cuma minta restu ayah ibu dulu,supaya jodoh anda berkekalan.

Ini kerana kahwin tanpa restu akan membawa kesan buruk,biarlah setinggi mana cinta pun kepada pasangan kita. Jadi adalah elok berbincang dari hati ke hati dengan keluarga untuk menyatakan hasrat. Insyallah ianya akan dipermudahkan selagi kita niat berkahwin kerana Allah….

Pandangan Aku Terhadap Ini

Mungkin juga apa yang dikatakan oleh orang tua adalah betul tetapi kena tengok kematangan seseorang juga..ada yang umur 25 tahun lagi matang dari umur 30 tahun..Apa yang saya perhatikan kebanyakan yang kahwin muda ni hati tengah panas..sebab tu banyak kes perceraian banyak melibatkan pasangan muda..  Dan di masyarakat yang kita berada sini, kematangan tu tidak kira usia, ada yang sudah berumur tua tapi otak pun belum matang lagi, susah untuk seseorang berkomukasi dengan mereka juga.

Apa yang saya rasa adalah kalau sepasang kekasih rasa mampu untuk kahwin pada waktu muda, apa salahnya. Biarlah berkahwin sahaja asalkan mereka cinta antara satu sama lain dan bertanggungjawab dengan perkahwinan mereka selepas berkahwin.

Kemampuan

Sesetengah orang tidak dapat berkahwin mudah adalah disebabkan atas kemampuan. Ada senior saya yang berkahwin awal. Dia jatuh cinta dengan kekasihnya dalam baru 2 tahun saja sudah berkahwin. Hebat betul dia. Siap sekrang buka bisnes dengan wife dia lagi. Memang murah la rezeki dia..syukur la…

Artikel berkaitan:
Terima Kasih Maskahwin.com

manicure set promotion

Leave a Reply