web
counter

Cinta Dalam Perkahwinan

Gift Kahwin Ads

Ada ramai orang sering bercakap dan berbincang semua perkara yang mengenai cinta tapi tidak rasa serius untuk berkahwin. Hari ini saya nak update sedikit tentang kahwin bagi pasangan yang dah bercinta satu sama lain buat masa yang matang. Mungkin ramai berasa kahwin itu mudah, akad nikah dan selesai?oooh tidak ianya mempunyai nilai yang lebih besar dan perkahwinan memerlukan seribu satu pengorbanan.

Dalam perkahwinan Suami sebagai ketua keluarga harus memikul amanah dengan bijak sana!

cinta dalam perkahwinan

cinta dalam perkahwinan

Suami tidak harus ego menggunakan kuasa vetonya dalam membuat keputusan. Dalam perkahwinan perbincangan perlu dilakukan antara suami isteri dalam membuat sesuatu keputusan. Ramai dilihat kaum wanita mengeluh dengan sikap suami yang suka sangat membuat keputusan tanpa pengetahuan isteri yang akhirnya mengundang padah kepada keluarga.

Isteri pula harus mempunyai sikap tanggungjawab memelihara maruah suami dengan mengamalkan segala amalan yang di ajar oleh islam. Tutup aurat,jaga mulut pasti rumah tangga akan selamat.

Perkahwinan adalah amanah,jadi pelihara amanah ini dengan baik dan bertanggungjawab. Moga post di blog ini akan meningkatkan kesedaran pembaca tentang amanah dalam perkahwinan.

Cinta Dalam Perkahwinan

Cinta adalah perkara penting dalam perkahwinan. Dalam perkahwinan cinta akan membawa kebahagian. Kerana cinta itu kunci kepada kejayaan dalam rumah tangga. Tanpa cinta pastinya kita akan gagal dalam mengharungi bahtera keluarga. Sebagai seorang suami cinta wajib! Mungkin ramai berkata kenapa cinta itu wajib?Baiklah mungkin ramai hanya mengaitkan cinta itu dengan manusia.Namun apa yang penting adalah cinta hamba kepada penciptanya.

Ya itu akan membawa kebahagian dalam perkahwinan.

Cinta kepada tuhan adalah kunci kebahagiaan rumah tangga.

Semaikan cinta itu antara suami isteri dan diterapkan kepada anak-anak pastinya keluarga itu akan berjaya.

Akhir Kata

Walaupun cinta itu sungguh ringkas tapi cukup bermakna. Pasangan suami isteri kena ikut apa ugama suruh buat dari soal solat, aurat, rupa diri, hubungan dengan suami, hubungan dengan orang lain, hubungan dengan keluarga, hubungan dengan kawan2,apa yang dibenarkan, apa yang tak boleh. Waima, kalau hukum Islam dipatuhi dari semua sudut dengan hati yang ikhlas, tidak ada sebab kita tak boleh bahagia hingga akhir hayat. Ada seorang kawan berkata – dalam Islam semua tak boleh. Sebenarnya bukan “semua tak boleh”, tapi lebih kepada “boleh tak semuanya” – Allah Maha Mengetahui apa yang baik untuk setiap manusia di dunia ini. Wallahu’alam.

Artikel berkaitan:

manicure set promotion

One Response

  1. peterson Coin February 3, 2019

Leave a Reply