web counter

Cinta Sejati Versus Cinta Palsu

Gift Kahwin Ads

Perasaan cinta merupakan sesuatu yang terlalu abstrak. Ia adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk diungkap dengan kata-kata atau dilukis dengan lukisan. Apatah lagi untuk dipotret dengan seni fotografi yang paling terkini sekali pun.

Ahh. Betapa kelunya lidah ini untuk menuturnya. Hati ini pula kosong bak sehelai kertas putih A4. Pendek kata cinta sejati adalah teras kepada semangat untuk mencari bahagia. Tanpa cinta kehidupan seakan-akan berakhir. Awas hanya cinta sejati pembawa kebahagiaan hakiki.

cinta sejati

Huraian Tentang Konsep Cinta

Dalam entri ini saya cuba untuk menghuraikan secara santai konsep cinta. Saya suka menulis gaya bahasa cinta tetapi saya telah tinggalkan untuk terus tulis macam ini semenjak zaman persekolahan. Macam sudah berlalu dengan berpuluh-puluh tahun tu. Mahu berkarat la jawabnya.

Cinta sejati yang mutlak adalah kepada Allah SWT. Sebab DIA Maha Pencipta dan Maha Agung yang mengatasi segala-galanya. Atas nama cinta ini kita sebagai hamba yang beriman kita wajib menurut apa sahaja perintah dan menjauhi apa juga laranganNYA.

Cinta sejati yang tak kurang pentingnya ialah cinta sesama makhluk. Cinta seorang sang teruna pada sang dara. Memang hebat sehinggakan ada ungkapan lautan api sanggup direnangi.

Ikut logik akal yang waras semuanya adalah pembohongan semata-mata. Terkena puntung rokok yang masih berapi pun kita boleh kesakitan teramat sangat. Inikan pula lautan api.

Cinta si teruna kepada si dara boleh membawa ke jinjang pelamin merupakan satu anugerah. Selepas itu cinta sejati akan berkonsep suami dan isteri. Si isteri sanggup susah dan senang bersama suami.

Jika dilimpahi rezeki yang luas maka mereka amat mensyukurinya. Sebaliknya jika diuji dengan kesempitan rezeki suami isteri harus sabar dan redha dengan ketentuan Illahi.

Mereka tetap bahagia dan menerima keadaan pasangan seada-adanya. Begitulah cinta sejati yang kita nak bina dan nikmati dalam hidup ini. Jadi, adalah baik untuk kita cinta kepada insan dengan hati yang ikhlas kerana Allah pasti tetap akan segar sampai bila-bila sahaja.

Mengenai Cinta Palsu

Dalam memahami konsep cinta sejati ini mari saya selitkan juga cinta palsu. Maaf kan saya kerana ia istilah yang saya guna untuk menggambarkan maksud yang berlawanan kepada cinta sejati.

Cinta palsu bertopengkan kepura-puraan. Cinta palsu berorientasikan nikmat hawa nafsu semata-mata. Si jantan akan mencari si betina untuk melampiaskan nafsu kebinatangan mereka.

Dosa tolak tepi. Yang penting seronok dan hiburan yang tak bertepi. Budaya yang menjalari cinta palsu ialah bertukar pasangan tak kira kenal atau tidak kenal. Syaratnya mahu dengan tidak mahu sahaja.

Kalau dah dinamakan nafsu, mesti semua mahu. Umpama biawak yang dihulurkan bangkai mana mungkin ia menolak rezeki tersebut.

Dalam pada itu, cinta palsu boleh meresapi jiwa seorang waima mereka bergelar isteri atau suami sekalipun. Cinta ini amat berbahaya.

Boleh meruntuhkan rumahtangga yang telah dibina bertahun-tahun. Jika cinta palsu terkena pada suami orang atau isteri orang maka amat sukar mengubatinya.

Lebih parah lagi kalau ada cinta palsu itu ada pada golongan komplikated. Mereka suka dan mencintai kaum sejenis. Golongan wanita cenderung untuk menjadi lesbian manakala golongan lelaki menjadi gay.

Dapat kita perhatikan bahawa cinta sejati adalah nikmat kehidupan manakala cinta palsu membawa kemusnahan kehidupan. Sebagai insan hebat dan bertuah maka pilihlah cinta sejati. Cuba sedaya upaya untuk menjauhi cinta palsu.

Ada kawan saya yang cakap bahawa cinta lepas nikah adalah yang terbaik. Pada pendapatnya, cinta sebelum tu kadang tergoda dengan nafsu lagi marabahaya. Walaupun kenal lama masa bercinta, tapi tak semestinya kita panggil cinta sejati sebelum sesama pasangan tinggal sebumbung secara sah. Adakah anda setuju?

manicure set promotion

Leave a Reply

×