web
counter

Disaat Jodoh Tak Kesampaian

Gift Kahwin Ads

Assalamualaikum saudara. Apa khabar iman mu? Semoga kita masih hidup dibawah redhaNya.

Persoalan tentang jodoh sesuatu yang sangat menarik untuk dibicarakan, itu adalah benar dan sebagai seorang manusia yang biasa kita harus mengakuinya. Namun persoalan tentang hari kemudian, jarang untuk menarik minat kita untuk membicarakannya. Padahal orang yang bijak itu ialah orang yang selalu mengingati mati.

kesampaian cinta

kesampaian cinta

Setiap lelaki pasti ada cinta dihatinya terhadap wanita. Dan aku tidak terkecuali. Mencintai itu indah. Lagi indah jika yang dicintai itu mencintai kita. Cinta selepas nikah? Adakah ? Ya aku mengakuinya.

Tapi cinta juga wujud sebelum nikah. Bagaimana mungkin nikah itu wujud tanpa cinta. Kerana cinta itu boleh wujud selepas nikah. Kerana sesuatu yang bermula dari tiada (itu sifatnya manusia) tak mustahil akan berlaku. Manusia juga lah menjadi mendorong wujudnya cinta.

Tapi cinta itu datang dari Allah! Ya memang benar, tapi manusia juga yang perlu mencari cinta. Bagaimana?

Kamu mencintai baginda nabi? Ya, kamu merindui baginda nabi? Ya, Kamu bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah? Ya benar. Kamu pernah bertemu dengan baginda nabi? Tidak..

Lalu bagaimana kamu bersaksi mengakui wujudnya nabi? Lalu bagaimana kamu merindui nabi? Berjumpa dengan nabi pun kamu tidak pernah. Kata orang cinta itu dari mata turun ke hati? Melihat saja kamu tidak pernah lalu bagaimana kamu mencintainya? Padahal cinta dan rindu itu sering beriringan. Tanpa cinta tiada lah rindu.

Lalu atas sebab apa wujudnya “cinta” dan “rindu” pada insan yang kamu sendiri tidak pernah melihatnya? Ini adalah kerana hati orang-orang yang beriman tidak lari dari mencari cinta ilahi dan kasih sayang Allah serta mengharap syafaat dari kekasih Allah. Mengingati Allah dan RasulNya disetiap detik waktu.Dan Dia juga lah memberikan cinta kepada manusia untuk mencintai manusia yang lainnya.

Setia lah dalam bercinta. Setia itu sunnah. Kalau dengan Allah pun kita tak mampu setia, Dia panggil pun kita masih tutup mata takut nanti bila datang cinta manusiawi, kita juga dipersiakan dengan cinta itu dengan berlaku tidak setia. Kerana manusia sendiri yang mencorakkan kisah cinta mereka sesama mereka. Manusia diberikan akal untuk berfikir bagaimana menguruskan cinta.

Cinta itu indah kan? Datang lah dalam bentuk apa pun, kalau sudah sayang, tetap kita sayang. Tapi awas, dalam bercinta pasti ada dugaanNya. (Haa? bercinta? Err,,couple ? ) Bukan bercouple, setiap orang mempunyai definisi sendiri tentang bercinta dan bercouple. Saya tidak mendefinisikan bercinta itu sama seperti bercouple. Kerana saya yakin cinta itu wujud sebelum pernikahan lagi.

Saat kita diduga, ingatlah kisah cinta para nabi. Ingatlah juga kisah cinta para sahabat nabi. Contohilah mereka. Mereka itu seperti bintang-bintang di langit. Contohilah akhlaknya seorang nabi. Begitu banyak kisah mereka yang boleh menguatkan diri kita. Ingatlah kisah cinta Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail, Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Azzahra, juga baginda nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aisyah.

Apakah salah menyatakan cinta? Tak salah, cuma itu tak sepenting buktinya cinta. Apakah buktinya cinta? Mencintai apa adanya dia. Saat cinta tak harus memiliki, kamu harus merelakan dia pergi untuk kebahagiaan dia. Bukan menghalangnya.

Bukankah cinta harus dipertahankan? Bukankah cinta juga perlu pengorbanan. Ya, tapi pengorbanan seperti apa yang perlu dikorbankan. Bukti cinta Nabi Ibrahim kepada Allah, baginda sanggup menyembelih anaknya sendiri kerana Allah. Adakah Allah itu kejam dan zalim? Tidak! Bahkan Allah lah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Itu adalah wahyu dari Allah. Dan demi membuktikan kecintaan baginda pada Ilahi (Sang tuhan pemberi cinta untuk mencintai anaknya) Nabi Ibrahim as pun melakukannya bagi membuktikan cintanya pada Ilahi.

Pada saat Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, pisau yang tajam yang mampu memotong batu itu tidak dapat melukai sedikitpun leher anaknya Ismail. Lalu diperhatikan oleh malaikat-malaikat Allah. (Tidak kah kamu melihat peristiwa itu tatkala Ibrahim ingin menyembelih anaknya yang dicintainya?)

Perhatikan olehmu sekalian kepada hambaKu, bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap keredhaanKu, sedang kalian dulu semua mengatakan sesuatu ketika Aku berfirman:

“Sesungguhnya, Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah. Engkau berkata: Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”

Lalu pisau yang tajam itu pun berkata, “Mana mungkin aku mampu memotong leher Ismail, sedangkan TuhanMu (Allah SWT) tidak mengizinkannya. Mana mungkin aku memenuhi keinginanmu wahai Ibrahim sedangkan aku terpaksa menderhaka terhadap TuhanMu?

Sebaik sahaja peristiwa ini berlaku maka Allah berfirman lagi, Hai Ibrahim! sungguh engkau membenarkan mimpi!

“Dan adalah engkau dengan demikian itu, termasuk golongan orang yang taat kepada perintahKu.”

“Maka kami selamatkan orang yang disuruh membunuhnya dengan sembelihan besar dari syurga, iaitu kibas yang dulu dikorbankan oleh Habil yang diterima daripadanya.”

“Kerana itu kami perintahkan kepada Jibril yang datang dengan membawa kibas, ketika Nabi Ibrahim meletakkan pisaunya yang terakhir kali pada leher puteranya itu.”

Malaikat Jibril seraya berseru mengagungkan Allah dan kagum terhadap perbuatan Ibrahim lalu berucap: “Allahu, Akbar, Allahhu Akbar.”

Lantas Nabi Ibrahim membalasnya dengan ucapan: “Laa Ilaha Illallaahu Allahu Akbar.” Dan Nabi Ismail pun menyambutnya: “Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu.”

Cintakan bunga, bunga akan layu. (Sebab itu kena siram selalu. Bukan siram dengan air tapi siram dengan iman 🙂 )
Cintakan manusia, manusia kan mati. Cintakan dunia, dunia kau tinggalkan pergi.

Cintakan Ilahi, cinta sejati.

Leave a Reply