web
counter

D.I.Y Goodie Bag

Gift Kahwin Ads

Mari bercerita mengenai goodie bag saya semasa majlis yang telah berlalu pada 19.11.11. Asalnya tidakterasa mahu memberikan goodie bag, tapi keluarga kata haruslah memberikan goodie bag kepada wakil lelaki nanti. Dan sememangnya cik tigger mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain. Kalau boleh, semuanya mahu buat sendiri sahaja. dan lantas, pakcik google la yang menjadi sasaran..

Cik tigger telah mengoogle DIY Goddie Bag. Ada pelbagai result yang link kepada B2B punya blog. dan setelah membuat pelbagai bacaan, Cik Tigger decided nak buat DIY Goddie Bag guna lunch bag and doily paper. Cik Tigger pernah story dekat link yang ini.

So, hasilnya adalah seperti ini:

Langkah-Langkah membuat DIY Goodie Bag ini seperti yang telah diterangkan di link sebelum ni. Tapi, Cik Tigger boleh senaraikan kembali, iaitu :

  1. Google Image : Wedding Swirl
  2. Pilih mana-mana swirl yang berkenan di hati dan Copy
  3. Bukak Adobe Photoshop / MS Power Point
  4. Paste atau CTRL+P
  5. Kalau guna Adobe Photoshop, guna Magic Eraser untuk padamkan background dia, or if guna MS Power Point pergi ke Edit – Hide Image Background. Langkah ini bagi mengelakkan background warna putih terprint skali atas lunch bag ni. Nanti tak cantik la pulak kan!
  6. Insert Text – Masukkan apa yang anda nak tulis. Macam Cik Tigger, boleh tengok kat image tu apa yang Cik Tigger tulis. Ini ada satu tips dari Cik Tigger, elakkan menggunakan lebih daripada 2 jenis font! Maksimum dua jenis je font je! Ini bagi mengelakkan grafik anda kelihatan semak atau sarat atau serabut!.
  7. Dah siap edit tu, save dulu image tu.
  8. Open new file and size file/template tu haruslah dia punya width & height tu sama dengan saiz lunch bag tu. Macam Cik Tigger, lunch bag tu saiznya 5.2″ x 8″
  9. Settingkan gambar yang dah di edit tadi di tengah-tengah new template yang sama saiz dengan lunch bag tu
  10. Ready to print!. Guna printer biasa je. tapi kena masukkan lunch bag tu satu-satu bagi mengelakkan kertas tersangkut di dalam printer. Masa nak print, make sure pergi ke page setup di printer dahulu and settingkan size paper as custom and set kat measurement dia sama saiz dgn saiz lunch bag / template tadi. If saiz template 5.2″x8″ kena set angka yg sama kat page setup printer. If set paper A4 kat page setup printer, nanti printing dia lari! dah penat nak kena kejar balik kan!
  11. dah siap print semua, masukkan barang-barang dalam lunch bag itu!
  12. Finishing dia, gunakan doily paper on top of it! sebagai kemasan terakhir dan juga nampak macam englis style giteww~ hahaha.. Doily paper yang cik aida guna ni, saiz dia 4.5″ diameter dia. Just lipat dua and letak atas doily paper and staple kan dia.
  13. Siap

Maybe orang akan ingat goodie bag DIY ni agak expensive. But, kos for this goodie bag memang sangat JIMAT!!.. Lunch Bag 100pcs just RM3.30 and Doily Paper 250pcs baru RM4.50! so satu goodie bag dah jatuh brape sen??? Kalau ikutkan perkiraan Cik Tigger, satu goodie bag hanya RM0.05!! JIMAT ke tak JIMAT tu??? lagipun, goodie bag tu tak penting! yang penting isi dalam tu!!
Untuk goodie bag ni, isi dalam dia, Cik Tigger letakkan homemade Jelly dan juga homemade coklat! semua homemade tau!
so, tunggu apa lagi? JOM DIY!!

manicure set promotion

Comments (4)

  1. aziah abdulrani March 4, 2013
  2. muna syifa March 9, 2013
  3. mariatul July 27, 2014

Leave a Reply