web
counter

Cara Membuat Penggantung Pintu (Door Hanging) Dengan Reben Satin

Gift Kahwin Ads

Seperti yang dikatakan dahulu, reben satin boleh digunakan untuk pelbagai sulaman reben dan kraftangan reben. Permukaan reben satin yang lembut dan licin sangat senang untuk proses sulam menyulam, malahan barangan yang dihasilkan daripadanya juga cantik dan menawan.

20mm satin ribbon

20mm satin ribbon

Bahan-bahan Untuk Membuat Door Hanging Reben Satin

Untuk membuat door hanging, bahan yang diperlukan adalah sangat ringkas. Antaranya ialah;

  • Beberapa reben satin yang berukuran 3 meter. Warna yang berbeza sahaja dipilih.
  • Benang
  • Jarum
  • Loceng Kecil

Tutorial Penggunaan Reben Satin Untuk Membuat Door Hanging

1.  Sebagai langkah pertama, ambil reben yang anda pilih kemudian jahit di salah satu hujung pangkal dari bawah.

2.  Selepas jahitan pertama, dengan jarak lebih kurang 3 inci daripada jahitan di pangkal reben satin, anda mula untuk menjahit. Jahitan harus daripada bawah ke atas.

3. Selepas itu, tarik benang menjadi ketat. Dengan itu, reben satin tersebut akan ditarik menjadi lapisan.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga ke hujung reben.

5. Selepas reben satin pertama sudah habis dijahit dan ditarik dan ditekan menjadi bentuk, anda boleh bersambung dengan reben yang berlainan warna. Ulangi langkah ini sehingga semua reben yang anda sediakan habis dijahit.

6. Selepas kesemua reben siap dijahit menjadi satu penggantung pintu, langkah terakhir ialah menambah loceng kecil pada akhir jahitan.

Sulaman reben yang siap ini boleh digantung pada pintu atau tingkap rumah semasa hari perayaan. Pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan sampai terjahit tanda anda. 🙂 Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Video Klip Menunjukkan Cara Membuat Door Hanging Dengan Reben Satin.

Artikel berkaitan:

manicure set promotion

Leave a Reply