web counter

Pelbagai Pakej Gubahan Hantaran untuk Pilihan Anda

Gift Kahwin Ads

Dari tinjauan yang dijalankan oleh kami, kami telah mendapati bahawa idea dan kreativiti untuk penyediaan gubahan hantaran dah jadi semakin tinggi bagi kualiti untuk membuatnya. Semakin banyak barangan kemas dan makanan yang istimewa dah kami ternampak dalam hiasan hantaran. Antara yang paling digemari dan dihargai oleh orang ramai merupakan hasil kerja tangan yang teliti dan unik. Ia sekarang sudah jadi sebagai satu piawai ukuran untuk menentukan samada hantaran kahwin itu kelihatan menarik atau tidak.

Gubahan Hantaran Mengikut Tema

Terdapat banyak tema yang boleh anda dapatkan untuk gubahan hantaran. Antaranya termasuk tema mengikut warna, tema mengikut bunga, tema mengikut buah-buahan, tema mengikut musim, tema mengikut filem kartun dan sebagainya. Jika anda suka warna pink dan purple, boleh juga anda campur kedua-dua warna ni sebagai tema warna untuk hantaran anda. Ada yang menggunakan watak dalam filem kartun Disney untuk menyediakan hantaran pertunangan mereka juga.

Kami tahu sirih junjung merupakan barangan yang tidak boleh tertinggal dalam gubahan hantaran. Pada masa kini, harga untuk sirih junjung yang datang sama dengan bunga boleh berdiri di antara RM50 sampai RM150. Harganya berbeza sebab ia bergantung kepada apa jenis bunga yang anda pilih untuk menyesuaikan dengan sirih junjung.

Dulang juga memainkan peranan yang penting dalam penyediaan hantaran kahwin. Tetapi jika beli dulang yang cuma pakai satu kali saja boleh membazirkan wang saja. Nasib baik kebanyakan kedai yang menawarkan pakej gubahan hantaran juga ada sewa dulang. Jadi anda tidak semestinya kena beli dulang tetapi boleh sewa saja dulang dengan harga RM5 untuk 1 dulang saja.

Pakej Gubahan Hantaran
Sekarang terdapat banyak pakej yang ditawarkan oleh ramai pembekal gubahan hantaran pertunangan. Jika anda tidak tahu apa harga pasaran untuk pakej hantaran, boleh anda rujuk ke bawah untuk mendapatkan sikit idea:

  1. Pakej untuk 5 dulang bersama sirih junjung harganya di antara RM300 – RM400
  2. Pakej untuk 7 dulang bersama sirih junjung harganya di antara RM400 – RM500
  3. Pakej untuk 9 dulang bersama sirih junjung harganya di antara RM500 – RM600
  4. Pakej untuk 11 dulang bersama sirih junjung harganya di antara RM600 – RM700

Kebanyakan pakej akan datang bersama alas polisterin, bekas hantaran, satin dan organza reben. Tetapi semua barangan ni buka percuma, semua ni perlu dipulangkan kepada pembekal selepas diguna.

Contoh Hantaran Kahwin yang Kelihatan Amat Menarik Sekali

Hantaran Bertema Peach

gubahan hantaran peach

gubahan hantaran peach

Hantaran Bertema Buah-buahan

gubahan hantaran fruit

gubahan hantaran fruit

Aunty Raina Weddings merupakan laman yang dioperasi oleh Aunty Raina. Beliau berduduk di Bukit Cahaya di negeri Selangor. Beliau adalah seorang ibu yang mempunyai 6 anak. Beliau beroperasi dalam rumah untuk semua perniagaan beliau.

Aunty Raina memulakan projek pertama untuk perkahwinan anak perempuan beliau dan dah jatuh cinta untuk membuat gubahan hantaran kahwin selepas tu. Beliau suka setiap projek yang beliau lakukan dan beliau sangat bersemangat kuat untuk berkongsi dengan semua orang dalam blog beliau. Selain daripada hantaran, beliau juga membuat hadiah, hamper dan lain-lain yang berkaitan dengan perkahwinan seperti kad kahwin, souvenir perkahwinan, pelamin, paha bunga, gubahan bunga dan hiasan.

Jika anda sedang mencari seseorang untuk membuat gubahan hantaran terkini untuk pertunangan anda, bolehlah anda berhubungi dengan Aunty Raina untuk membincang selanjutnya pendapat anda dengan Aunty Raina.

emel: arraijingga@gmail.com
tel: +6012-2965148

Sumber dari auntyrainaweddings.blogspot.com

Hantaran Bunga Segar Bertema Pink dan Purple

hantaran pink purple

hantaran pink purple

Hantaran Bertema Ivory White

hantaran ivory white

hantaran ivory white

Jika anda berada di Kuala Lumpur, boleh anda mengunjungi ZA Sweet Touch yang beroperasi di rumah di Ampang. ZA Sweet Touch diuruskan oleh Zariza Sadar dan beliau adalah seorang yang pakar membuat gubahan hantaran terkini. Beliau suka melakukan semua kerja kreatif dan hiasi. Semua hantaran yang ditawarkan untuk hari yang penting dalam kehidupan anda akan membuat anda puas hati. Zariza Sadar juga pakar membuat bunga tangan pengantin untuk pertunangan dan perkahwinan. Apa yang disukai oleh orang ramai adalah gubahan hantaran yang diperbuat oleh ZA Sweet Touch boleh disediakan mengikut budget pelanggan. Terdapat dua jenis bunga yang boleh pelanggan pilih samada menggunakan bunga artificial atau bunga segar.

Sumber dari zasweettouch.blogspot.com

Artikel berkaitan:
Gubahan Hantaran Pertunangan and Perkahwinan

manicure set promotion

Leave a Reply

×