web
counter

Cara-cara Untuk Memilih Jurufoto

Gift Kahwin Ads

Sebagai salah satu daripada keperluan utama majlis perkahwinan, jurufoto juga menerima perhatian khusus. Ini kerana semasa berlangsung majlis perkahwinan, detik-detik yang berlaku pada masa itu hanya sekali seumur hidup. Ini diabadikan oleh jurufoto dalam bentuk gambar iaitu melalui gambar yang ditangkapnya.

jurufoto

jurufoto

Jurufoto Dikehendaki untuk Mengambil Video Pengantin

Pada masa akan datang, apabila pengantin tersebut melibat balik gambar-gambar yang ditangkap semasa hari perkahwinannya, segala memori yang berlaku semasa itu akan terpapar di depan mereka. Ini merupakan salah satu cara yang baik untuk mengenang balik saat-saat manis yang berlaku selain daripada melihat video.

Memilih Jurufoto Yang Professional

Untuk itu, selepas mencari jurugambar yang mengikut bajet, rasa dan gaya anda, terdapat beberapa soalan yang perlu ditanya sebelum memilih jurufoto;

  1. Adakah anda masih boleh dilantik pada tarikh dan masa perkahwinan saya?
  2. Adakah anda yang akan menangkap gambar saya?
  3. Adakah anda akan membawa seorang pembantu?
  4. Adakah anda sentiasa membawa peralatan sandaran?
  5. Adakah anda pernah menangkap gambar majlis perkahwinan di lokasi perkahwinan saya sebelum ini?
  6. Adakah anda biasa dengan lokasi perkahwinan saya?
  7. Sudah berapa lama menceburi kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan?
  8. Adakah anda benar-benar pakar dalam perkahwinan?
  9. Adakah anda ahli persatuan fotografi? (Keahlian biasanya mencerminkan tahap kecekapan, profesionalisme & etika)
  10. Pakaian dan apa yang anda biasa pakai apabila menangkap gambar? Jika saya memilih tema tertentu, adakah anda dan pembantu memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema saya?
  11. Bilakah saya boleh melihat semua gambar yang ditangkap?
  12. Apabila pemilihan gambar sudah siap, bilakah saya boleh mengambil album gambar yang siap diedit?
  13. Adakah semua fail gambar (soft copy) akan diberi kepada saya?
  14. Jika tidak, berapa lamakah fail gambar akan disimpan oleh anda?
  15. Jika fail gambar disimpan oleh anda, bolehkah saya membelinya? Berapakah harga fail gambar tersebut?

Jika anda mengikut semua persoalan yang disebutkan diatas semasa memilih jurufoto, saya yakin anda pastiĀ  mendapat jurufoto yang berpengalaman dan berkualiti untuk majlis perkahwinan anda.

manicure set promotion

Leave a Reply