web
counter

Ciri-ciri Perkhidmatan Seorang Jurugambar Professional

Gift Kahwin Ads

Pertanyaan yang biasa ditanya mengenai perkhidmatan fotografi untuk perkahwinan adalah seperti di bawah. Diharap, ianya dapat membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

foto kahwin

foto kahwin

APAKAH CIRI-CIRI SEORANG JURUKAMERA PROFESIONAL?

Dari segi makna profesional itu sendiri bermaksud jurukamera itu mendapat bayaran dari kerja yang dilakukannya. Sudah tentu beliau mahir dengan tugasnya sehingga boleh dijadikan sumber pendapatan. Beserta dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, seseorang jurukamera profesional akan menghasilkan kerja yang terbaik kerana produk yang dihasilkannya itulah akan menentukan samada beliau akan mendapat pendapatan seterusnya pada masa akan datang.

MENGAPAKAH TERDAPAT PERBEZAAN HARGA YANG DITETAPKAN OLEH JURUGAMBAR?

Seperti juga bidang pekerjaan yang lain, pengetahuan dan pengalaman kerja adalah satu faktor yang menentukan tinggi atau rendah pendapatan yang layak dimiliki oleh seseorang itu. Begitu juga dengan jurugambar. Seseorang jurugambar yang mempunyai pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang fotografi akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding jurugambar lain yang baru menceburi bidang fotografi. Selain dari itu, faktor kualiti peralatan yang digunakan, kualiti produk dan perkhidmatan tambahan juga menyumbang kepada perbezaan harga di antara jurugambar. Walau bagaimana pun, dari apa yang dinyatakan ini, mungkin perkara yang sebaliknya berlaku.

foto Egy n Akma

BERAPA LAMAKAH MASA YANG AKAN DIAMBIL UNTUK MENYIAPKAN KESEMUA GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN?

Biasanya, kebanyakan jurugambar menyiapkan gambar foto dan video dalam tempoh 2-3 bulan. Tetapi, ini semua bergantung kepada kerumitan kerja sesuatu pakej yang dikehendaki oleh pelanggan. Sekiranya anda inginkan gambar anda disiapkan dalam tempoh kurang dari 1 bulan, boleh juga anda berbincang dengan jurugambar yang anda dapat perkhidmatan terlebih dahulu.

BAGAIMANA SEKIRANYA TEMPAHAN TELAH DIBUAT NAMUN JURUGAMBAR TERSEBUT TIDAK HADIR, SAKIT ATAU BERLAKU KECEMASAN DAN SEBAGAINYA?

Reputasi adalah amat penting bagi semua jurufoto. Setiap tugasan akan dilakukan dengan penuh komitmen kerana biasanya pelanggan yang berpuas hati akan mencadangkan servis jurugambar kepada rakannya yang lain. Kes jurugambar tidak hadir pada majlis perkahwinan jarang berlaku dalam satu perkhidmatan ambil foto dalam perkahwinan. Kebanyakan studio mempunyai rangkaian jurugambar yang luas. Ini bermakna, mereka sentiasa mempunyai sebilangan jurugambar sokongan yang sentiasa bersedia untuk menggantikan jurugambar yang tidak dapat melaksanakan tugasnya sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan.

BILAKAH SELEWAT-LEWATNYA SAYA PERLU MEMBAYAR DEPOSIT UNTUK MENEMPAH PERKHIDMATAN ?

Tidak ada tarikh akhir yang ditetapkan untuk membuat tempahan. Kebanyakan jurufoto boleh memberi perkhidmatan yang diperlukan selagi ada jurugambar yang boleh bertugas pada tarikh yang diperlukan. Namun, untuk mengelakkan ketiadaan jurugambar pada saat akhir, tempahan awal adalah amat digalakkan. Terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti umum, kesemua jurugambar biasanya akan mempunyai jadual yang ketat. Namun, tempoh yang ideal untuk menempah jurugambar adalah 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan.

KEBANYAKAN JURUGAMBAR MEMINTA WANG DEPOSIT HARGA PAKEJ UNTUK MENEMPAH PERKHIDMATAN MEREKA. MENGAPA?

Tempahan untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan sebenarnya adalah tempahan ke atas tarikh. Apabila anda telah menempah tarikh yang tertentu untuk sesuatu perkhidmatan, jurukamera hanya boleh melaksanakan tugasan untuk anda sahaja pada tarikh dan masa yang ditempah. Sebarang tugasan lain pada tarikh dan masa yang sama akan ditolak.

SAYA INGIN MENGADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN SAYA SECARA RINGKAS SAHAJA. APAKAH PAKEJ JURUGAMBAR YANG PALING MURAH YANG TAWARKAN?

Jurufoto boleh memberikan pakej jurugambar mengikut kemampuan anda selain dari pakej biasa yang mereka tawarkan. Anda boleh hubungi perkhidmatan jurufoto dan nyatakan maklumat majlis anda dan mereka akan cuba memberikan harga yang terbaik dengan mengeluarkan beberapa item yang tidak diperlukan oleh anda.

foto kahwin

APAKAH PERBEZAAN ANTARA ALBUM STIKY, ALBUM MOCKUP STIKY DAN MOCKUP COSTUME?

Album Sticky

Album Sticky adalah album dimana kita boleh melekatkan gambar di atas muka suratnya dan kemudian gambar tersebut akan dilitupi oleh helaian plastik nipis. Kebiasaannya Album ini bersaiz 15X10 inci.

Album Mockup Sticky

Album Mockup Sticky adalah album yang sama seperti Album Sticky tetapi di bahagian kulit depan album tersebut dilitupi oleh gambar yang bertexture. Kebiasaan Album ini juga bersaiz 15X10 inci.

Album Mockup Costume

Album Mockup Costume adalah album yang sama seperti Album Mockup Sticky tetapi di bahagian dalam album tersebut gambar-gambar akan disusun atur dan diedit untuk menambahkan kecantikkan sesuatu album mengikut kretiviti jurugambar. Album ini akan terus dicetak di atas kertas tebal agar dapat memberi ketahanan sesuatu album dari sebarang kerosakan. Kebiasaan album ini bersaiz 8X12 atau 15X10 inci.

Kebanyakan perkhidmatan foto akan menyediakan perkhidmatan fotografi profesional untuk majlis-majlis :-

  • PERTUNANGAN
  • MAJLIS PERKAHWINAN
  • FOTO PRE-WEDDING
  • POTRET KELUARGA
  • BABY/KIDS POTRET
  • BIRTHDAY PARTY
  • FAMILY DAY
  • SPORT OR ANY EVENT

Artikel berkaitan:

manicure set promotion

Leave a Reply