web
counter

Pelamin Yang Simple Lagi Kelihatan Cantik

Gift Kahwin Ads

Pelamin (in english disebut sebagai bridal bed) adalah sesuatu dekorasi yang diperlukan dalam perkahwinan Melayu. Pelamin dengan reka bentuk yang simple dan unik akan menarik mata tetamu dan menjadi titik tumpuan dalam sesuatu majlis perkahwinan. Dekorasi yang cantik akan beri perhatian bagi mereka yang menghadiri majlis perkahwinan anda. Jadi, untuk mendapatkan rekaan pelamin yang unik dan eksklusif, anda boleh mengunjungi beberapa butik pengantin dan berbincang dengan perancang perkahwinan atau pereka pelamin untuk mendapatkan idea kasar bagi pelamin yang diingini oleh anda.

DIY Pelamin
Apabila mempertimbangkan hiasan pelamin, anda perlu berfikir tentang tema warna, barangan dekorasi yang murah, bunga, selimut dan sebagainya. Jika anda mempunyai bajet yang ketat maka anda mungkin mahu mencari beberapa idea-idea hiasan perkahwinan murah tetapi elegan. Anda mungkin boleh fikirkan DIY pelamin. Pelamin DIY atau buat sendiri boleh menjimatkan wang yang banyak jika pembelanjaan dirancang dengan baik.

Terdapat syarikat yang membekalkan barangan pelamin yang boleh disewa seperti: Pelamin Simple DIY

Antara barangan yang boleh disewa di kedai ni termasuk bantal bulat nikah, bantal bulat segi empat, kerusi panjang, sofa, pentas mini, carpet bulu, bantal hantaran dan banyak barangan lain. Dengan DIY pelamin, anda tidak cuma boleh dapatkan semua barangan dengan harga murah sebab anda cuma sewa dan bukan beli. Selain daripada tu, anda juga boleh mendapatkan kesemuaan dekorasi pelamin yang anda ingin ia dijadikan untuk perkahwinan anda. Jadi, anda akan rasa amat gembira sekali dengan DIY pelamin yang sempurna.

Semak Idea di Laman Perkahwinan
Terdapat beratus-ratus idea hiasan pelamin yang boleh anda pilih pada masa kini. Jika anda mempunyai perkahwinan bertema jadi anda perlu menyelidik beberapa idea hiasan perkahwinan yang sesuai dan sepadan dengan cita rasa anda. Anda akan perlukan idea-idea hiasan perkahwinan yang berbeza untuk jenis majlis perkahwinan yang diingini oleh anda. Sekarang terdapat banyak laman yang ada gambar pelamin yang boleh anda rujukkan. Ambil sikit masa untuk menyelidik laman-laman tu dan mengeluarkan satu idea pelamin unik yang boleh diperbuat untuk perkahwinan anda dan anda akan puas hati dengannya.

pelamin

pelamin

Sumber gambar dari Faszcreative

manicure set promotion

Leave a Reply