web
counter

Galak Kahwin Tunai

Gift Kahwin Ads

Adakah anda berhutang untuk kahwin? Memang terdapat ramai orang yang saya kenali buat pinjaman untuk berkahwin. Bagi saya, saya tak suka dengan idea berhutang untuk kahwin, sebaliknya saya menggalakkan kalau nak kahwin tu eloklah gunakan wang tunai. Kenapa saya galakkan kahwin dengan menggunakan wang tunai dan simpanan?

 

kahwin tunai

Jawapannya mudah:

Kalau berbelanja menggunakan wang tunai hasil simpanan, kita akan lebih sayang pada duit dan dengan itu kita akan lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan yang bijak untuk kahwin.

Mahu taknya, penat-penat kumpul 3 tahun bekerja alih-alih habis semua untuk majlis raja 1 hari, jadi dengan sendirinya akan berbedak-bedak untuk pastikan duit yang dikumpul selama ini akan melalui proses melenyapkan apa yang tidak perlu seperti majlis pertunangan, jurukamera, juruvideo, pelamin kayangan, 4-5 pasang pakaian pengantin, kompang, karaoke dan DJ akan berlaku.

Otak Fikir Yang Lain Jika Buat Pinjaman Untuk Kahwin

Sebaliknya bila buat personal loan untuk berkahwin, mentality akan jadi lain. Sekiranya anda dapat membuat pinjaman peribadi dan sekarang anda ada RM 30,000 untuk majlis, apa yg boleh RM 30,000 buat? RM 30,000 ni kita gunakan untuk buat majlis nanti, lepas kahwin perlu mula bayar. Kita kena bayar dari bulan ke bulan untuk banyak tahun baru dapat kita selesaikan pinjaman peribadi yang kita buat untuk perkahwinan itu. Rasa tidak berbaloi sangat.

Ada orang yang masih suka tanya soalan seperti ini:

Aku rasa lebih baik saya pergi buat personal loan. Duit tu simpan ASB dapat 8% tapi buat personal loan baru perlu bayar 6%, saya untung 2% tu bro?

Secara theory matematik memang begitu memang betul, tetapi secara praktikal rasanya akan terdorong untuk berbelanja lebih bila berhutang.

Katakan lepas kahwin simpanan ada lagi, mulalah nak guna untuk beli TV dan perabot mahal. Alasan: perabot mahal ni tahan lama, TV 32 inci tak puas tengok, nak yang 42 inci punya baru puas. Yeah betul, akhirnya simpanan surut, hutang kekal ada.

Berjaya kahwin dengan wang tunia memanglah boleh kecoh di sini, habis tu yang tak ada duit tapi nak kahwin tu macam mana?

Saya cuma berkongsi pendapat dan pendirian saya. Saya memang merancang wang sejak mula bekerja yang salah satu tujuannya ialah menyediakan dana untuk perkahwinan.

Cadangan saya untuk mereka yang sudah sampai tahap perlu berkahwin tapi tak cukup wang, buatlah personal loan yang minima dan buatlah majlis yang sederhana yang sesuai dengan kemampuan.

Kalau kahwin di bandar-bandar seperti KL, ada orang rasa walaupun sediakan RM 30,000 tu pun masih tak cukup. Mereka perlu masak-masak di kampung, kena pakai catering, sewa khemah itu ini, semua kos semakin melambung dari tahun ke tahun. Tapi jika anda benar-benar nak jimat dalam perkahwinan anda, terdapat banyak yang boleh anda kurang atau abaikan juga.

Cermin Sosial

Bagi saya, ini adalah seperti satu cermin sosial. Sekiranya jiran sebelah kahwin dengan habiskan RM 30,000, kita pun nak perabih RM 30,000 atau lebih daripadanya.

Bila budget tak cukup, mulalah pergi ambil personal loan dari bank. Ada kawan saya yang buat pinjaman untuk kahwin itu, sekarang anaknya sudah umur 5 tahun, tapi loan yang dia pinjam dari Bank Rakyat itu masih tidak habis bayar lagi. Susah tengok dia setiap hujung bulan kena sediakan duit untuk bayar hutang pinjaman dia.

Dia rasa amat menyesal sebab bila kahwin nak heboh-hebohkan perkahwinan dan belanja atas banyak barang mewah yang bukan realiti. Lepas kahwin baru tahu kebanyakan perbelanjaan yang dia buat tu tidak diperlukan langsung.

Pinjaman yang dibuat cuma untung bagi bank saja.

Nak berjimat, konsep yang paling senang yang mungkin anda boleh lakukan adalah di mana akad nikah dan wat kenduri doa selamat saja.

Jamuan perkahwinan anda cuma jemput orang-orang yang tertentu sahaja. Tapi kebanyakan akan kena bangkang oleh ahli keluarga walaupun anda berpelan untuk membuat perkahwinan dalam keadaan yang paling jimat.

Anda perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berdiri teguh pada pendapat dan rancangan anda jika anda benar-benar nak jimat dalam perkahwinan anda.

manicure set promotion

Leave a Reply